Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya apabila berjaya menarik seramai 160 penyertaan sepanjang tiga hari kejohanan tersebut berlangsung di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB Masters and Charity Golf 2024 sememangnya merupakan kejohanan golf amatur yang paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh tanah air di mana lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.

Menurut beliau, kejohanan tersebut dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole In One” iaitu dua buah kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000.00 di mana para pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

“Untuk itu, BDB terus komited dalam usaha untuk menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022