KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH KUBANG PASU JITRA
Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali buat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim di Jitra, Kedah.
Turut hadir bersama adalah Ketua Anak Syarikat Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama Pejabat Daerah dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelarasan mukim, keselamatan, dan lain-lain.
Pejabat Daerah memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muhamad Mahazi di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.