BDB LAND BANGUNKAN DARULAMAN COMMERCIAL DISTRICT (DCD) BERNILAI RM41.5 JUTA DI JITRA

BDB LAND BANGUNKAN DARULAMAN COMMERCIAL DISTRICT (DCD) BERNILAI RM41.5 JUTA DI JITRA

SIARAN MEDIA
Khamis, 16 Jun 2026

ALOR SETAR – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB), membangunkan pusat komersial baharu, Darulaman Commercial District (DCD) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta di Bandar Darulaman, Jitra.

Projek di atas tanah seluas 5.01 ekar ini merangkumi 45 unit bangunan kedai pejabat dua dan tiga tingkat serta sebuah bangunan pejabat korporat baharu BDB Land, selain berperanan menjadi pusat perniagaan dan tumpuan gaya hidup yang melengkapkan komuniti sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din, berkata lokasi projek yang terletak bersebelahan Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dan berhampiran Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Tasik Darulaman Park serta Taman Tema Air Fantasia Aquapark, yang merupakan aset milikan BDB, memberi kelebihan dari segi aksesibiliti serta potensi limpahan ekonomi.

“Lokasinya yang strategik ini akan mengukuhkan keterhubungan ekonomi kawasan dengan menghubungkan perumahan, komersial, rekreasi dan pelancongan dalam satu ekosistem yang saling melengkapi, sekali gus menyokong peranan Bandar Darulaman sebagai salah satu pusat pertumbuhan utama di wilayah utara,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan dalam memperkukuhkan ekosistem pasaran hartanah di Bandar Darulaman seluas 2,200 ekar yang kini merangkumi lebih 5,000 unit kediaman dan komponen pembangunan bercampur. Inisiatif ini turut menyokong strategi jangka panjang BDB dalam menambah nilai keseluruhan perbandaran tersebut.

DCD direka dengan ruang perniagaan yang lebih tersusun dan moden bagi menyokong keperluan semasa serta jangka panjang komuniti perniagaan, seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi menerusi sektor peruncitan, perkhidmatan dan keusahawanan. Selaras dengan permintaan pasaran, kerja-kerja awal projek telah dimulakan melibatkan pembersihan tapak dan penyediaan tanah sebagai persediaan untuk fasa pembinaan seterusnya.

Che Abdul Khalid turut menegaskan bahawa komitmen utama BDB Land adalah untuk memastikan setiap pembangunan memberi impak jangka panjang kepada nilai hartanah serta kesejahteraan komuniti di Bandar Darulaman, sejajar dengan prinsip ESG yang menjadi teras amalan Kumpulan BDB.

“Setiap pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada aspek fizikal, tetapi turut menitikberatkan aspek sosial dan tadbir urus melalui perancangan bandar yang lebih berdaya huni serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pendekatan ini menjadi asas kepada pembentukan persekitaran yang lebih terancang, seimbang dan berkualiti untuk generasi akan datang,” katanya.

Projek Darulaman Commercial District ini telah dibuka untuk tempahan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi BDB Land di talian 04-919 9080 atau 013-496 4288.

————————————————————————————————————–

BDB LAND TO DEVELOP RM41.5 MILLION DARULAMAN COMMERCIAL DISTRICT (DCD) IN JITRA

MEDIA RELEASE
Thursday, 16th June 2026

ALOR SETAR – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), a wholly owned subsidiary of Bina Darulaman Berhad (BDB), is developing a new commercial hub, the Darulaman Commercial District (DCD), with a Gross Development Value (GDV) of RM41.5 million in Bandar Darulaman, Jitra.

The project, spanning 5.01 acres, comprises 45 units of two- and three-storey shop offices as well as a new BDB Land corporate office building. It is envisioned as a business and lifestyle destination that complements the existing community.

BDB Group Chief Executive Officer, Che Abdul Khalid Md Din, said the project’s location, situated adjacent to the North-South Expressway (PLUS) and in close proximity to Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Tasik Darulaman Park and Fantasia Aquapark, all of which are assets owned by BDB, provides a significant advantage in terms of accessibility and economic spillover potential.

“This strategic location will strengthen the area’s economic connectivity by integrating residential, commercial, recreational and tourism components within a complementary ecosystem, while supporting Bandar Darulaman’s role as one of the key growth centres in the northern region,” he said.

According to him, the development forms part of the Group’s ongoing efforts to strengthen the property market ecosystem within Bandar Darulaman, a 2,200-acre township that currently comprises more than 5,000 residential units and mixed-development components. The initiative also supports BDB’s long-term strategy to enhance the overall value of the township.

DCD is designed to provide a more organised and modern business environment to support the current and future needs of the business community, while stimulating economic activities through the retail, services and entrepreneurship sectors. In line with market demand, preliminary works for the project have commenced, including site clearing and earthworks in preparation for the next phase of construction.

Che Abdul Khalid also emphasised that BDB Land’s key commitment is to ensure that every development delivers long-term value to both property assets and the well-being of the Bandar Darulaman community, in line with the ESG principles that form the foundation of BDB Group’s practices.

“Each development focuses not only on physical infrastructure, but also on social and governance aspects through more liveable urban planning that supports sustainable economic growth. This approach serves as the foundation for creating a more organised, balanced and high-quality environment for future generations,” he said.

