Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Majlis Iftar tahunan bagi tahun 2024/1445H di yang bertempat di The Tent, Darulaman Park, Jitra, Kedah pada 14 Mac lalu.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengerusi BDB, Tuan Haji Sr. Che Had Dhali, pengurusan kanan, ketua jabatan, dan serta warga kerja Kumpulan BDB.

Antara pengisian Majlis Iftar berkenaan ialah kuliah Ramadan bertajuk ‘Hikmah Berpuasa’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rizal Mat Zainon yang penuh dengan nasihat dan pengajaran berharga tentang hakikat puasa yang sebenar.

Acara kemuncak pada majlis tersebut sudah pastilah berbuka puasa bersama-sama kesemua warga kerja Kumpulan BDB yang hadir. Kemudian hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Iftar Kumpulan BDB tahun ini dan diharapkan ia akan diteruskan serta menjadi acara tahunan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022