KUNJUNGAN HORMAT BDB-UUM JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), YBhg. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan.

Turut hadir bersama Ketua Pegawai Operasi, Mohd Sobri Hussein, Ketua Divisyen Pembangunan Hartanah, Zawawi Wahab, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, Ketua Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari, Encik Tahir Md Zin, Pengurus Besar BDB Infra Sdn Bhd, Zakba Shafie, Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Samshul Anor Ahmad, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan strategik kedua-dua organisasi melalui perbincangan pelbagai inisiatif baharu. Selain itu juga, pihak BDB menawarkan kepakaran dalam projek-projek pembangunan hartanah dan penyelenggaraan infrastruktur di dalam kampus UUM.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin akan memberi perkembangan positif serta membuahkan inisiatif yang mana UUM dan BDB dapat berusaha sama pada masa akan datang.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

BDB JITRA HALF MARATHON 2023 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

BDB Jitra Half Marathon 2023 (BDB JHM 2023) telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 02 Disember 2023 di mana pelepasan peserta bermula pada jam 3.30 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi.

Acara larian ini merupakan acara larian tahunan anjuran anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Leisure Sdn Bhd (BDB Leisure) telah berjaya menarik seramai 1,600 peserta untuk menyertai pada penganjuran kali ini.

BDB JHM 2023 (BDB Challenge) mempertandingkan sembilan kategori dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM13,000 berserta dengan hadiah cabutan bertuah yang turut dibawa pulang oleh para peserta larian yang bernasib baik.

Pelepasan peserta bagi kategori 21KM dan 10KM telah dilakukan tepat pada jam 3.30 pagi dan 6.30 pagi dan disempurnakan oleh Ketua Anak Syarikat Divisyen Leisure, Encik Adnan Bin Mohd Amer dan Encik Muhammad Hanif Bin Mohamad Ismail selaku Pengarah BDB JHM 2023. Seramai 610 peserta bagi kategori 21KM dan 222 peserta bagi kategori 10KM yang menyertai BDB Jitra Half Marathon pada tahun ini.

Acara BDB JHM 2023 telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Bina Darulaman Berhad, Sr. Haji Che Had Bin Dhali di mana beliau hadir bagi melepaskan peserta kategori 5KM Fun Run dan menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Pelepasan kategori 5KM Fun Run dilakukan pada jam 7.30 pagi dan disempurnakan oleh Sr Haji Che Had Bin Dhali sambil diiringi oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd Khairul Nizam bin Abd Latif dan En Adnan Bin Mohd Amer. Acara senaman Aerodance turut diadakan bagi memeriahkan para peserta yang hadir ke acara ini.

Pada jam 9.00 pagi, acara penyampaian hadiah diadakan di dalam Dewan The Tent dan disempurnakan oleh Sr. Haji Che Had Bin Dhali di mana para pemenang setiap kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai dan sambil diselang-seli dengan sesi cabutan bertuah.

Berikut merupakan senarai keputusan rasmi dan gambar bagi pemenang-pemenang, https://results.checkpointspot.asia/results.aspx…

BDB Leisure ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menyertai acara larian di BDB JHM 2023. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak berkuasa tempatan dan penaja yang memberikan sokongan penuh kepada penganjuran pada tahun ini dan diharapkan akan berkekalan pada edisi seterusnya.

JUMPA ANDA SEMUA PADA TAHUN 2024!

#BinaDarulamanBerhad

#Kedah

#spiritofachivement

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH DI MENARA BDB

Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kerjasama Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan dengan jayanya di Menara BDB Alor Setar.

Kempen tersebut mendapat sambutan dari pelbagai pihak termasuk kakitangan syarikat di Menara BDB dan orang awam.

Seramai 17 orang penderma telah hadir ke Program Derma Darah di Menara BDB.

Antara objektif program ialah bagi memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Selain itu, ianya dilaksanakan bagi menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah di hospital kerajaan dan swasta.

Pendermaan darah hari ini dilakukan bagi tujuan keperluan bekalan darah untuk pesakit mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Pihak HSB menyatakan hasrat untuk ingin terus bekerjasama dengan pihak BDB bagi meningkatkan kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat khususnya bagi memastikan stok darah sentiasa stabil.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

BDB INFRA SDN BHD (BDB INFRA), KUARI BUKIT PERAK DIANUGERAHKAN PENARAFAN BINTANG SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATOR (SDI) KEBANGSAAN

BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra), Kuari Bukit Perak, Pendang, telah terpilih mewakili Negeri Kedah dan dianugerahkan dengan Penarafan Sustainable Development Indicator (SDI) Bertaraf 5 Bintang, Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2021/2022, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada majlis yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pengurus Besar BDB Infra Sdn Bhd, En. Zakba bin Shafie hadir bagi menerima Sijil Dan Trofi Penganugerahan Penarafan 5 Bintang, yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Datuk Zamri bin Ramli.

Turut hadir bersama En Muhamad Aniff Bin Ahmad Asri, Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan, Jabatan Keselamatan, Kesihatan Dan Persekitaran, BDB Infra.

BDB Infra Kuari Bukit Perak telah memenuhi 6 kriteria audit Sustainable Development Indicator (SDI) Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia iaitu Pematuhan Perundangan (60%), Amalan Terbaik (5%), Faedah (15%), Amalan Hijau (5%), Corporate Social Responsible, CSR (10%), Estetika (5%), seiring dengan perlaksanaan aspek kelestarian Environmental, Social and Governance (ESG) dalam operasi pengkuarian.