The Darulaman Commercial District project is now open for booking. For further information, please contact BDB Land at +604-919 9080 or +6013-496 4288.

BDB PEROLEH KONTRAK PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI KEDAH BERNILAI RM251.65 JUTA

BDB PEROLEH KONTRAK PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI KEDAH BERNILAI RM251.65 JUTA

SIARAN MEDIA
Rabu, 20 Mei 2026

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra), telah memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri bernilai RM251.65 juta daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Kontrak bagi tempoh 60 bulan (lima tahun) itu melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Zon 1 yang merangkumi daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din berkata, penganugerahan kontrak tersebut mencerminkan keyakinan berterusan Kerajaan Negeri Kedah terhadap keupayaan dan kredibiliti BDB Infra dalam melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur secara cekap, berkualiti dan konsisten.

“Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada Kumpulan BDB dan BDB Infra atas pengalaman serta rekod prestasi kami dalam sektor penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya.

“BDB komited memastikan projek ini dilaksanakan mengikut spesifikasi dan standard ditetapkan demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya di negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan prestasi kewangan Kumpulan BDB bagi tempoh kewangan 2026 hingga 2031, sekali gus memperkukuh keyakinan pemegang taruh dan pelabur terhadap prospek pertumbuhan syarikat.

Menurut beliau lagi, projek itu turut dijangka memberi impak positif kepada pembangunan infrastruktur negeri serta merangsang aktiviti ekonomi setempat melalui peluang pekerjaan dan penglibatan rantaian bekalan tempatan.

BDB Infra merupakan kontraktor Gred G7 yang mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang cemerlang lebih 50 tahun dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya serta operasi kuari di utara tanah air.

Untuk rekod, bagi tempoh 10 tahun sejak 2015, BDB Infra telah menerima kontrak penyelenggaraan jalan daripada Kerajaan Negeri Kedah secara berterusan merangkumi beberapa daerah di negeri ini.

————————————————————————————————————–

BDB SECURES RM251.65 MILLION KEDAH STATE ROAD MAINTENANCE CONTRACT

MEDIA RELEASE
Wednesday, 20th May 2026

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) today announced that its wholly owned subsidiary, BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra), has secured a RM251.65 million state road maintenance contract from the Kedah State Government.

The 60-month (5 years) contract involves road maintenance works in Zone 1, covering the districts of Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap and Pokok Sena.

Group Chief Executive Officer of BDB, Che Abdul Khalid Md Din said the award reflects the Kedah State Government’s continued confidence in BDB Infra’s capability and credibility in delivering infrastructure projects efficiently, consistently and with high quality standards.

“This contract award is a meaningful recognition for BDB Group and BDB Infra, reflecting our extensive experience and proven track record in the road maintenance and construction sector.

“BDB remains committed to ensuring the project is implemented in accordance with the required specifications and standards to enhance the safety and comfort of road users in Kedah,” he said in a statement today.

He added that the contract is expected to contribute positively to BDB Group’s earnings and financial performance for the financial years 2026 to 2031, while strengthening stakeholders’ and investors’ confidence in the Group’s long-term growth prospects.

According to him, the project is also expected to generate positive spillover effects on the state’s infrastructure development and stimulate local economic activities through employment opportunities and participation from local supply chain players.

BDB Infra is a Grade G7 contractor with more than 50 years of experience in road maintenance and construction works, as well as quarry operations in the northern region of Peninsular Malaysia.

For the record, over a 10-year period since 2015, BDB Infra has continuously received road maintenance contracts from the Kedah State Government, covering several districts across the state.

SIARAN MEDIA – BDB PEROLEH KONTRAK PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI KEDAH BERNILAI RM251.65 JUTA

MEDIA RELEASE – BDB SECURES RM251.65 MILLION KEDAH STATE ROAD MAINTENANCE CONTRACT

JITRA HALF MARATHON KEMBALI SEPTEMBER TAHUN INI

JITRA HALF MARATHON KEMBALI SEPTEMBER TAHUN INI

SIARAN MEDIA
Selasa, 12 Mei 2026

ALOR SETAR – Jitra Half Marathon (JHM) 2026, anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB) yang kini memasuki edisi keempat penganjurannya, bakal kembali menghangatkan arena sukan larian di wilayah utara apabila dijadualkan akan berlangsung pada 19 September 2026 di Darulaman Park, Jitra, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Che Abdul Khalid Md Din, berkata JHM 2026 kembali mewarnai kalendar acara BDB Leisure Sdn. Bhd., dengan kali terakhir dianjurkan pada tahun 2023, sebelum edisi 2024 terpaksa dibatalkan berikutan bencana banjir yang melanda negeri Kedah.

Menurut beliau, JHM 2026 menyasarkan 2,200 jumlah penyertaan termasuk dari dalam dan luar negara yang akan dibahagikan kepada tiga kategori utama larian melibatkan iaitu 21kilometer (km), 10km, dan 5km.

“JHM 2026 pada kali ini tampil dengan lebih bergaya dan meyakinkan dengan menawarkan hadiah menarik, termasuk wang tunai serta pelbagai barangan cabutan bertuah kepada para peserta.

