MAJLIS IFTAR ANAK KEDAH DIPERANTAUAN BERSAMA YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOOR, SPMK., AMK. MENTERI BESAR KEDAH
BDB DI PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK KEDAH DI PERANTAUAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH
Bersempena dengan penganjuran Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah Di Perantauan Bersama YAB Menteri Besar Kedah yang diadakan pada 9 April 2023 bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikatnya BDB Land Sdn. Bhd. tidak melepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan majlis berkenaan.
Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor itu disertai lebih 2,000 anak Kedah yang berada di sekitar Lembah Klang yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.
BDB Land turut mengenengahkan produk-produk perumahan yang telah dan akan dilancarkan seperti di Bandar Darulaman, Jitra dan Darulaman Saujana, Kubang Pasu.
BDB Land juga telah membuka peluang pendaftaran kepada para pengunjung yang berminat untuk membeli produk perumahan seperti Simfoni West, Simfoni East, Lakehome di Bandar Darulaman dan Kedah Marble di Langkawi.
Sambutan yang diberikan oleh anak-anak Kedah di perantauan sangat menggalakkan dan BDB ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.