KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Yusoff di Serdang, Kedah.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama Pejabat Daerah dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelarasan mukim, keselamatan, dan lain-lain.
Pejabat Daerah memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Haji Elmi di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH KUBANG PASU JITRA

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH KUBANG PASU JITRA

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali buat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim di Jitra, Kedah.
Turut hadir bersama adalah Ketua Anak Syarikat Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama Pejabat Daerah dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelarasan mukim, keselamatan, dan lain-lain.
Pejabat Daerah memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muhamad Mahazi di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.

YTM TUNKU MAHKOTA KEDAH PERKENAN MENERIMA MENGADAP PENGURUSAN TERTINGGI BDB

YTM TUNKU MAHKOTA KEDAH PERKENAN MENERIMA MENGADAP PENGURUSAN TERTINGGI BDB

Pengurusan tertinggi Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini telah mendapat perkenan mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Arif Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin di pejabat baginda di Kuala Lumpur.
Pengurusan BDB telah diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali serta turut dihadiri Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Ini merupakan Kunjungan Hormat pertama oleh Pengurusan Tertinggi BDB terhadap YTM Tunku Mahkota Kedah.
Pihak BDB juga berharap dapat bekerjasama dengan Pejabat YTM bagi sama-sama membantu memajukan Negeri Kedah khususnya dalam pembangunan Aset-Aset Strategik khususnya di Langkawi dan Pembangunan Berskala Besar dan Sederhana yang mempunyai Impak Tinggi bagi menaiktaraf Rakyat dan Negeri Kedah.
Pihak BDB turut memaklumkan mengenai projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan oleh pihak syarikat di beberapa buah daerah di Negeri Kedah.
YTM juga memaklumkan tentang minat pelabur luar yang berminat untuk membuat pelaburan di Kedah, khususnya di Langkawi dan pihak BDB mengambil maklum maklumat tersebut.
Menjunjung Kasih Yang Teramat Mulia Tuanku.

SESI PERJUMPAAN BDB BERSAMA INGRESS CORPORATION BHD, ASPIRASI LANGKAWI SDN BHD (AGATE GROUP (MALAYSIA) SDN BHD) DAN JENTAYU SUSTAINABLES BERHAD

SESI PERJUMPAAN BDB BERSAMA INGRESS CORPORATION BHD, ASPIRASI LANGKAWI SDN BHD (AGATE GROUP (MALAYSIA) SDN BHD) DAN JENTAYU SUSTAINABLES BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Ingress Corporation Bhd (ICB), Aspirasi Langkawi Sdn Bhd (Agate Group (Malaysia) Shd Bhd )(AGM) dan Jentayu Sustainables Berhad (JSM) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali di sekitar Kuala Lumpur.
ICB diketuai oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan ICB, Dato’ Dr. Ab Wahab Ismail manakala AGM diwakili oleh Pengarah Urusan AGM, Dato Wira Naina Mohamed dan JSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeffri Muhamad Yusup.
Ini merupakan pertemuan kali pertama di antara BDB bersama ICB dan AGM manakala JSB merupakan pertemuan kali kedua selepas kali pertamanya berlangsung di Langkawi, Kedah pada Januari tahun ini.
Sesi perjumpaan bagi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan ketiga-tiga syarikat serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan disamping berkongsi pengalaman di dalam bidang kepakaran masing-masing.
Dengan sesi perjumpaan tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama ICB, AGM dan JSB akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali buat julung kalinya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud di Alor Setar, Kedah.
Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama MBAS dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan perbandaran, pembangunan perbandaran, keselamatan, kemudahan awam dan lain-lain.
Untuk rekod, MBAS memainkan peranan penting dalam membina persekitaran perbandaran terancang dengan pelan-pelan tindakan konsisten menerusi pelan-pelan strategik, rancangan tempatan dan program-program berdaya maju bagi menjadikan bandaraya selamat dan sejahtera.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
Diharapkan dengan lawatan ini MBAS dapat menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan BDB terutamanya mengenai pembangunan dan perancangan serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk khasnya.

