KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) MENGHULURKAN BANTUAN BAG SEKOLAH KEPADA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR SETAR (SKAS)
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah menghulurkan bantuan kepada 50 pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan.
Bantuan tersebut merangkumi kelengkapan bag sekolah itu telah disampaikan kepada seramai 50 pelajar Sekolah Kebangsaan Alor Setar (SKAS) di Alor Setar, Kedah.
Justeru, diharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain menyuntik semangat murid untuk menghadiri sesi persekolahan.
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Penolong Kanan Pentadbiran SKAS, En Kizzon bin Ahmad.
Sumbangan sedikit sebanyak daripada BDB ini diharap dapat meringankan beban keluarga penerima dalam menghadapi sesi persekolahan seterusnya.
#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita