MUTIARA PERLIS SDN. BHD. (MUTIARA PERLIS) DAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) MEMETERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BAGI PEMBANGUNAN KEMUDAHAN MARITIM STRATEGIK DI UTARA MALAYSIA

SIARAN MEDIA
Khamis, 20 Februari 2025

Mutiara Perlis, pemilik-pemaju Perlis Sanglang Port (PSP), bersama Bina Darulaman Berhad (BDB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) yang melambangkan kerjasama strategik dalam pembangunan kemudahan maritim mampan di wilayah utara Malaysia. Langkah ini menjadi tonggak penting ke arah usaha bersama untuk meningkatkan kecekapan logistik dan memperkukuh hubungan ekonomi di kawasan tersebut.

MOU ini ditandatangani oleh YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, dan Encik Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis, dengan disaksikan oleh Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, dan Pengerusi Eksekutif Mutiara Perlis, Dato’ Shabaruddin Ibrahim.

MOU ini memfokuskan kepada pembinaan tiga (3) kemudahan utama di PSP, iaitu:

  • Pangkalan Bekalan Langkawi untuk perkhidmatan kapal RORO antara Langkawi dan tanah besar.
  • Pangkalan Bekalan Langkasuka untuk menyokong operasi medan minyak dan gas di rantau ini.
  • Terminal Kargo Pukal untuk produk kering dan cecair.

Kemudahan ini akan meningkatkan perdagangan serantau dengan menambah baik kecekapan logistik, sekaligus menyokong perkembangan kawasan perindustrian di Kedah dan Perlis, termasuk Kawasan Perindustrian Lembah Chuping di Perlis, Kedah Rubber City, dan Taman Sains & Teknologi Kedah.

Terletak di pantai persisiran Sanglang yang dilindungi oleh Pulau Langkawi, PSP secara strategik diposisikan untuk menghubungkan Langkawi dengan keupayaan operasi sepanjang tahun tanpa memerlukan pengorekan. Ini akan meningkatkan kredibiliti Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia serta tuan-rumah acara antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Terminal Kargo Pukal akan memainkan peranan penting dalam mempermudah pengendalian dan pengedaran barangan kering serta cecair. Terminal ini akan menyokong industri seperti eksport mineral di samping meningkatkan kecekapan operasi Pangkalan Bekalan Langkawi untuk kapal RORO dan Pangkalan Bekalan Langkasuka untuk perkhidmatan medan minyak dan gas di rantau ini.

Melalui pendekatan integrasi ini, logistik untuk komoditi pukal dapat diselaraskan dengan lebih efisien di beberapa pelabuhan utama. Kemudahan bersama ini juga akan dipromosikan sebagai pangkalan berpotensi untuk perkhidmatan medan minyak dan gas Langkasuka dan Andaman serta pangkalan operasi untuk agensi keselamatan Malaysia dengan aset marin.

Memperkukuh Industri Maritim Malaysia melalui Kerjasama Strategik

Kerjasama ini menandakan satu lonjakan signifikan dalam landskap maritim di utara Malaysia, dengan menyokong pertumbuhan ekonomi serantau dan memperkukuh hubungan erat antara masyarakat di negeri terlibat melalui peningkatan jaringan perdagangan dan logistik.

Perlis Sanglang Port adalah projek di bawah “Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021-2025

Dato’ Shabaruddin Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Mutiara Perlis, berkata “MOU ini mencerminkan komitmen kami untuk membangunkan kemudahan bersama untuk pengguna maritim di Kedah dan Perlis yang memerlukan kemudahan yang boleh digunakan sepanjang tahun tanpa halangan air surut dan cuaca.

Ia akan menjana lebih banyak aktiviti nautika yang biasanya bermusim seperti semasa cuti sekolah dan LIMA Langkawi. Industri di Perlis juga akan berkembang dengan kemudahan pukal yang akan mengurangkan kos dan mempromosikan produk eksport berasaskan mineral serantau ke luar negara.”

Sementara itu, Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, menyatakan “Kerjasama yang terjalin melalui pemeteraian MOU antara Mutiara Perlis dan BDB adalah satu langkah penting ke arah pembangunan kemudahan maritim strategik di utara Malaysia.

