BERNAMA: BDB LAND BANGUNKAN PERUMAHAN MAMPU MILIK DI LANGKAWI

BERNAMA: BDB LAND BANGUNKAN PERUMAHAN MAMPU MILIK DI LANGKAWI

LANGKAWI, 22 Mei (Bernama) — Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) buat julung kalinya akan membangunkan perumahan mampu milik di atas tanah seluas 6.83 hektar di Kuah di sini.

Pengerusi BDB Che Had Dhali berkata projek yang dinamakan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa itu dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2025 dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM60.7 juta.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres satu tingkat dan 27 unit kedai pejabat dua tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.

“Selain itu, Kumpulan BDB juga akan membangunkan sebanyak 35 unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah dan sembilan unit Rumah Aman Kedah dalam perancangan projek Aman Nusa ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Kumpulan BDB sememangnya memahami permintaan dan keperluan rakyat di Kedah yang memerlukan perumahan mampu milik dan berharap projek tersebut sedikit sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya, untuk memiliki rumah.

Terdahulu, pelancaran projek perumahan mampu milik itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan BDB Zawawi Wahab.

Sementara itu, Che Had turut menjelaskan bahawa projek Aman Nusa itu merupakan pembangunan terbaharu Kumpulan BDB di Langkawi dalam usaha syarikat itu mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan di pulau berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata Kumpulan BDB menerusi satu lagi anak syarikatnya, BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham dengan Gemi Puncak Sdn Bhd dan Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd pada 29 Mac lalu, menyaksikan Kumpulan BDB menjadi pemilik kuari granit terbesar di Langkawi yang berkeluasan 25.89 hektar.

Selain itu, Kumpulan BDB telahpun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 91.45 hektar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 1.61 hektar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta bank tanah di Kuala Temoyong seluas 5.01 hektar.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2191372&fbclid=IwAR3jDfMzF5jFyWc51cSbI1IxEZDV67FMR4MgvDEVkliMIqvnEOHhz0FU8PQ

Kosmo: BDB bina rumah mampu milik di Langkawi

Kosmo: BDB bina rumah mampu milik di Langkawi

LANGKAWI – Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) akan membangunkan perumahan mampu milik di pulau ini dengan anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM60.7 juta.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, projek yang akan dikenali dengan nama Aman Nusa itu bakal dibangunkan di atas tanah seluas 6.83 hektar tidak jauh dari pusat bandar Kuah.

“Saya diberitahu bahawa BDB telah memperuntukkan pembangunan 35 unit Rumah Kasih Rakyat, 12 unit Rumah Makmur Kedah dan sembilan unit Rumah Aman Kedah.

“Di samping itu juga, Aman Nusa turut merangkumi perancangan pembinaan 120 unit rumah teres satu tingkat dan 27 unit kedai pejabat dua tingkat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di sebuah hotel di sini hari ini.

Kata beliau, Rumah Kasih Rakyat merupakan rumah kos rendah sementara Rumah Aman Kedah dan Rumah Makmur Kedah pula adalah rumah kos sederhana rendah dan rumah kos sederhana dengan harga rumah antara RM45,000 hingga RM350,000.

Sementara itu, dalam majlis sama, Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali berkata, lokasi pembangunan Aman Nusa terletak kira-kira 4 kilometer (km) dari Kuah dan dijangka akan bermula pada hujung tahun ini dan bakal disiapkan pada tahun 2025.

“BDB melihat terdapat peluang untuk kami sebagai anak syarikat kerajaan negeri untuk terlibat dalam pembangunan sektor perumahan di Langkawi.

“Ia berdasarkan data kenaikan penduduk daripada Jabatan Perangkaan Negara yang melihat 95,000 penduduk pada 2010, 112,000 orang penduduk pada 2020, dan tahun ini mencecah 120,000 orang penduduk,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

BDB bina rumah mampu milik di Langkawi

Suara Merdeka: BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi

Suara Merdeka: BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi

KUMPULAN Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) buat julung kalinya akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, Langkawi, Kedah.

Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar di Mukim Bandar Kuah dengan dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.

Menurut beliau, pembangunan projek berkenaan akan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang mana dijangka akan dimulakan  pada hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.

“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan 9 Unit Rumah Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.

BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi

Berita Harian: BDB bangun rumah mampu milik di Langkawi

Berita Harian: BDB bangun rumah mampu milik di Langkawi

LANGKAWI: Kumpulan Bina Darulaman Bhd (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) buat julung kalinya akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, Langkawi, Kedah.

Pengerusi BDB, Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar di Mukim Bandar Kuah dengan dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.

Menurut beliau, pembangunan projek berkenaan akan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang mana dijangka akan dimulakan pada hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.

“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan 9 Unit Rumah Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.

“Kumpulan BDB sememangnya memahami kepada permintaan dan keperluan rakyat di negeri Kedah yang sememangnya memerlukan perumahan mampu milik dan diharapkan dengan adanya Aman Nusa ini kelak, sedikit-sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya untuk memiliki rumah mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Adya, Kuah di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Divisyen Hartanah Kumpulan BDB, Zawawi Wahab.

Sementara itu, Che Had turut menjelaskan bahawa pada Aman Nusa adalah projek terbaharu di Langkawi dalam mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan Kumpulan BDB di pulau berkenaan.

