MalaysiaGazette: BDB bangunkan rumah mampu milik dengan GDV RM60.7 juta

KUALA LUMPUR Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di tanah seluas 16.9 ekar di Kuah dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.

Pengerusi BDB, Sr Che Had Dhali berkata, projek berkenaan akan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang akan dimulakan pada hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai
untuk memilikinya.

“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan 9 Unit Rumah
Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.

“Kumpulan BDB sememangnya memahami kepada permintaan dan keperluan rakyat di negeri Kedah yang sememangnya memerlukan perumahan mampu milik dan diharapkan dengan
adanya Aman Nusa ini kelak, sedikit-sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya untuk memiliki rumah mereka sendiri,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Adya, Kuah di sini hari ini.

Che Had turut menjelaskan, Aman Nusa merupakan projek terbaharu di Langkawi dalam mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan Kumpulan BDB di pulau berkenaan.

Ujar beliau, pada 29 Mac lalu Kumpulan BDB menerusi BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi
Puncak Quarry Sdn Bhd, dan sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 64 ekar.

Katanya lagi, Kumpulan BDB telahpun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 226 ekar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 4 ekar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta mempunyai bank tanah di Kuala Temoyong seluas 12.4 ekar.

“Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA’23), Kumpulan BDB turut menawarkan platform BDB@Langkawi dengan dua tarikan utama iaitu The Airventure dan The LAB di mana The Airventure ini sangat unik kerana ia menyediakan ruang dan kemudahan untuk orang ramai menyaksikan pertunjukan udara dari jarak dekat dan jelas kerana lokasinya berhampiran dengan ‘air strip’ serta dilengkapi dengan ruang tinjau dengan kemudahan seperti calet dua tingkat, cabana, green box dan kawasan cocktail untuk orang awam.

“Sementara itu, The Lab pula akan memperkenalkan Food & Fun Garden yang mana membuka peluang dan ruang untuk peniaga tempatan memperkenalkan dan menjual produk dan perkhidmatan sewaktu LIMA’23 yang mana Kumpulan BDB menyediakan ruang parkir yang mencukupi serta gerai makanan dan ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau, tempat bersantai untuk menonton pameran udara dan tandas dengan dikelilingi kedai kabin kontena yang menarik.

“Dengan ini, Kumpulan BDB mengharapkan untuk terus dapat terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi sekaligus bukan sahaja dapat membangunkan pulau peranginan ini
tetapi juga Negeri Kedah secara amnya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

BDB bangunkan rumah mampu milik dengan GDV RM60.7 juta

Share:

More Posts

Oriental Daily: 浮罗交怡迎安老产业里程碑  将建多元灵性退休社区

(亚罗士打16日讯)浮罗交怡即将迎来历史性突破,即成为全球首个以伊斯兰理念为灵感打造的国际退休生活社区所在地,因一项命名为“Aman Seterra Sanctuary”的旗舰计划,由吉打建筑(BDB)全资子公司Aman Lagenda有限公司,与Seterra控股有限公司策略联手开发,旨在争取日益成形的“银发经济”。 吉打建筑集团执行董事拿督拉惹沙烈恩指出,项目选址在风景宜人且地势优越的瓜拉登摩永(Kuala Temoyong),将开发一座全方位及一站式的乐龄社区,面积达5.03公顷,锁定本地与国际退休族群,成为东南亚首个结合灵性照护与绿色生活理念的可持续退休社区。 “马来西亚自2024年迈入高龄社会,Aman Seterra正是对此趋势的前瞻性回应。我们不仅建设住宅,更是在创造一种具包容性、文化深度与生活品质兼备的退休生活方式。” 此高端社区将设有失智症照护中心、复健设施、健身房、瑜伽与祈祷室、社区厨房、图书馆与卡拉OK房等空间。住户可选择公寓、套房或联排别墅等多元住宅选项,配合不同需求设计无障碍空间。 最大亮点是该村落将伊斯兰价值观深植服务核心,包括提供灵性辅导、伦理照护及祈祷设施,同时也对所有宗教背景者开放,实践真正的多元与尊重。 “我们将绿色建筑理念与伊斯兰精神相结合,为长者提供身心灵平衡的居所。这不只是房产投资,更是健康与心灵的永续承诺。” 拉惹沙烈恩指出,Aman Seterra不仅为浮罗交怡带来国际瞩目,也将为本地创造数百就业机会,涵盖医疗、护理、酒店与物业管理领域,进一步巩固吉打作为马来西亚“银发经济”战略重镇的地位。 这项目预计吸引来自日本、澳洲、新加坡、英国与欧洲等退休族群与投资者,进一步将马来西亚推向区域安老产业前沿。 他透露,将于本月24日代表出席2025年大阪世界博览会马来西亚馆专场活动,并以“投资与开发马来西亚首个退休与可负担安老村”为题,向全球介绍此项目的愿景与潜能。 “浮罗交怡将不再只是旅游天堂,更是全球退休族群的新希望与归属。”

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022