Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib di Putrajaya.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Divisyen Hartanah, Encik Zawawi Wahab dan π»π‘’π‘Žπ‘‘ π‘œπ‘“ 𝑁𝑒𝑀 𝐡𝑒𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠, Encik Azlan Jamil.

Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib di atas kesudian menerima kunjungan daripada BDB.

Diharapkan dengan kunjungan ini KPKT dapat menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan BDB terutamanya mengenai pembangunan projek-projek perumahan yang telah dirancang di masa hadapan.

#Kedah

#BinaDarulamanBerhad

#SpiritOfAchievement

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad Β© All Rights Reserved 2022