“Sehubungan itu, Kumpulan BDB berharap orang ramai bukan sahaja di Kedah, malah dari seluruh negara serta luar negara tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam penganjuran JHM pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, JHM buat kali pertama dianjurkan pada tahun 2022 dengan menyaksikan penyertaan seramai 1,200 peserta dan jumlah tersebut meningkat kepada 1,500 peserta pada tahun berikutnya.

Tambah beliau lagi, orang ramai disaran merebut peluang pendaftaran awal menerusi tawaran Early Bird yang dibuka sehingga 31 Mei 2026 dengan kadar yuran RM80 bagi kategori 21km, RM65 (10km) dan RM50 bagi kategori 5km Fun Run.

“Bagi tempoh pendaftaran bermula 1 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026, yuran penyertaan ditetapkan pada kadar RM95 (21km), RM85 (10km) dan RM65 (5km Fun Run).

“JHM 2026 akan menjadi acara ikonik bagi Daerah Kubang Pasu sekaligus mengukuhkan reputasi Darulaman Park sebagai destinasi acara sukan dan rekreasi, di samping memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah menarik kedatangan pelancong menerusi penganjuran program sukan (Sport Tourism) seperti ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 04-913 1402 dan 019-477 4580 serta serta membuat pendaftaran secara dalam talian menerusi checkpointspot.asia/event/jitra-half-marathon26.

Siaran Media – Jitra Half Marathon Kembali September Ini

 

BDB FOKUS TERAS PERNIAGAAN, SASAR PEMULIHAN KUKUH TAHUN 2026

SEDEKAD BDB MASTERS: TERUS MENDOMINASI KEJOHANAN GOLF AMATUR DI WILAYAH UTARA

SIARAN MEDIA
Khamis, 30 April 2026

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) menyasarkan pengukuhan perniagaan teras serta pengoperasian yang lebih fokus pada tahun 2026 bagi mengembalikan keuntungan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan dan membina asas yang lebih berdaya saing untuk pertumbuhan jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Che Abdul Khalid Md Din berkata, tahun 2026 akan menjadi tempoh penting dalam usaha transformasi syarikat untuk mencapai sasaran Kumpulan.

Menurut beliau, BDB kini memberi penekanan kepada pengukuhan empat segmen perniagaan teras yang menjadi tunjang utama kumpulan iaitu pembinaan jalan dan kuari, hartanah, kejuruteraan dan pembinaan (E&C) serta segmen leisure, sebagai asas kepada pemulihan dan pertumbuhan mampan syarikat.

“Tahun 2026 adalah tahun untuk BDB membuktikan keupayaan sebenar dengan memberi fokus kepada pemulihan, memperkemas operasi dan membina semula keyakinan pemegang taruh terhadap BDB.

“BDB turut memberi penumpuan kepada kekuatan perniagaan teras, memperkasa pengurusan kos secara lebih disiplin serta melaksanakan strategi yang lebih berimpak tinggi dalam setiap peluang perniagaan yang diterokai bagi memastikan mendapat pulangan yang lebih baik.

“Matlamat utama bukan sahaja untuk mengembalikan BDB kepada landasan keuntungan tetapi memastikan syarikat mempunyai asas perniagaan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan BDB ke-31 yang berlangsung di Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah, yang turut dihadiri Ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan kanan Kumpulan BDB.

Perancangan dan Sasaran Tahun 2026

Mengulas lanjut, Che Abdul Khalid berkata BDB akan mempergiatkan usaha meneroka peluang perniagaan baharu merangkumi projek sektor awam dan swasta, selain menjalin kerjasama strategik termasuk dengan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah

Menurut beliau, BDB kini bukan sahaja berperanan sebagai pemaju perumahan, malah telah mengembangkan penglibatan dalam penyediaan infrastruktur kawasan sektor perindustrian dan perkilangan sekali gus memperkukuh portfolio dalam segmen E&C.

“BDB akan lebih agresif dalam mendapatkan projek berkualiti serta memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kawalan kos dan disiplin operasi yang tinggi. Pada masa sama, kami komited memperkukuh hubungan dengan pemegang taruh bagi membina keyakinan berterusan terhadap hala tuju BDB.

“Dalam segmen pembangunan hartanah, BDB akan terus memberi fokus kepada projek sedia ada termasuk di Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi serta Bandar Darulaman, Jitra. Selain itu, pembangunan terbaharu Darulaman Commercial District dijangka menjadi pemacu pertumbuhan yang akan menyumbang kepada pendapatan jangka panjang.

“BDB juga akan memperhebat usaha pengoptimuman aset strategik termasuk Darulaman Sanctuary dan The LAB di Langkawi, serta aset pelancongan seperti Fantasia Aquapark. Usaha memperkasa serta mempelbagaikan tarikan di Darulaman Park juga dijangka menyumbang prestasi positif kepada segmen leisure pada tahun ini,” katanya.

Untuk rekod, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025), BDB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM16.80 juta yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuk kelewatan dalam pelancaran projek hartanah, serta tekanan margin yang berpunca daripada beberapa projek infrastruktur yang menghampiri fasa siap. Bagaimanapun, kumpulan merekodkan peningkatan hasil kepada RM330.71 juta, berbanding RM294.74 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

————————————————————————————————————–

BDB STRENGTHENS FOCUS ON CORE BUSINESSES, TARGETS STRONG RECOVERY IN 2026

MEDIA RELEASE
Thursday, 30th April 2026

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) is strengthening its focus on core businesses and operational discipline as part of a comprehensive recovery plan to restore profitability, improve execution, and build a more resilient platform for long-term growth.

