![](https://bdb.com.my/wp-content/uploads/2024/01/406111774_850791043714267_6568206136459954328_n.jpg)
BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra), Kuari Bukit Perak, Pendang, telah terpilih mewakili Negeri Kedah dan dianugerahkan dengan Penarafan Sustainable Development Indicator (SDI) Bertaraf 5 Bintang, Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2021/2022, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada majlis yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pengurus Besar BDB Infra Sdn Bhd, En. Zakba bin Shafie hadir bagi menerima Sijil Dan Trofi Penganugerahan Penarafan 5 Bintang, yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Datuk Zamri bin Ramli.
Turut hadir bersama En Muhamad Aniff Bin Ahmad Asri, Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan, Jabatan Keselamatan, Kesihatan Dan Persekitaran, BDB Infra.
BDB Infra Kuari Bukit Perak telah memenuhi 6 kriteria audit Sustainable Development Indicator (SDI) Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia iaitu Pematuhan Perundangan (60%), Amalan Terbaik (5%), Faedah (15%), Amalan Hijau (5%), Corporate Social Responsible, CSR (10%), Estetika (5%), seiring dengan perlaksanaan aspek kelestarian Environmental, Social and Governance (ESG) dalam operasi pengkuarian.
Tahniah diucapkan khususnya kepada semua warga kerja Kuari Bukit Perak serta seluruh warga kerja BDB Infra Sdn Bhd. Penganugerahan ini juga amat bermakna kepada syarikat BDB Infra yang telah menyambut Jubli Emas Ke-50 Tahun pada tahun ini. Semoga BDB Infra akan terus maju dan berjaya.
The Only GREEN QUARRY In Kedah