KUALA LUMPUR 14 Julai – Bina Darulaman Bhd (BDB) menandatangani Perjanjian Usaha Sama dan Pemegang Saham (JVSA) dengan Energise Sdn Bhd bagi bekerjasama dalam projek tenaga boleh diperbaharui (RE) dan kecekapan tenaga di Kedah dan kawasan lain.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, BDB menyatakan usahasama itu adalah untuk
mengendalikan dan menguruskan perniagaan tenaga hijau.
Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran pelet biojisim organik, penghasilan dan
penjualan produk bioenergi serta penanaman hasil pertanian bagi membekalkan bahan mentah
yang diperlukan untuk biojisim organik.
Di bawah JVSA yang dimeterai pada 25 Jun 2025, kedua-dua pihak akan menubuhkan sebuah
syarikat tujuan khas (SPV) iaitu BDB Energise Sdn Bhd, di mana BDB akan memegang 51%
kepentingan dan Energise akan memegang baki 49%.
Usaha sama ini bertujuan mengenal pasti, membangun dan melaksanakan sistem solar fotovolta,
solar atas bumbung, serta inisiatif tenaga bersih lain untuk pelanggan sektor awam dan swasta.
Ia juga akan meneroka kontrak prestasi tenaga (EPC), pengukuran tenaga bersih (NEM), dan audit
tenaga.
BDB berkata kerjasama ini selari dengan aspirasi kelestariannya dan matlamat tenaga bersih
kerajaan negeri Kedah. – DagangNews.com (https://dagangnews.com)

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022