JHM 2026 Sasar 2,200 Penyertaan
Alor Setar: Jitra Half Marathon (JHM 2026) bakal kembali memeriahkan arena sukan larian di kawasan utara untuk tahun ini di Darulaman Park, Jitra pada 19 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din berkata, JHM 2026 bakal kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn Bhd dengan kali terakhir dianjurkan pada tahun 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan bencana banjir yang melanda negeri Kedah.
“JHM 2026 pada kali ini bakal tampil dengan lebih bergaya, meyakinkan dan menawarkan hadiah menarik termasuk wang tunai serta pelbagai barangan cabutan bertuah kepada para peserta.
“Untuk rekod, JHM yang kali pertama dianjurkan pada tahun 2022 menyaksikan penyertaan seramai 1,200 peserta dan jumlah tersebut telah meningkat kepada 1,500 peserta pada tahun berikutnya.
“JHM 2026 kali ini pula menyasarkan 2,200 jumlah penyertaan termasuk dari dalam dan luar negara yang akan dibahagikan kepada tiga kategori utama larian melibatkan 21 kilometer (km), 10km dan 5km,” katanya.
Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi checkpointspot.asia/event/jitra-half-marathon26.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/05/1357479/jhm-2026-sasar-2200-penyertaan