BDB Group Chief Executive Officer, Che Abdul Khalid Md Din, said said that 2026 will be a pivotal year in the company’s transformation journey to achieve the Group’s targets.

He highlighted that the Group is intensifying its focus on strengthening its core business segments, namely road construction and quarrying, property development, engineering and construction (E&C), and the leisure segment.

“2026 is a pivotal year for BDB. The Group is entering the year with a clear mandate to restore performance, strengthen execution discipline, and rebuild stakeholder confidence.

“We are refocusing on our core strengths, tightening cost management, and adopting higher-impact strategies across all business opportunities to ensure stronger revenue generation.

“Our priority is not only to return to profitability, but also to establish a stronger and more sustainable foundation for long-term growth,” he said in a statement issued here today.

The remarks were made at the 31st BDB Annual General Meeting held at The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah, attended by members of the Board of Directors and senior management of the Group.

2026 Strategy and Outlook

Elaborating further, Che Abdul Khalid said BDB will accelerate efforts to pursue new business opportunities across both the public and private sectors, while strengthening strategic partnerships, particularly with Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah group of companies.

He noted that BDB has expanded beyond its traditional role as a housing developer into the industrial and manufacturing segments, further strengthening its E&C portfolio.

“We will be more aggressive in securing quality projects, ensuring each is executed with stringent cost control and strong operational discipline. At the same time, we remain committed to strengthening stakeholder relationships to sustain confidence in BDB’s strategic direction.

“Within the property segment, we will continue to prioritise ongoing developments including Darulaman Saujana, Hosba, Aman Nusa, Langkawi, and Bandar Darulaman in Jitra. The

development of the Darulaman Commercial District is also expected to emerge as a new growth catalyst contributing to long-term earnings.”

In addition, BDB will intensify efforts to optimise its strategic and tourism assets, including Darulaman Sanctuary, The LAB in Langkawi, and Fantasia Aquapark. The Group also plans to further enhance and diversify attractions and commercial activities at Darulaman Park, which is expected to contribute positively to the performance of the leisure segment this year,” said Che Khalid.

For the financial year ended 31 December 2025 (FY2025), BDB recorded a net loss of RM16.80 million, mainly due to delays in the launch of property projects and margin pressures arising from several infrastructure projects nearing completion. Nevertheless, the Group registered higher revenue of RM330.71 million, compared to RM294.74 million in the previous financial year.

Siaran Media AGM – BDB Fokus Teras Perniagaan, Sasar Pemulihan Kukuh Tahun 2026

AGM Media Release – BDB Strengthens Focus on Core Businesses, Targets Strong Recovery in 2026

SEDEKAD BDB MASTERS: TERUS MENDOMINASI KEJOHANAN GOLF AMATUR DI WILAYAH UTARA

 

SEDEKAD BDB MASTERS: TERUS MENDOMINASI KEJOHANAN GOLF AMATUR DI WILAYAH UTARA

SIARAN MEDIA
Ahad, 7 Disember 2025

JITRA – Kejohanan BDB Masters 2025, kini memasuki edisi ke-10, terus mengukuhkan statusnya sebagai kejohanan golf pilihan utama di Wilayah Utara apabila menarik penyertaan lebih 150 peserta sepanjang tiga hari penganjuran di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Kedah.

BDB Masters 2025 merupakan kejohanan golf amatur yang cukup dinanti-dinantikan oleh peminat sukan berkenaan di Wilayah Utara tanah air. Acara ini mempunyai sejarah panjang sebagai kesinambungan daripada Darulaman Masters yang mula dianjurkan lebih 20 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Che Abdul Khalid Md Din, berkata selepas sedekad penganjuran, BDB Masters kini berkembang menjadi satu jenama yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh imej korporat Kumpulan BDB.

Menurut beliau, kejohanan itu bukan sahaja mengukuhkan identiti sukan di bawah jenama BDB, malah menyerlah sebagai simbol kecemerlangan, prestij dan penyatuan komuniti melalui sukan golf.

“Sepuluh tahun lalu, penyertaan hanya sekitar 80 pemain, kebanyakannya dari Kedah dan negeri-negeri berhampiran. Alhamdulillah, jumlah itu kini melonjak melebihi 150 peserta, dengan lebih 80 peratus hadir dari luar Kedah. Perkembangan ini menunjukkan jenama BDB Masters berada pada kelas tersendiri.

“Kumpulan BDB komited untuk terus menawarkan kejohanan golf terbaik di Wilayah Utara, bukan saja melalui hadiah yang menarik, tetapi juga cabaran permainan yang mampu menarik minat peserta dari dalam dan luar negara pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, BDB Masters dipertandingkan dalam lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Senior Nett.

Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan “Hole in One” iaitu dua buah kereta iaitu Proton X70 dan Perodua Myvi di mana para pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB, Pmgr. Sr. Che Had Dhali dan Pengerusi BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Dato’ Haji Abdul Rahman Abdullah.

Dalam kejohanan tersebut, Kall Danish, 23 dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas merekodkan 220 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.