Dengan pengalaman BDB dalam pembangunan hartanah, kejuruteraan dan pembinaan serta kepakaran teknikal Mutiara Perlis, projek ini diharapkan menjadi mercutanda yang membanggakan, memperkukuhkan ketersambungan antara Sanglang Perlis dan Langkawi Kedah serta memberikan manfaat besar kepada wilayah utara tanah air. Semoga kerjasama ini berlanjutan untuk jangka masa panjang dan membuka jalan kepada peluang baru di masa hadapan.”

————————————————————————————————————–

MUTIARA PERLIS SDN BHD (MUTIARA PERLIS) AND BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SIGN MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU) FOR STRATEGIC MARITIME INFRASTRUCTURE DEVELOPMENT IN NORTHERN MALAYSIA

MEDIA RELEASE
Wednesday, 20th February 2025

Mutiara Perlis, the owner-developer of Perlis Sanglang Port (PSP), together with Bina Darulaman Berhad has announced the signing of an MOU, marking a significant step towards a strategic partnership for the development of various maritime facilities in Sanglang, Perlis.

The MOU was signed by YM Raja Shahreen Raja Othman, BDB Group Executive Director, and Encik Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad, Group Managing Director & Group Chief Executive Officer of Mutiara Perlis, witnessed by BDB Chairman, Sr. Haji Che Had Dhali, and Mutiara Perlis Executive Chairman, Dato’ Shabaruddin Ibrahim.

This MOU focuses on the construction of three (3) key facilities at PSP, namely:

  • Langkawi Supply Base for RORO vessels.
  • Langkasuka Supply Base for Oil and Gas (O&G) field services in the region.
  • Bulk Cargo Terminal for dry and liquid goods.

These facilities will enhance regional trade by improving logistics efficiency while supporting the growth of industrial zones in Kedah and Perlis, including Perlis Chuping Valley Industrial Area, Kedah Rubber City and Kedah Science and Technology Park.

Strategically located on Sanglang coastline, sheltered by Langkawi Island, PSP is poised to connect Langkawi with year-round operational capability without requiring dredging. This will enhance Langkawi’s credibility as Malaysia’s premier tourism destination and regional host for international events such as Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA).

Bulk Cargo Terminal will play a critical role in facilitating the handling and distribution of dry and liquid goods. It will support industries such as mineral-based exports while also enhancing the operational efficiency of Langkawi Supply Base for RORO vessels, and Langkasuka Supply Base for oil and gas field services in the region.

This integrated approach ensures streamlined logistics for bulk commodities across several key maritime facilities. Additionally, the shared facility will be promoted as a potential base for Langkasuka and Andaman oil & gas field services as well as an operational hub for Malaysian security agencies with maritime assets.

Strengthening Malaysia’s Maritime Industry through Strategic Collaboration

This partnership represents a significant milestone in the maritime landscape of Northern Malaysia, driving economic growth and strengthening connections between communities across different states.

Perlis Sanglang Port is a project under “NCER Strategic Development Plan 2021-2025

Dato’ Shabaruddin Ibrahim, Executive Chairman of Mutiara Perlis, stated “This MOU reflects our commitment to developing joint facilities for maritime users in Kedah and Perlis, ensuring year-round usability without restrictions from tides or weather.

It will generate more maritime activities that are typically seasonal, such as during school holidays and LIMA for Langkawi. Industry in Perlis will also benefit from bulk facilities that reduce costs and promote regional mineral-based export products to overseas markets.”

Meanwhile, Sr. Haji Che Had Dhali, Chairman of BDB, remarked “The collaboration formalized through the signing of the MOU between Mutiara Perlis and BDB today marks a significant step toward the development of maritime infrastructure development in Northern Malaysia.

With BDB’s expertise in property development, engineering and construction combined with Mutiara Perlis’ technical proficiency, this project is envisioned to become a proud landmark, enhancing connectivity between Sanglang Perlis and Langkawi Kedah while bringing substantial benefits to the northern region of the country. May this partnership endure for the long term and pave the way for new opportunities in the future.”

Siaran Media (MOU MPSB – BDB) BM

Press Release (MOU MPSB – BDB) ENG

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022