Beliau berkata, pada 29 Mac lalu Kumpulan BDB menerusi BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd, dan sekali gus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 64 ekar.

Katanya lagi, Kumpulan BDB telahpun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 226 ekar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 4 ekar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta mempunyai bank tanah di Kuala Temoyong seluas 12.4 ekar.

“Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA’23), Kumpulan BDB turut menawarkan platform BDB@Langkawi dengan dua tarikan utama iaitu The Airventure dan The LAB di mana The Airventure ini sangat unik kerana ia menyediakan ruang dan kemudahan untuk orang ramai menyaksikan pertunjukan udara dari jarak dekat dan jelas kerana lokasinya berhampiran dengan ‘air strip’ serta dilengkapi dengan ruang tinjau dengan kemudahan seperti calet dua tingkat, cabana, green box dan kawasan cocktail untuk orang awam.

“Sementara itu, The Lab pula akan memperkenalkan Food & Fun Garden yang mana membuka peluang dan ruang untuk peniaga tempatan memperkenalkan dan menjual produk dan perkhidmatan sewaktu LIMA’23 yang mana Kumpulan BDB menyediakan ruang parkir yang mencukupi serta gerai makanan dan ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau, tempat bersantai untuk menonton pameran udara dan tandas dengan dikelilingi kedai kabin kontena yang menarik.

“Dengan ini, Kumpulan BDB mengharapkan untuk terus dapat terbabit secara langsung dalam pembangunan di Langkawi sekali gus bukan sahaja dapat membangunkan pulau peranginan ini tetapi juga Negeri Kedah secara amnya,” jelasnya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/05/1104635/bdb-bangun-rumah-mampu-milik-di-langkawi?fbclid=IwAR1JjHJDkQiPGOpQFlCcrYhyR8Iihl5IxFueyUBeMS38Q2azMHOwZ2qwWtM

MalaysiaGazette: BDB bangunkan rumah mampu milik dengan GDV RM60.7 juta

MalaysiaGazette: BDB bangunkan rumah mampu milik dengan GDV RM60.7 juta

KUALA LUMPUR Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa di tanah seluas 16.9 ekar di Kuah dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.

Pengerusi BDB, Sr Che Had Dhali berkata, projek berkenaan akan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang akan dimulakan pada hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai
untuk memilikinya.

“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan 9 Unit Rumah
Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.

“Kumpulan BDB sememangnya memahami kepada permintaan dan keperluan rakyat di negeri Kedah yang sememangnya memerlukan perumahan mampu milik dan diharapkan dengan
adanya Aman Nusa ini kelak, sedikit-sebanyak dapat membantu golongan B40 dan M40 di Langkawi khususnya untuk memiliki rumah mereka sendiri,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Perumahan Mampu Milik Aman Nusa yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Hotel Adya, Kuah di sini hari ini.

Che Had turut menjelaskan, Aman Nusa merupakan projek terbaharu di Langkawi dalam mengembangkan portfolio pelaburan dan pembangunan Kumpulan BDB di pulau berkenaan.

Ujar beliau, pada 29 Mac lalu Kumpulan BDB menerusi BDB Infra Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd dan juga Gemi
Puncak Quarry Sdn Bhd, dan sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 64 ekar.

Katanya lagi, Kumpulan BDB telahpun memiliki Darulaman Sanctuary iaitu kawasan ekopelancongan di Lubuk Semilang seluas 226 ekar, Langkawi Art Box, The Langkawi Cultural Village iaitu pembangunan komersial seluas 4 ekar yang mempunyai 35 unit perniagaan di Padang Mat Sirat serta mempunyai bank tanah di Kuala Temoyong seluas 12.4 ekar.

“Bersempena dengan penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace 2023 (LIMA’23), Kumpulan BDB turut menawarkan platform BDB@Langkawi dengan dua tarikan utama iaitu The Airventure dan The LAB di mana The Airventure ini sangat unik kerana ia menyediakan ruang dan kemudahan untuk orang ramai menyaksikan pertunjukan udara dari jarak dekat dan jelas kerana lokasinya berhampiran dengan ‘air strip’ serta dilengkapi dengan ruang tinjau dengan kemudahan seperti calet dua tingkat, cabana, green box dan kawasan cocktail untuk orang awam.

“Sementara itu, The Lab pula akan memperkenalkan Food & Fun Garden yang mana membuka peluang dan ruang untuk peniaga tempatan memperkenalkan dan menjual produk dan perkhidmatan sewaktu LIMA’23 yang mana Kumpulan BDB menyediakan ruang parkir yang mencukupi serta gerai makanan dan ruang santai yang luas dan kemudahan lain seperti surau, tempat bersantai untuk menonton pameran udara dan tandas dengan dikelilingi kedai kabin kontena yang menarik.

“Dengan ini, Kumpulan BDB mengharapkan untuk terus dapat terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi sekaligus bukan sahaja dapat membangunkan pulau peranginan ini
tetapi juga Negeri Kedah secara amnya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

BDB bangunkan rumah mampu milik dengan GDV RM60.7 juta

Utusan Malaysia: BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi

Utusan Malaysia: BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi

PETALING JAYA: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) buat julung kalinya akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, Langkawi, Kedah. Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar di Mukim Bandar Kuah dengan dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7…

BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi