Delegasi Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Bina Darulaman Berhad (BDB) di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Delegasi Bank Muamalat Malaysia Berhad diketuai oleh Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan turut disertai oleh Regional Manager (Northern), Encik Khirrilanuar Zakaria dan Branch Manager (Alor Setar), Mohd Zin Daud.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mohd Nasir Ismail dan π»πππ ππ π΅π’π ππππ π πΆπππ‘ππππππ πππ πππππ π’ππ¦, Nor Hayati Zainuddin.
Sesi perjumpaan bagi kunjungan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan Bank Muamalat Malaysia Berhad serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.
BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.