KUNJUNGAN HORMAT BDB KE TDM BERHAD & PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

Bina Darulaman Berhad (BDB) bersama SG4 Group Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat ke TDM Berhad di Wisma TDM, Kuala Terengganu pada 30 September 2025 dan ke Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kota Bharu pada 1 Oktober 2025.

Delegasi BDB diketuai oleh Pengerusi BDB, PMgr Sr Haji Che Had Dhali, bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Chief Support Officer BDB, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SG4 Group, Encik Muhd Khidhir Izaidin.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi telah mengadakan perbincangan bersama Group Chief Executive Officer TDM Berhad, Haji Najman Kamaruddin serta Ketua Pegawai Digital PMBK, Encik Wan Mohd Husni Wan Osman.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik yang sedia terjalin, selain membincangkan peluang kolaborasi baharu dalam bidang yang berpotensi memberi manfaat bersama kepada semua pihak.

JOM KITAR SEMULA BDB CATAT REKOD TERTINGGI 525.1 KILOGRAM

Program “Jom Kitar Semula” anjuran Jabatan ESG Bina Darulaman Berhad (BDB) sekali lagi mencatat kejayaan apabila berjaya mengumpul rekod kutipan tertinggi sebanyak 525.1-kilogram barangan kitar semula.

Sumbangan yang diterima merangkumi plastik, kertas, tin aluminium serta minyak masak terpakai hasil penyertaan aktif warga kerja BDB.

Program yang berlangsung pada 29 September 2025 di Menara BDB ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, mencerminkan komitmen warga kerja terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar.

Melalui penganjuran berterusan, inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian alam, menggalakkan amalan kitar semula, serta menyokong usaha BDB dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan lestari.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN – OFFICE ERGONOMIC & STRESS MANAGEMENT

Seramai 41 orang warga kerja Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyertai Program Kesedaran Kesihatan bertempat di Centre of Learning, Menara BDB pada 23 September 2025.

Program tersebut merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan BDB dengan kerjasama Wall and Bone Physiotherapy Center yang merupakan fisioterapi berdaftar.

Objektif penganjuran program tersebut adalahh bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga kerja BDB berkaitan Office Ergonomic & Stress Management bagi mengurangkan risiko kecederaan di tempat kerja.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah senaman chairobic untuk warga kerja BDB amalkan di tempat kerja masing-masing serta pemeriksaan kesihatan fizikal bagi memeriksa tahap kesihatan semasa.

PERBINCANGAN BERSAMA BERTAM RESORT & WATER PARK

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan pertemuan bersama pengurusan 4 di Bertam, Pulau Pinang pada 3 September 2025.

Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), Encik Mohd. Sobri Hussein telah mengadakan perbincangan bersama Pengarah Urusan Bertam Resort & Water Park, Dato’ Mohamed Iqbal S Habeeb Noohu dan Encik Saidi Nyan.

Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan BDB, Encik Sr. Yusuf Hashim, Caretake Divisyen Leisure BDB, Encik Nuramali Ahmad Zaini dan wakil Pejabat COO, Encik Safrizuan Saad.

Objektif utama pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai peluang kerjasama perniagaan yang boleh dilaksanakan bersama di antara BDB dan Bertam Resort & Water Park terutamanya melibatkan sektor leisure dan juga pelancongan terutamanya di Darulaman Park.

 

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UNISHAMS) KE BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)

Bina Darulaman Berhad (BDB) menerima kunjungan hormat daripada Yang Berusaha Prof. Dr. Amy Azhar bin Dato’ Haji Mohd. Harif, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), pada 4 September 2025 bertempat di Menara BDB, Alor Setar.

Turut hadir, Pengerusi BDB; PMgr Sr Haji Che Had bin Dhali, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Seterra Sdn. Bhd.; Encik Rashidi Yahaya serta Pengurus Besar Incubator Project BDB; Ts. Zawawi Wahab.

Pertemuan ini membuka ruang kerjasama dalam bidang ekonomi perak (silver economy), seiring usaha BDB membangunkan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kehadiran UniSHAMS amat signifikan kerana kepakaran akademik dan penyelidikan mereka mampu menyokong pembangunan idea serta solusi baharu.

Lebih bermakna, kerjasama ini menghubungkan dua institusi di Kedah dalam bersama-sama membina nilai untuk komuniti dan generasi akan datang.

BDB ENERGY DAN KESTER SDN. BHD. JALIN KERJASAMA PROJEK SOLAR DI KEDAH

BDB Energy Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kester Sdn. Bhd. untuk menjalinkan usaha sama projek tenaga boleh diperbaharui di Negeri Kedah.

