Program BDB CORE-X 2026 telah dilaksanakan di Centre of Learning, Menara BDB sebagai platform pembangunan kepimpinan dan perkongsian idea strategik dalam kalangan pengurus serta penolong pengurus Kumpulan BDB.

Program ini melabuhkan tirai menerusi sesi pembentangan akhir peserta yang menampilkan pelbagai cadangan strategik, penyelesaian inovatif serta idea baharu bagi memperkukuh perniagaan teras Kumpulan, meningkatkan kecekapan operasi dan meneroka peluang pertumbuhan masa hadapan.

Sesi pembentangan akhir telah dinilai oleh barisan panel juri yang terdiri daripada Ahli-Ahli EXCO BDB diketuai oleh Group Chief Executive Officer, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bersama Chief Financial Officer, Encik Mohd Nasir Ismail; Chief Business Strategy Officer, Encik Mohd Hudzaifah Mohamad Sam; Chief People Officer, Encik Mohd Taufik Abdullah; serta Head of Business Development, Ts. Zawawi Wahab.

Turut hadir Ketua-Ketua Anak Syarikat BDB yang memberikan pandangan dan perspektif strategik terhadap idea-idea yang diketengahkan oleh para peserta.

Selaras dengan moto Spirit of Achievement, BDB CORE-X 2026 mencerminkan komitmen Kumpulan BDB dalam membudayakan kecemerlangan, memperkukuh pemikiran strategik serta mencungkil potensi kepimpinan dalam kalangan bakat dalaman bagi melahirkan pemimpin masa hadapan yang mampu memacu pertumbuhan mampan Kumpulan BDB.

 

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022