JITRA HALF MARATHON KEMBALI SEPTEMBER TAHUN INI

JITRA HALF MARATHON KEMBALI SEPTEMBER TAHUN INI

SIARAN MEDIA
Selasa, 12 Mei 2026

ALOR SETAR – Jitra Half Marathon (JHM) 2026, anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB) yang kini memasuki edisi keempat penganjurannya, bakal kembali menghangatkan arena sukan larian di wilayah utara apabila dijadualkan akan berlangsung pada 19 September 2026 di Darulaman Park, Jitra, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din, berkata JHM 2026 kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn. Bhd., dengan kali terakhir dianjurkan pada tahun 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan bencana banjir yang melanda negeri Kedah.

Menurut beliau, JHM 2026 menyasarkan 2,200 jumlah penyertaan termasuk dari dalam dan luar negara yang akan dibahagikan kepada tiga kategori utama larian melibatkan iaitu 21kilometer (km), 10km, dan 5km.

“JHM 2026 pada kali ini tampil dengan lebih bergaya dan meyakinkan dengan menawarkan hadiah menarik, termasuk wang tunai serta pelbagai barangan cabutan bertuah kepada para peserta.

“Sehubungan itu, Kumpulan BDB berharap orang ramai bukan sahaja di Kedah, malah dari seluruh negara serta luar negara tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam penganjuran JHM pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, JHM buat kali pertama dianjurkan pada tahun 2022 dengan menyaksikan penyertaan seramai 1,200 peserta dan jumlah tersebut meningkat kepada 1,500 peserta pada tahun berikutnya.

Tambah beliau lagi, orang ramai disaran merebut peluang pendaftaran awal menerusi tawaran Early Bird yang dibuka sehingga 31 Mei 2026 dengan kadar yuran RM80 bagi kategori 21km, RM65 (10km) dan RM50 bagi kategori 5km Fun Run.

“Bagi tempoh pendaftaran bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026, yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM95 (21km), RM85 (10km) dan RM65 (5km Fun Run).

“JHM 2026 akan menjadi acara ikonik bagi Daerah Kubang Pasu sekaligus mengukuhkan reputasi Darulaman Park sebagai destinasi acara sukan dan rekreasi, di samping memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah menarik kedatangan pelancong menerusi penganjuran program sukan (Sport Tourism) seperti ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 04-913 1402 dan 019-477 4580 serta serta membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi checkpointspot.asia/event/jitra-half-marathon26.

Siaran Media – Jitra Half Marathon Kembali September Ini

 

Utusan Malaysia: Jitra Half Marathon Kembali September Ini

Jitra Half Marathon Kembali September Ini

ALOR SETAR: Jitra Half Marathon (JHM) 2026, anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB) yang kini memasuki edisi keempat penganjurannya, bakal kembali menghangatkan arena sukan larian di wilayah utara apabila dijadualkan akan berlangsung pada 19 September 2026 di Darulaman Park, Jitra, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din berkata, JHM 2026 kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn. Bhd., dengan kali terakhir dianjurkan pada tahun 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan bencana banjir yang melanda negeri Kedah.

Menurutnya, JHM 2026 menyasarkan 2,200 jumlah penyertaan termasuk dari dalam dan luar negara yang akan dibahagikan kepada tiga kategori utama larian melibatkan iaitu 21kilometer (km), 10km, dan 5km.

“JHM 2026 pada kali ini tampil dengan lebih bergaya dan meyakinkan dengan menawarkan hadiah menarik, termasuk wang tunai serta pelbagai barangan cabutan bertuah kepada para peserta.

“Sehubungan itu, Kumpulan BDB berharap orang ramai bukan sahaja di Kedah, malah dari seluruh negara serta luar negara tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam penganjuran JHM pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, JHM buat kali pertama dianjurkan pada tahun 2022 dengan menyaksikan penyertaan seramai 1,200 peserta dan jumlah tersebut meningkat kepada 1,500 peserta pada tahun berikutnya.

Tambahnya, orang ramai disaran merebut peluang pendaftaran awal menerusi tawaran Early Bird yang dibuka sehingga 31 Mei 2026 dengan kadar yuran RM80 bagi kategori 21km, RM65 (10km) dan RM50 bagi kategori 5km Fun Run.

“Bagi tempoh pendaftaran bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026, yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM95 (21km), RM85 (10km) dan RM65 (5km Fun Run).

“JHM 2026 akan menjadi acara ikonik bagi Daerah Kubang Pasu sekaligus mengukuhkan reputasi Darulaman Park sebagai destinasi acara sukan dan rekreasi, di samping memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah menarik kedatangan pelancong menerusi penganjuran program sukan (Sport Tourism) seperti ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 04-913 1402 dan 019-477 4580 serta serta membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi checkpointspot.asia/event/jitrahalf-marathon26.