Kerjasama strategik ini meliputi pembangunan Solar Berbumbung di bawah Program CREAM serta pembangunan Ladang Solar yang bakal membuka peluang baharu dalam mempromosikan sumber tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan jejak karbon di Kedah.

Majlis menandatangani MoU ini telah berlangsung di Bertam Resort dan Water Park, Pulau Pinang dengan kehadiran YB Dr. Haim Hilman Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah, Pengarah Kester Sdn. Bhd., Encik Noor Ikhsan Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Kewangan BDB, Encik Mohd. Nasir Ismail dan Pengarah BDB Energy, Encik Mohd. Hudzaifah Mohd. Sam.

Projek ini seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40% menjelang 2035 dan 70% menjelang 2050, sekali gus menyokong pelan pembangunan The Greater Kedah yang menekankan Ekonomi Hijau.

Diharapkan dengan kerjasama tersebut dapat memacu perkembangan projek tenaga boleh diperbaharui di Negeri Kedah pada masa akan datang.

BDB LEISURE SERTAI KARNIVAL HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN

Pasukan BDB Leisure Sdn. Bhd. (BDB Leisure) telah menyertai Karnival Hari Peladang, Penternak & Nelayan (HPPNK) yang diadakan pada 28 hingga 31 Ogos di Taman Jubli Emas, Alor Setar.

Bersempena HPPNK, BDB Leisure telah mengadakan pelbagai promosi menarik yang ditawarkan kepada para pengunjung melibatkan aktiviti-aktiviti riadah di Darulaman Park serta pakej ruang acara seperti BDB Glass Hall dan juga The Tent sepanjang empat hari penganjuran.

Sambutan yang diberikan oleh para pengunjung amat menggalakkan di mana pasukan BDB Leisure mendapat banyak pertanyaan untuk tempahan sekaligus dapat merancakkan lagi program dan aktiviti terutamanya di Darulaman Park pada masa hadapan.

PELANCARAN ORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN (OACP) BINA DARULAMAN BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) melancarkan Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) sebagai langkah proaktif memperkukuh sistem pencegahan rasuah dalam organisasi.

Pelancaran ini disempurnakan melalui gimik penyerahan dokumen kepada wakil SPRM sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah BDB pada 28 Ogos 2025, bertempat di Darulaman Golf & Country Club.

OACP yang dibangunkan khusus untuk BDB Infra dan BDB Synergy ini menjadi panduan utama dalam menghindari sebarang bentuk rasuah dan salah laku, sejajar dengan usaha berterusan syarikat memperkukuh nilai integriti dan tadbir urus terbaik.

Dengan pelaksanaan OACP, BDB menegaskan komitmen untuk menjadi contoh teladan dalam sektor korporat.

 

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH BINA DARULAMAN BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menganjurkan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club, Jitra pada 28 Ogos 2025.

Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi BDB, PMgr. Sr. Haji Che Had Dhali, Pengarah Eksekutif BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Jabatan Integriti & Tadbir Urus Negeri Kedah, Encik Muhamad Mizar Morat serta Timbalan Pengarah Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah, Penolong Pesuruhjaya Tuan Syed Aswadi Syed Soffian.

Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah BDB, pengurusan kanan BDB, warga kerja BDB serta vendor-vendor jemputan.

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh wakil Pegawai SPRM yang bertajuk “Kesalahan-Kesalahan Rasuah Dalam Sektor Swasta”, diikuti dengan sesi lafaz ikrar bebas rasuah serta menandatangan dokumen ikrar oleh semua yang hadir.

BDB terus komited untuk menjalankan operasi secara telus, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi bagi memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan sempurna.

DGCC MERDEKA GOLF CHALLENGE 2025

Bersempena Hari Kebangsaan 2025, Darulaman Golf & Country Club (DGCC) telah menganjurkan DGCC Merdeka Golf Challenge 2025 yang berlangsung pada 23 Ogos 2025.

Seramai 79 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut di mana Basyiron Mahmud muncul sebagai juara keseluruhan manakala Faridzuan Che Hamid dan Ammar Sazali pula memenangi Kategori Medal A dan Medal B.

Para pemenang turut membawa pulang trofi dan juga hadiah kemenangan masing-masing di mana hadiah keseluruhan berjumlah RM4,450.00.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, penaja dan warga kerja DGCC yang memastikan kejohanan berjalan lancar, penuh semangat dengan aksi penuh bergaya di padang. Di samping itu juga kejohanan tersebut turut dapat mengukuhkan ukhwah yang terjalin di antara para peserta sekaligus menjadikan kejohanan kali ini cukup bermakna.