
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Tuan Hj Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan turut disertai oleh Ketua Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari, Encik Tahir Md Zin dan Ketua Projek Tenaga Boleh Diperbaharui, Encik Syed Saful Yusri Syed Ahmad Fuzi.
Sesi pertemuan dan kunjung hormat ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Kerajaan Negeri Kedah terutamanya dalam sektor kerja raya, sumber asli, bekalan air, sumber air dan alam sekitar serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.
Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin akan memberi perkembangan positif serta membuahkan inisiatif yang mana Kerajaan Negeri Kedah dan BDB dapat berusaha sama pada masa akan datang.