Kall Danish mengatasi pencabar terdekat, ⁠Muhammad Azren Noor Azam dan Sharul Nizam Mohamed yang masing-masing merekodkan 224 dan 225 pukulan.

Kejayaan itu melayakkan Kall Danish membawa pulang hadiah keseluruhan iaitu wang tunai serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Pmgr. Sr. Che Had Dhali.

SIARAN MEDIA – SEDEKAD BDB MASTERS TERUSKAN DOMINASI KEJOHANAN GOLF AMATUR DI WILAYAH UTARA

DARULAMAN SANCTUARY PERKUKUH PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN HUTAN

DARULAMAN SANCTUARY PERKUKUH PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN HUTAN

SIARAN MEDIA
Sabtu, 29 November 2025

LANGKAWI – Darulaman Sanctuary Sdn. Bhd., anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB), terus memperkukuh peranan masyarakat dalam pemuliharaan hutan melalui Program Komuniti dan Penanaman Pokok yang berlangsung pada Sabtu, 29 November 2025 bertempat di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi

Program komuniti yang dinamakan Mini Temasya di Darulaman Sanctuary itu menekankan penglibatan aktif masyarakat sebagai teras utama dalam melindungi dan memulihkan ekosistem hutan, sejajar dengan Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) yang dianugerahkan oleh Malaysia Forest Fund (MFF).

Sebagai entiti pertama di Malaysia yang menerima pensijilan FCC, Darulaman Sanctuary bertanggungjawab melaksanakan konservasi secara inklusif dan menyeluruh.

FCC menekankan bahawa kelestarian hutan bukan sahaja bergantung pada kaedah teknikal, tetapi turut memerlukan penglibatan masyarakat dalam pendidikan, budaya dan kesedaran biodiversiti. Ini selaras dengan komponen sosial dan pendidikan FCC yang memberi penekanan hubungan antara komuniti dengan pemuliharaan hutan.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Darulaman Sanctuary dalam memperkukuh peranan masyarakat sebagai rakan strategik pemuliharaan hutan. Sokongan berterusan komuniti, industri dan agensi kerajaan memastikan kesinambungan konservasi yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan generasi akan datang.

Program tersebut menampilkan pelbagai aktiviti berteraskan warisan, seni dan pendidikan alam sekitar. Antara pengisian utama termasuk pameran Keris Kedah Langkasuka, Keris Kedah, Keris Pattani dan Keris Nusantara, serta pameran Busana Melayu Tradisional. Program ini turut menampilkan pameran Nature & Art Harmony, aktiviti Survival Kids Adventure, demonstrasi teknik dan etika pemakaian sampin, pasar seni dan makanan komuniti, selain persembahan muzik dan silat.

Turut hadir pada program tersebut adalah wakil daripada FRIM Incorporated Sdn. Bhd., Tourim Malaysia (Langkawi) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Untuk rekod, program ini meneruskan usaha yang dimulakan pada Jun 2025 di mana inisiatif pemuliharaan hutan telah dimulakan dengan menanam 300 anak pokok di Darulaman Sanctuary.

Inisiatif tersebut mendapat sokongan daripada Bytedance dengan dana sebanyak RM176,380.00, sebagai permulaan kepada pelan jangka panjang pemuliharaan hutan di Darulaman Sanctuary.

Program terbaru menambah 400 pokok lagi, menjadikan jumlah keseluruhan pokok yang ditanam sejak Jun 2025 meningkat kepada 700 pokok daripada sasaran jangka panjang sebanyak 2,000 pokok.

Lebih 150 peserta daripada industri perhotelan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan orang ramai turut serta dalam program ini, menandakan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan.

Penanaman pokok ini membantu memulihkan hutan di Darulaman Sanctuary, meningkatkan kapasiti penyerapan karbon, serta memupuk rasa tanggungjawab dan pemilikan masyarakat terhadap alam sekitar.

Program ini menegaskan peranan penting masyarakat dalam pemuliharaan hutan, sekaligus memperlihatkan usaha bersepadu antara komuniti, industri dan kerajaan dalam memulihara alam sekitar demi generasi masa depan.

SIARAN MEDIA – DARULAMAN SANCTUARY PERKUKUH PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN HUTAN

 

Che Abdul Khalid Md Din Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad

CHE ABDUL KHALID MD DIN DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD

SIARAN MEDIA
Ahad, 2 November 2025

ALOR SETAR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Che Abdul Khalid Md Din sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, berkuat kuasa mulai 1 November 2025.

Che Abdul Khalid membawa bersama pengalaman luas melebihi tiga dekad dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, dengan rekod prestasi yang cemerlang dalam kepimpinan strategik dan pengurusan operasi. Sebelum menyertai Kumpulan BDB, beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) di Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dari 1 November 2021 hingga 31 Oktober 2025.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya di KTPC, beliau memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan strategi korporat, selain menyelia fungsi utama seperti Jualan & Perancangan Strategik, Pembangunan Tanah, serta Pengurusan Hartanah. Beliau turut terlibat secara aktif dalam menarik pelaburan langsung asing dan domestik bagi Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Di bawah kepimpinannya, KTPC mencatat prestasi pelaburan yang memberangsangkan, dengan nilai pelaburan mencecah RM10.7 bilion (2022), RM20.1 bilion (2023) dan RM32.4 bilion (2024).

Selain itu, Che Abdul Khalid mengetuai pelaksanaan projek-projek Build & Lease, mengurus keseluruhan proses daripada reka bentuk dan pelaksanaan perjanjian sehingga penyerahan projek akhir kepada pelanggan. Beliau juga memimpin perkhidmatan pengurusan projek untuk pelabur, menyelia pembangunan kawasan perindustrian baharu, serta mengetuai misi perdagangan dan pelaburan antarabangsa bagi KTPC.

Sebelum dilantik sebagai COO, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar KTPC dari April 2019 hingga November 2021 dan telah menjadi Pengarah Eksekutif KTPC Resort Development Berhad sejak 2010.

Latar belakang profesional beliau turut meliputi jawatan Pengurus Besar Pertabina Technical Services Sdn. Bhd. (2008–2018), Darulaman Realty Sdn. Bhd. (DRSB) kini BDB Land Sdn. Bhd., dan Kedah Holdings Sdn. Bhd. (2006–2008), di mana beliau bertanggungjawab terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat.

Kerjaya awal beliau bermula dengan memegang pelbagai peranan kejuruteraan dan pengurusan projek dengan Syarikat Jaya Utara Sdn. Bhd., Perunding Timur Sdn. Bhd. dan DRSB dari tahun 1991 hingga 2002.

Pelantikan ini dilihat akan memperkukuh kepimpinan Kumpulan BDB dan seterusnya memacu pelaksanaan strategi pertumbuhan syarikat dalam sektor-sektor utama di negeri Kedah, selaras dengan aspirasi Kumpulan BDB untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan mampan dan berimpak tinggi.

Siaran Media – Che Abdul Khalid Md Din Dilantik Ketua Pegawai Kumpulan BDB

BDB Energy Sdn. Bhd. dan Kester Sdn. Bhd. Jalin Kerjasama Projek Solar di Kedah

BDB ENERGY SDN. BHD. DAN KESTER SDN. BHD. JALIN KERJASAMA PROJEK SOLAR DI KEDAH

SIARAN MEDIA
Jumaat, 5 September 2025

ALOR SETAR – BDB Energy Sdn. Bhd. (BDB Energy), syarikat tenaga boleh diperbaharui dimiliki sepenuhnya oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan kerjasama dengan Kester Sdn. Bhd. (Kester) dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalinkan usahama bersama Kerajaan Negeri Kedah melalui pelaksanaan projek tenaga boleh diperbaharui yang meliputi pembangunan Solar Berbumbung di bawah Program CREAM serta pembangunan Ladang Solar di Negeri Kedah.

Pengarah BDB Energy, Mohd Hudzaifah Mohd Sam berkata kerjasama di antara BDB Energy dan Kester Sdn. Bhd. yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Invest Kedah Berhad itu bakal membuka peluang baharu bagi syarikat berkenaan untuk merealisasikan komitmen dalam mempromosikan sumber tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan jejak karbon di negeri Kedah.

Menurut beliau, kerjasama strategik tersebut diperkukuhkan lagi apabila Kester Sdn. Bhd. telah mendapat mandat daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah untuk bertindak sebagai Pusat Setempat bagi pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui di negeri berkenaan.

“Sehubungan itu, kerjasama di antara BDB Energy dan juga Kester Sdn. Bhd. ini akan membuka peluang untuk meneroka projek tenaga boleh diperbaharui lain pada masa hadapan, termasuk hidrokarbon dan unsur nadir bumi”.

“Di samping itu juga, kerjasama ini turut menunjukkan komitmen kukuh kedua-dua pihak untuk memanfaatkan tenaga solar sekaligus selari dengan pelan pembangunan The Greater Kedah yang memberi penekanan kepada Ekonomi Hijau dengan memfokuskan kepada kelestarian alam, mempromosikan penggunaan RE serta mengurangkan kesan kepada alam sekitar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menandatangai MoU antara BDB Energy dan Kester Sdn. Bhd. yang diadakan di Bertam Resort dan Water Park, Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah, YB Dr Haim Hilman Abdullah, Pengarah Kester Sdn. Bhd., Noor Ikhsan Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Kewangan Bina Darulaman Berhad (BDB), Mohd. Nasir Ismail.

Tambah Mohd. Hudzaifah lagi, kerjasama di dalam pelaksaaan projek tenaga boleh diperbaharui yang yang meliputi pembangunan Solar Berbumbung di bawah Program CREAM serta pembangunan Ladang Solar di Negeri Kedah itu dijangka dapat memperkukuhkan lagi ekosistem tenaga hijau di Negeri Kedah di samping menyumbang secara langsung kepada agenda kelestarian negeri dan negara.

“Dalam masa yang sama, projek tenaga boleh diperbaharui ini bukan sahaja menyokong agenda negeri, malah seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menetapkan sasaran tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40% menjelang 2035 dan seterusnya 70% menjelang 2050.

“Oleh itu, BDB melalui BDB Energy komited untuk memainkan peranan utama dalam mempercepatkan pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui di Kedah. Ini sekaligus menyumbang kepada kelestarian negeri serta menyokong aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih hijau dan mampan,” ujarnya.

