Suara Merdeka: BDB bangunkan perumahan mampu milik Aman Nusa, Langkawi
KUMPULAN Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikat penuh miliknya BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) buat julung kalinya akan membangunkan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, Langkawi, Kedah.
Pengerusi BDB, Sr. Che Had Dhali berkata projek pembangunan berkenaan bakal dibangunkan di atas tanah seluas 16.9 ekar di Mukim Bandar Kuah dengan dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai RM60.7 juta.
Menurut beliau, pembangunan projek berkenaan akan memfokuskan perumahan mampu milik dan perumahan Dasar Kerajaan Negeri Kedah (DPrNK) yang mana dijangka akan dimulakan pada hujung tahun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
“Pembangunan Aman Nusa bakal menyaksikan pembinaan perancangan untuk membina 120 unit rumah teres 1 tingkat dan 27 unit kedai pejabat 2 tingkat yang terbuka kepada orang ramai untuk memilikinya.
“Dalam pada itu, bagi pembinaan DPrNK pula, Kumpulan BDB akan membangunkan sebanyak 35 Unit Rumah Kasih Rakyat, 12 Unit Rumah Makmur Kedah Dan 9 Unit Rumah Aman Kedah di dalam perancangan projek Aman Nusa ini.