JITRA: Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya apabila berjaya menarik seramai 160 penyertaan sepanjang tiga hari kejohanan tersebut berlangsung di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.
Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina DarulamanBerhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB Masters and Charity Golf 2024sememangnya merupakan kejohanan golf amatur yang paling ditunggu-tunggu padasetiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dariseluruh tanah air di mana lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.
Menurut beliau, kejohanan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open,Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiahkeseluruhan berjumlah RM30,000.
“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiahuntuk pukulan “Hole In One” iaitu dua buah kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70bernilai lebih RM180,000.00 di mana para pemain mempunyai dua peluangmemenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.
“Untuk itu, BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golfterbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segihadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.
Muhammad Farez Mohd Azihan, 24 dinobatkan sebagai juara keseluruhan denganmerekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan sekaligus menewaskanpencabar-pencabar terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yangmana kedua-duanya mencatatkan 217 pukulan.
Kejayaan Muhammad Farez itu membolehkan beliau membawa pulang hadiahkeseluruhan iaitu wang tunai sebanyak RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikanoleh Raja Shahreen.
Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad,Datuk Abdul Rahman Abdullah, serta barisan pengurusan kanan Kumpulan BDB.
Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan sebanyak 10 buah sekolahterpilih telah menerima sumbangan bernilai RM10,000.00 yang dikumpul sepanjangberlangsung kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.
Ujar beliau, sumbangan tersebut merupakan kutipan yang dikumpul bersempenaperlawanan amal dan akan diserahkan kepada sekolah-sekolah terpilih di Negeri Kedah.
“BDB telah mengenalpasti sekolah tersebut berdasarkan keperluan serta keupayaankewangan yang diperlukan oleh mereka manakala baki daripada kutipan berkenaan akan dikumpul dalam tabung khas yang akan digunakan untuk membantu golonganyang memerlukan pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, usaha kecil mengumpul dana sumbangan yang dilaksanakan oleh BDB menerusi penganjuran BDB Masters & Charity Golf 2024 ini mendapat kerjasama dansokongan kuat daripada pelbagai pihak sekaligus ia membolehkan untuk membantumereka yang memerlukan terutamanya di Negeri Kedah,” katanya.
BDB Masters & Charity Golf 2024 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 6 hingga8 Disember 2024 namun terpaksa ditangguhkan disebabkan bencana banjir yangberlaku di sekitar Daerah Kubang Pasu dan sebahagian Negeri Kedah. –
UTUSAN