LANGKAWI – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan untuk mengadakan kerjasama dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan dalam sektor eko-pelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata dengan termeterainya MoU tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Menurut beliau, cadangan untuk membangunkan pembangunan tersebut di kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary dimana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang akan dikenalpasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. pula akan memfokuskan dari konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

“Di samping itu juga, bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani MoU antara BDB Land dan Enfiniti Escapes Sdn. Bhd. di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Dato’ Wira Isahak Murat.

Tambah Raja Shahreen lagi, perancangan usahasama ini merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang mana secara tidak langsung ianya akan membantu Kerajaan Negeri Kedah membangunkan pulau peranginan tersebut.

Jelas beliau, pada tahun lalu BDB Land telah mengumumkan pembangunan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, di Bandar Kuah dan BDB Infra Sdn. Bhd., yang juga merupakan anak syarikat BDB menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn. Bhd. dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn. Bhd., dan sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 60 ekar.

“Dengan adanya usahasama terbaharu ini, saya mengharapkan ianya bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary khasnya dan Langkawi amnya terutamanya melibatkan sektor eko-pelancongan bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan juga luar negara.

“Dengan ini, BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah berharap untuk terus terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamaanya pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kita bersama-sama membangunkan pulau peranginan ini,” jelasnya.

Share:

More Posts

Oriental Daily: 浮罗交怡迎安老产业里程碑  将建多元灵性退休社区

(亚罗士打16日讯)浮罗交怡即将迎来历史性突破,即成为全球首个以伊斯兰理念为灵感打造的国际退休生活社区所在地,因一项命名为“Aman Seterra Sanctuary”的旗舰计划,由吉打建筑(BDB)全资子公司Aman Lagenda有限公司,与Seterra控股有限公司策略联手开发,旨在争取日益成形的“银发经济”。 吉打建筑集团执行董事拿督拉惹沙烈恩指出,项目选址在风景宜人且地势优越的瓜拉登摩永(Kuala Temoyong),将开发一座全方位及一站式的乐龄社区,面积达5.03公顷,锁定本地与国际退休族群,成为东南亚首个结合灵性照护与绿色生活理念的可持续退休社区。 “马来西亚自2024年迈入高龄社会,Aman Seterra正是对此趋势的前瞻性回应。我们不仅建设住宅,更是在创造一种具包容性、文化深度与生活品质兼备的退休生活方式。” 此高端社区将设有失智症照护中心、复健设施、健身房、瑜伽与祈祷室、社区厨房、图书馆与卡拉OK房等空间。住户可选择公寓、套房或联排别墅等多元住宅选项,配合不同需求设计无障碍空间。 最大亮点是该村落将伊斯兰价值观深植服务核心,包括提供灵性辅导、伦理照护及祈祷设施,同时也对所有宗教背景者开放,实践真正的多元与尊重。 “我们将绿色建筑理念与伊斯兰精神相结合,为长者提供身心灵平衡的居所。这不只是房产投资,更是健康与心灵的永续承诺。” 拉惹沙烈恩指出,Aman Seterra不仅为浮罗交怡带来国际瞩目,也将为本地创造数百就业机会,涵盖医疗、护理、酒店与物业管理领域,进一步巩固吉打作为马来西亚“银发经济”战略重镇的地位。 这项目预计吸引来自日本、澳洲、新加坡、英国与欧洲等退休族群与投资者,进一步将马来西亚推向区域安老产业前沿。 他透露,将于本月24日代表出席2025年大阪世界博览会马来西亚馆专场活动,并以“投资与开发马来西亚首个退休与可负担安老村”为题,向全球介绍此项目的愿景与潜能。 “浮罗交怡将不再只是旅游天堂,更是全球退休族群的新希望与归属。”

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022