Alor Setar: Muhammad Farez Mohd Azihan muncul juara keseluruhan pada kejohanan golf amatur BDB Masters and Charity Golf 2024 di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, yang berlangsung pada 3 hingga 5 Januari lalu.

Farez, 24, yang pernah mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Kejohanan Golf Universiti Dunia (WUC) di Itali pada 2022 dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas merekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.

Dia menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yang masing-masing mencatat 217 pukulan.

Kejayaan itu membolehkan Farez membawa pulang hadiah keseluruhan wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman

Raja Shahreen berkata, BDB Masters and Charity Golf 2024 adalah kejohanan golf amatur yang popular setiap tahun.

Katanya, ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan 160 peserta dari seluruh tanah air termasuk 90 peratus dari luar Kedah.

“Kejohanan itu dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

“Selain hadiah keseluruhan, tarikan utama adalah hadiah untuk pukulan ‘Hole In One’ iaitu dua kereta iaitu Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000 apabila pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan,” katanya.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022