
Program “Jom Kitar Semula” anjuran Jabatan ESG Bina Darulaman Berhad (BDB) sekali lagi mencatat kejayaan apabila berjaya mengumpul rekod kutipan tertinggi sebanyak 525.1-kilogram barangan kitar semula.
Sumbangan yang diterima merangkumi plastik, kertas, tin aluminium serta minyak masak terpakai hasil penyertaan aktif warga kerja BDB.
Program yang berlangsung pada 29 September 2025 di Menara BDB ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, mencerminkan komitmen warga kerja terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar.

Melalui penganjuran berterusan, inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian alam, menggalakkan amalan kitar semula, serta menyokong usaha BDB dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan lestari.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan program ini.