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Norizan Ghazali telah menerima kunjungan hormat dari Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Kunjungan ini merupakan kunjungan rasmi pertama oleh Pengerusi BDB ke atas Dato’ Haji Norizan Ghazali yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada 24 Ogos lalu.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara Kumpulan BDB bersama Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu pentadbiran negeri menaik taraf prasarana serta kawasan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini.
Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had juga diberi taklimat berkenaan pentadbiran kerajaan negeri kedah, visi & misi dan perancangan negeri yang dirangka bagi memenuhi hasrat kerajaan dalam menuju ke arah negeri yang lebih stabil, berkembang dan berdaya saing serta memberi pelbagai faedah kepada rakyat.
Diharapkan dengan lawatan dan pertemuan ini akan membuahkan inisiatif yang positif buat Kumpulan BDB dan juga kerajaan negeri Kedah khasnya.

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE MENARA SADA ALOR SETAR

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI DAN PENGURUSAN KANAN KUMPULAN BDB KE MENARA SADA ALOR SETAR

Delegasi Bina Darulaman berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat di Menara Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman dan Ketua Pegawai Operasi SADA, Haji Zulazni Mohd Noor.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi dan strategi pengurusan bekalan air negeri Kedah, visi dan misi serta projek-projek masa depan yang telah disampaikan oleh Radzuan Osman.
Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai perancangan SADA dalam mengekalkan pentadbiran yang berkualiti serta memastikan rakyat negeri Kedah sentiasa mendapat bekalan air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia serta World Health Organization (WHO).
Dalam pada itu, Sr Haji Che Had sempat meluangkan masa memberi sedikit taklimat mengenai BDB yang juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab menguruskan bidang kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan Negeri Kedah.
Dengan kunjungan hormat tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH DAN TANAH LANGKAWI

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi (PDTL), Dato Abdul Gafar Yahya di Langkawi, Kedah.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, dan ahli Lembaga Pengarah BDB.
Dalam lawatan yang hampir dua jam itu, Sr Haji Che Had Dhali sempat meluangkan masa memberi sedikit taklimat mengenai BDB yang juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab menguruskan bidang kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan Negeri Kedah.
Untuk rekod, pelancong dari dalam dan luar Malaysia serta semua pihak boleh mendapat maklumat yang diperlukan mengenai Pulau Langkawi Permata Kedah serta peranan dan tanggungjawab PDTL.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato Abdul Gafar Yahya di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
Diharapkan dengan lawatan ini PDTL dapat menyambut baik cadangan-cadangan yang dikemukakan BDB terutamanya mengenai pembangunan dan projek-projek yang telah dirancang di masa hadapan.

LAWATAN KERJA AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN BDB KE TAPAK-TAPAK PROJEK DI LANGKAWI

LAWATAN KERJA AHLI LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN BDB KE TAPAK-TAPAK PROJEK DI LANGKAWI

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak-tapak projek BDB yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali di Langkawi, Kedah.
Disamping itu, sesi lawatan kerja yang hampir tiga jam itu berlangsung di Kedah Marble, Gemi Puncak Quarry, Langkawi Designer Premium Outlet, Kedah Marble dan Temoyong.
Tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat kemajuan fizikal di tapak-tapak Projek dan mengetahui isu-isu serta cadangan penyelesaian.

MAJLIS PELANCARAN PERBANDARAN MAMPU MILIK DARULAMAN SAUJANA & PELAN INDUK BANDAR DARULAMAN 3.0 DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PELANCARAN PERBANDARAN MAMPU MILIK DARULAMAN SAUJANA & PELAN INDUK BANDAR DARULAMAN 3.0 DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

Majlis Pelancaran Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0 telah berlangsung dengan jayanya di The Tent, Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim, Pengerusi Bina Darulaman Berhad (BDB), Sr. Haji Che Had Dhali, Pengarah Eksekutif BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Ketua Anak Syarikat Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab.
Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BDB, Pengurusan Kanan BDB serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam membangunkan rumah mampu milik kepada rakyat seiring dengan hasrat untuk memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni serta teratur dapat dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan B40 dan juga M40.
Ujar beliau, usaha pembangunan Perbandaran Mampu Milik Darulaman Saujana amat dihargai kerana ia sekaligus dapat membantu Kerajaan Negeri Kedah untuk mencapai sasaran yang telah dirancang iaitu 15,000 rumah mampu milik dibina dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Tegas beliau, Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0 merupakan pelengkap kepada pembangunan Perbandaran Bandar Darulaman serta bakal menyaksikan transformasi keseluruhan Darulaman Park di mana ia akan menjadi sebuah hub pembangunan bercampur di Bandar Darulaman.
“Dengan perancangan untuk membina Pusat Membeli Belah, Pangsapuri Perkhidmatan, Rumah Bandar 3 tingkat dan Hospital Pakar akan memberikan nafas baru kepada Bandar Darulaman dan secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi Negeri Kedah untuk tempoh lapan tahun yang akan datang, “ kata beliau.
Sementara itu, Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, dalam ucapannya menjelaskan bahawa Perbandaran Darulaman Saujana bakal dibina di atas tanah seluas 206.32 ekar dan akan memfokuskan kepada pembangunan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah di daerah Kubang Pasu serta dijangka akan dimulakan pada suku ketiga 2023.
“Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM 667.5 juta, hampir 3,000 unit rumah pelbagai jenis bakal dibina di Perbandaran Darulaman Saujana dan apabila siap kelak, ia dijangka akan mempunyai lebih dari 14,000 orang penduduk.
“Antara komponen utama pembangunan adalah pembinaan 1,438 unit rumah teres satu tingkat dan 192 unit rumah kluster berkembar satu tingkat yang akan dibina secara berfasa. Selain itu, Dasar Perumahan Negeri Kedah juga menjadi keutamaan dimana Kumpulan BDB berhasrat untuk membina 582 unit Rumah Kasih Rakyat dan 234 unit Rumah Aman Kedah dan 512 unit Rumah Makmur Kedah.
“Di samping itu, terdapat lot perniagaan yang terdiri daripada 21 unit kedai pejabat satu tingkat dan 30 unit kedai pejabat dua tingkat, serta dua lot tapak stesen minyak serta kemudahan awam dan infrastruktur seperti tapak masjid, tapak sekolah, tapak dewan serbaguna, tapak tabika, padang permainan dan kemudahan lanskap serta lokasi tumpuan riadah turut akan disediakan,” katanya.
Tambahan beliau, Bandar Darulaman iaitu perbandaran pertama yang telah dibangunkan oleh Kumpulan BDB sejak tahun 1984 di atas tanah seluas 2,220 ekar akan menerima sebuah lagi rancangan pembangunan 8 tahun iaitu Bandar Darulaman 3.0.
“ Anggaran nilai GDV keseluruhan berjumlah RM 740 juta, antara rancangan pembangunan Bandar Darulaman 3.0 adalah Dataran Darulaman, Darulaman Park, dan Darulaman Hills. Tonggak utama pembangunan Bandar Darulaman 3.0 adalah berkonsepkan Kelestarian alam sekitar mengutamakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui secara optimum serta penggabungan bahan rendah karbon ke dalam semua aspek pembangunan,” katanya.
Adalah diharapkan dengan usaha kumpulan BDB ini akan membantu rakyat di negeri kedah terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) untuk memiliki rumah sendiri serta membuka jalan kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah lain untuk melihat potensi yang wujud dengan konsep perbandaran ini.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kumpulan BDB dalam usaha menjayakan projek-projek pembangunan ini serta membangunkan negeri Kedah menuju sebuah negeri maju pada masa akan datang.