![](https://bdb.com.my/wp-content/uploads/2024/01/406528721_849798320480206_5708019708520338411_n.jpg)
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Perlawanan Boling Persahabatan di antara BDB dan Kelab Media Elit Kedah (KMEK) pada 26 November 2023 yang telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah. Perlawanan tersebut dihadiri lebih 40 peserta yang mana 25 orang daripadanya merupakan rakan-rakan daripada KMEK dan selebihnya merupakan wakil daripada BDB.
Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama di antara BDB dan KMEK serta rakan-rakan media di Kedah. Di samping itu, BDB turut ingin menghargai para rakan media yang telah banyak membantu dari segi liputan berita kepada BDB sepanjang tahun 2023 ini.
Pertandingan tersebut disertai oleh Business Unit Operation Officer, Encik Nuramali Ahmad Zainy, Ketua Jabatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Encik Aswat Abu Bakar, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Encik Sajahan Abdul Waheed dan warga kerja BDB yang terlibat.
Sementara itu, Kelah Media Elit Kedah (KMEK) pula diwakili oleh Presidennya, Encik Adie Suri Zulkefli, Timbalan Presiden, Encik Mohd Rafie Azimi, ketua-ketua biro, ahli-ahli jawatankuasa KMEK dan rakan-rakan media Kedah yang lain.
Diharapkan dengan perlawanan boling tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan baik yang telah terjalin diantara BDB dan KMEK serta menjadi pencetus kepada penganjuran program bersama yang lain pada masa depan.
Terima kasih kepada semua rakan media yang hadir!