Satu perjumpaan di antara Bina Darulaman Berhad (BDB) bersama Youzhu Industry telah berlangsung dan diadakan di Sama Sama Hotel Klia, Sepang, Selangor.
Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah BDB, Tuan Mohamad Ibrahim Ghazali, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Pegawai Sokongan, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman dan ๐ป๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ค ๐ต๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐ , Encik Azlan Jamil.
Perjempuaan dua hala ini bertujuan membincangkan mengenai mengenai ruang dan peluang kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman di dalam bidang kepakaran masing-masing.
BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Youzhu Industry akan menghasilkan sesuatu seterusnya berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan yang akhirnya dapat memajukan Negeri Kedah Darul Aman.