Jitra Half Marathon kembali September ini

Harian Metro: JHM 2026 Sasar 2,200 Penyertaan

JHM 2026 Sasar 2,200 Penyertaan

Alor Setar: Jitra Half Marathon (JHM 2026) bakal kembali memeriahkan arena sukan larian di kawasan utara untuk tahun ini di Darulaman Park, Jitra pada 19 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din berkata, JHM 2026 bakal kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn Bhd dengan kali terakhir dianjurkan pada tahun 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan bencana banjir yang melanda negeri Kedah.

“JHM 2026 pada kali ini bakal tampil dengan lebih bergaya, meyakinkan dan menawarkan hadiah menarik termasuk wang tunai serta pelbagai barangan cabutan bertuah kepada para peserta.

“Untuk rekod, JHM yang kali pertama dianjurkan pada tahun 2022 menyaksikan penyertaan seramai 1,200 peserta dan jumlah tersebut telah meningkat kepada 1,500 peserta pada tahun berikutnya.

“JHM 2026 kali ini pula menyasarkan 2,200 jumlah penyertaan termasuk dari dalam dan luar negara yang akan dibahagikan kepada tiga kategori utama larian melibatkan 21 kilometer (km), 10km dan 5km,” katanya.

Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi checkpointspot.asia/event/jitra-half-marathon26.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2026/05/1357479/jhm-2026-sasar-2200-penyertaan

Bernama (BM): Jitra Half Marathon Edisi Keempat Kembali September Ini

Jitra Half Marathon Edisi Keempat Kembali September Ini

ALOR SETAR, 13 Mei (Bernama) — Jitra Half Marathon (JHM) 2026 anjuran Bina Darulaman Bhd (BDB) edisi keempat kembali menghangatkan arena sukan larian di wilayah utara pada 19 Sept di Darulaman Park, Jitra.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB Che Abdul Khalid Md Din berkata JHM 2026 kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn Bhd selepas kali terakhir dianjurkan pada 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan banjir yang melanda Kedah.

“JHM 2026 menyasarkan 2,200 penyertaan dari dalam dan luar negara yang dibahagikan kepada tiga kategori utama larian, iaitu 21 kilometer (km), 10 km dan 5 km.

“JHM 2026 tampil dengan lebih bergaya dan meyakinkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai serta barangan cabutan bertuah kepada peserta,” katanya.

Beliau berkata pihaknya berharap orang ramai termasuk dari seluruh negara dan luar negara tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam penganjuran JHM tahun ini.

“JHM kali pertama dianjurkan pada 2022 dengan penyertaan sebanyak 1,200 peserta dan jumlah itu meningkat kepada 1,500 peserta tahun berikutnya.

“Orang ramai disaran merebut peluang pendaftaran awal menerusi tawaran early bird sehingga 31 Mei dengan kadar yuran RM80 bagi kategori 21 km, RM65 (10 km) dan RM50 bagi kategori 5 km Fun Run,” katanya.

Che Abdul Khalid berkata bagi pendaftaran dari 1 Jun sehingga 31 Julai, yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM95 (21 km), RM85 (10 km) dan RM65 (5 km).

— BERNAMA

https://bernama.com/bm/news.php?id=2556301

Bernama (ENG): Jitra Half Marathon Targets 2,200 Entries

Jitra Half Marathon Targets 2,200 Entries

ALOR SETAR, May 13 (Bernama) — The Jitra Half Marathon (JHM), organised by Bina Darulaman Berhad (BDB), will return on Sept 19, targeting a record 2,200 participants.

BDB Group chief executive officer Che Abdul Khalid Md Din said JHM 2026 returns to the calendar of events of BDB Leisure Sdn Bhd after it was last held in 2023.

“JHM 2026, to be held at Darulaman Park, Jitra, is targeting 2,200 participants, comprising both local and international runners, who will compete in three main categories — 21 kilometres (km), 10 km and 5 km.

“This time, JHM 2026 comes back in greater style and confidence, offering attractive prizes, including cash rewards and various lucky draw items for participants,” he said.

He added that the organisers hoped the public, not only from Kedah but also from across the country and abroad, would not miss the opportunity to take part in this year’s JHM.

“JHM was first organised in 2022 and attracted 1,200 participants, with the number increasing to 1,500 the following year.

“The public is encouraged to take advantage of the early bird registration offer, open until May 31, with fees set at RM80 for the 21 km category, RM65 (10 km) and RM50 for the 5 km Fun Run,” he said.

He said for the registration period from June 1 to July 31, participation fees would be RM95 (21 km), RM85 (10 km) and RM65 (5 km).

— BERNAMA

https://bernama.com/en/news.php//business/general/news.php?id=2556343