Siaran Media – BDB Energy Sdn Bhd dan Kester Sdn Bhd Jalin Kerjasama Projek Solar di Kedah

Bina Darulaman Berhad Jalin Kerjasama Dengan Bytedance Mulakan Inisiatif Pemuliharaan Hutan di Bawah Program FCC

BINA DARULAMAN BERHAD JALIN KERJASAMA DENGAN BYTEDANCE MULAKAN INISIATIF PEMULIHARAAN HUTAN DI BAWAH PROGRAM FCC

SIARAN MEDIA
Sabtu, 21 Jun 2025

LANGKAWI – Bina Darulaman Berhad (BDB), dengan kerjasama Bytedance System Sdn. Bhd. (TikTok Malaysia) telah melancarkan satu inisiatif pemuliharaan hutan dan biodiversiti di bawah Program Sijil Pemuliharaan Hutan (FCC) dengan penanaman 300 anak pokok di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman, inisiatif tersebut merupakan satu langkah signifikan dalam usaha pemuliharaan alam semula jadi oleh sektor korporat. ByteDance telah menyumbang dana sebanyak RM176,380.00 bagi menyokong projek penghutanan semula dan pemulihan ekosistem, menerusi komitmen selama dua tahun bermula 2025 dan 2026.

“BDB komited sepenuhnya untuk memenuhi keperluan Protokol FCC, di mana penanaman pokok merupakan salah satu komponen teras. Sebagai syarikat infrastruktur pilihan di Wilayah Utara Malaysia, kami percaya bahawa pembangunan dan pemuliharaan alam semula jadi harus bergerak seiring dan seimbang,” katanya.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kami terhadap konservasi hutan dan pengurusan alam sekitar secara lestari. Usaha ini dijangka memberi impak jangka panjang yang positif, bukan sahaja kepada ekosistem tempatan, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan alam semulajadi global serta menyokong agenda kelestarian negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Majlis penanaman pokok berkenaan turut disertai lebih 120 sukarelawan yang terdiri daripada komuniti setempat, pelajar sekolah, belia, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan agensi-agensi kerajaan.

Majlis Penanaman Pokok tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan BDB, Mohd Nasir Ismail dan Pengarah, BDB Greentech Sdn. Bhd., Azlan Jamil serta dibantu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang bertindak sebagai rakan kongsi teknikal.

Sebanyak 300 anak pokok daripada sembilan spesies hutan tropika telah ditanam, termasuk Merbau (Intsia palembanica), Merawan (Hopea odorata), Kelat Paya (Syzygium spp.), Resak (Vatica spp.), Penaga (Calophyllum inophyllum), Keriang Dot (Ficus hispida), Sentul (Sandoricum fraiss), dan Buah Koetjaperist.

Untuk rekod, BDB merupakan organisasi pertama di Malaysia yang diiktiraf dan didaftarkan di bawah program FCC yang dibangunkan oleh Malaysia Forest Fund, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Dalam memperkukuh inisiatif ini, Raja Shahreen turut memaklumkan bahawa BDB merancang membangunkan tarikan berkonsepkan ekopelancongan pendidikan di Darulaman Sanctuary sebagai sebahagian usaha jangka panjang pemeliharaan hutan di kawasan berkenaan.

Tambah beliau, antara perancangan tersebut ialah pembinaan ‘Canopy Walk’ sepanjang 205 meter, yang bakal dibangunkan dalam dua fasa, dengan fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2025.‘Canopy Walk’ berkenaan dijangka akan menjadi tarikan kepada pencinta alam sekitar dan penderma, seterusnya menyokong aktiviti pemuliharaan hutan secara berterusan.

“Selain itu, kawasan khas untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan turut akan dibangunkan bagi memberi ruang kepada pelajar serta penyelidik menjalankan kajian berkaitan biodiversiti unik yang terdapat di Darulaman Sanctuary. BDB juga telah memulakan perbincangan dengan beberapa universiti awam bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama mereka dalam menjayakan inisiatif ini.

“Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan visi BDB sebagai pemaju bertanggungjawab, yang mengintegrasikan pertumbuhan ekonomi dengan pemuliharaan alam semula jadi. Justeru, kami menyeru lebih ramai pihak untuk turut serta dalam usaha melindungi hutan di Malaysia serta menyokong pendekatan pembangunan yang lebih holistik dan lestari,” jelas beliau.

Sementara itu, dalam ucapannya, Encik Azlan Jamil menekankan bahawa setiap usaha dan pokok yang ditanam pada hari ini adalah demi manfaat masa depan.

“Apa yang dilaksanakan hari ini bukan untuk kepentingan kita semua, tetapi untuk kepentingan generasi akan datang,” ujar beliau.

————————————————————————————————————–

BINA DARULAMAN BERHAD PARTNER WITH BYTEDANCE TO KICK OFF FOREST CONSERVATION INITIATIVE UNDER FCC PROGRAM

MEDIA RELEASE
Saturday, 21st June 2025

LANGKAWI – Bina Darulaman Berhad (BDB) has partnered with Bytedance System Sdn. Bhd. (TikTok Malaysia), to kick off a forest conservation and biodiversity initiative under the Forest Conservation Certificate (FCC) programme. The initiative began with the planting of 300 tree saplings at Darulaman Sanctuary in Lubuk Semilang, Langkawi.

