
Delegasi Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu telah mengadakan kunjungan hormat ke Bina Darulaman Berhad (BDB) di Menara BDB, Alor Setar, Kedah pada 23 November 2023.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhammad Mahazi bin Hj. Ibrahim dan turut disertai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Mohd. Zaidy bin Haji Omar, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah), Encik Mohd. Khairul Nizam bin Abd. Latif dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran/Kewangan), Encik Zaharin bin Dato’ Hj Zahari.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, Ketua Divisyen Hartanah, Encik Zawawi Wahab, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Encik Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Operasi Leisure, Muhammad Hanif Mohamad Ismail.
Sesi perjumpaan bagi kunjungan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.
BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Pejabat Daerah & Tanah Kubang Pasu akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.