SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA PENAUNG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali dan Penaung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah iaitu Yang Mulia Tunku Dato’ Adj. Prof. Sr. Dr Fauzi Ibni Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Tunku Dato’ Abdul Malek Al – Haj serta Ketua Komunikasi Korporat, Sajahan Abdul Waheed.

Sesi perjumpaan hampir satu jam itu berlangsung di Menara BDB dan ia bertujuan membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya melibatkan seni warisan Melayu di negeri Kedah.

Di samping itu juga, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dijemput untuk menghadiri Karnival Seni Warisan D’Muzium anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah yang akan diadakan di Muzium Negeri Kedah pada 24-26 Mac 2022.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan yang telah terjalin dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah akan membuahkan inisiatif serta perkembangan positif pada perkembangan seni silat warisan Melayu di Kedah pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022