Tahniah diucapkan khususnya kepada semua warga kerja Kuari Bukit Perak serta seluruh warga kerja BDB Infra Sdn Bhd. Penganugerahan ini juga amat bermakna kepada syarikat BDB Infra yang telah menyambut Jubli Emas Ke-50 Tahun pada tahun ini. Semoga BDB Infra akan terus maju dan berjaya.

🌟🌟🌟🌟🌟

The Only GREEN QUARRY In Kedah

#Kedah

#BinaDarulAmanBerhad

#SpiritOfAchievement

#BDBInfra

PERLAWANAN BOLING PERSAHABATAN DI ANTARA BDB DAN KELAB MEDIA ELIT KEDAH (KMEK)

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Perlawanan Boling Persahabatan di antara BDB dan Kelab Media Elit Kedah (KMEK) pada 26 November 2023 yang telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah. Perlawanan tersebut dihadiri lebih 40 peserta yang mana 25 orang daripadanya merupakan rakan-rakan daripada KMEK dan selebihnya merupakan wakil daripada BDB.

Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama di antara BDB dan KMEK serta rakan-rakan media di Kedah. Di samping itu, BDB turut ingin menghargai para rakan media yang telah banyak membantu dari segi liputan berita kepada BDB sepanjang tahun 2023 ini.

Pertandingan tersebut disertai oleh Business Unit Operation Officer, Encik Nuramali Ahmad Zainy, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Encik Sajahan Abdul Waheed dan warga kerja BDB yang terlibat.

Sementara itu, Kelah Media Elit Kedah (KMEK) pula diwakili oleh Presidennya, Encik Adie Suri Zulkefli, Timbalan Presiden, Encik Mohd Rafie Azimi, ketua-ketua biro, ahli-ahli jawatankuasa KMEK dan rakan-rakan media Kedah yang lain.

Diharapkan dengan perlawanan boling tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara BDB dan KMEK serta menjadi pencetus kepada penganjuran program bersama yang lain pada masa depan.

Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir!

#Kedah

#BinaDarulAmanBerhad

#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT DAERAH KUBANG PASU KE MENARA BDB

Delegasi Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu telah mengadakan kunjungan hormat ke Bina Darulaman Berhad (BDB) di Menara BDB, Alor Setar, Kedah pada 23 November 2023.

Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhammad Mahazi bin Hj. Ibrahim dan turut disertai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Mohd. Zaidy bin Haji Omar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Encik Mohd. Khairul Nizam bin Abd. Latif dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran/Kewangan), Encik Zaharin bin Dato’ Hj Zahari.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, Ketua Divisyen Hartanah, Encik Zawawi Wahab, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Encik Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Operasi Leisure, Muhammad Hanif Mohamad Ismail.

Sesi perjumpaan bagi kunjungan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.

BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

#Kedah

#BinaDarulAmanBerhad

#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib di Putrajaya.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Divisyen Hartanah, Encik Zawawi Wahab dan 𝐻𝑒𝑎𝑑 𝑜𝑓 𝑁𝑒𝑤 𝐵𝑢𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠, Encik Azlan Jamil.

Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib di atas kesudian menerima kunjungan daripada BDB.

Diharapkan dengan kunjungan ini KPKT dapat menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan BDB terutamanya mengenai pembangunan projek-projek perumahan yang telah dirancang di masa hadapan.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD KE MENARA BDB

Delegasi Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Bina Darulaman Berhad (BDB) di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Delegasi Bank Muamalat Malaysia Berhad diketuai oleh Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan turut disertai oleh Regional Manager (Northern), Encik Khirrilanuar Zakaria dan Branch Manager (Alor Setar), Mohd Zin Daud.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mohd Nasir Ismail dan 𝐻𝑒𝑎𝑑 𝑜𝑓 𝐵𝑢𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠 𝐶𝑜𝑛𝑡𝑟𝑜𝑙𝑙𝑒𝑟 𝑎𝑛𝑑 𝑇𝑟𝑒𝑎𝑠𝑢𝑟𝑦, Nor Hayati Zainuddin.

Sesi perjumpaan bagi kunjungan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Bank Muamalat Malaysia Berhad serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.

BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

#Kedah

#BinaDarulAmanBerhad

#SpiritOfAchievement

MESYUARAT ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD BERSAMA YOUZHU INDUSTRY CO. LTD

Satu perjumpaan di antara Bina Darulaman Berhad (BDB) bersama Youzhu Industry telah berlangsung dan diadakan di Sama Sama Hotel Klia, Sepang, Selangor.

Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah BDB, Tuan Mohamad Ibrahim Ghazali, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman dan 𝐻𝑒𝑎𝑑 𝑜𝑓 𝑁𝑒𝑤 𝐵𝑢𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠, Encik Azlan Jamil.

Perjempuaan dua hala ini bertujuan membincangkan mengenai mengenai ruang dan peluang kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman di dalam bidang kepakaran masing-masing.

BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Youzhu Industry akan menghasilkan sesuatu seterusnya berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan yang akhirnya dapat memajukan Negeri Kedah Darul Aman.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT BDB KEPADA EXCO KERJA RAYA, SUMBER ASLI, BEKALAN AIR, SUMBER AIR DAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Tuan Hj Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan turut disertai oleh Ketua Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari, Encik Tahir Md Zin dan Ketua Projek Tenaga Boleh Diperbaharui, Encik Syed Saful Yusri Syed Ahmad Fuzi.
Sesi pertemuan dan kunjung hormat ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Kerajaan Negeri Kedah terutamanya dalam sektor kerja raya, sumber asli, bekalan air, sumber air dan alam sekitar serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin akan memberi perkembangan positif serta membuahkan inisiatif yang mana Kerajaan Negeri Kedah dan BDB dapat berusaha sama pada masa akan datang.