According to BDB Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman, ByteDance has contributed RM176,380.00 to support reforestation and ecosystem restoration efforts at the sanctuary. The two-year commitment, covering 2025 to 2026, reflects a growing emphasis on corporate environmental responsibility.

“We are fully committed to fulfilling the FCC Protocol, with tree planting activities being one of its core components. As a preferred infrastructure company in the northern region, we believe that development and environmental protection can and must coexist.”

“This effort reflects our commitment to preserving forest ecosystems and promoting long-term environmental sustainability. The initiative is expected to generate lasting positive impacts not only for the local biodiversity but also for the global environment, in line with Malaysia’s broader sustainability agenda,” he said in a statement.

The event saw the participation of over 120 volunteers, including local community members, school students, youth groups, NGOs and government agencies.

The tree planting was led by BDB Group Chief Financial Officer; En Mohd Nasir bin Ismail and Director, BDB Greentech Sdn Bhd; Encik Azlan Jamil in collaboration with Jabatan Perhutanan Negeri Kedah as the technical partner.

A total of 300 trees were planted, including species such as Merbau (Intsia palembanica), Merawan (Hopea odorata), Kelat Paya (Syzygium spp.), Resak (Vatica spp.), Penaga (Calophyllum inophyllum), Keriang Dot (Ficus hispida), Sentul (Sandoricum koetjape), and Buah Pala (Myristica fragrans).

For the record, BDB is the first organisation in Malaysia to be officially recognised and registered under the FCC programme, led by the Malaysia Forest Fund, an agency under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability.

Raja Shahreen also revealed that BDB is developing edu-eco-tourism attractions within Darulaman Sanctuary as a complementary effort to the conservation programme. A key highlight is a 205-metre Canopy Walk, which will be constructed in two phases, with Phase 1 set for completion by Q4 2025.

“We envision the Canopy Walk as a key attraction for nature lovers, conservationists, and potential donors. It will not only enrich the visitor experience but also enhance support for the sanctuary’s ongoing conservation work.

In addition, BDB plans to establish a dedicated research and education zone within the sanctuary to promote scientific research, environmental awareness, and stronger community engagement. The Group has also initiated communication with public universities to support this initiative.”

“These initiatives reflect BDB’s broader vision to become a responsible and forward-thinking developer, one that integrates economic growth with environmental stewardship. We also invite more partners to join us in protecting Malaysia’s forests and promoting a holistic approach to sustainable development,” he added.

During the event, Azlan Jamil delivered a heartfelt message, encapsulating the spirit of the initiative: “Plant a tree, grow the future.”

“Our efforts today are not just for ourselves, but for generations to come,” he remarked.

Siaran Media – Bina Darulaman Berhad dan Bytedance Mulakan Inisiatif Pemuliharaan Hutan Di Bawah Program FCC

Media Release – Bina Darulaman Berhad Partner With Bytedance To Kick Off Forest Conservation Initiative Under FCC Program

BDB Pacu Pengembangan Strategik di Wilayah Utara Melalui Projek Berimpak Tinggi

BDB PACU PENGEMBANGAN STRATEGIK DI WILAYAH UTARA MELALUI PROJEK BERIMPAK TINGGI

SIARAN MEDIA
Khamis, 29 Mei 2025

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) terus menggiatkan pengembangannya di Wilayah Utara melalui pelaksanaan beberapa projek strategik berimpak tinggi dalam sektor infrastruktur, pembangunan hartanah dan ekonomi perak, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju utama dalam menjana pertumbuhan mampan di rantau tersebut.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB akan terus memperkasa perniagaan teras yang menjadi tunjang operasinya, dengan memberi penekanan terhadap kecekapan pengurusan sumber bagi meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat bagi tahun kewangan yang akan datang.

Pertumbuhan Merentas Segmen Perniagaan Teras

Dalam divisyen pembangunan hartanah, BDB telah melancarkan Fasa 1 daripada 3 Fasa Perbandaran Darulaman Saujana di Hosba, Kubang Pasu yang kini telah pun dibuka untuk jualan. Projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM74.02 juta ini melibatkan pembinaan rumah teres setingkat dan rumah kluster, selari dengan usaha BDB untuk memenuhi permintaan terhadap kediaman mampu milik di Negeri Kedah.

Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari (ECQ) BDB juga terus memberikan nilai tambah yang signifikan, dengan Loji Rawatan Air Pelubang kini hampir siap. Apabila beroperasi kelak, kemudahan itu dijangka meningkatkan akses bekalan air untuk penduduk di Daerah di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Untuk divisyen Leisure, Darulaman Park dan Darulaman Golf & Country Club (DGCC) terus menarik minat orang ramai untuk datang dan menjayakan pelbagai jenis acara dan aktiviti sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi utama untuk rekreasi dan acara di Kedah.

Raja Shahreen berkata demikian semasa Mesyuarat Agung Tahunan BDB ke-30, yang diadakan di Hotel Raia di Alor Setar, Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB PMgr. Sr. Haji Che Had Dhali, bersama ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Kumpulan.

Prestasi Kewangan

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, BDB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.51 juta dengan pendapatan sebanyak RM294.7 juta, berbanding RM14.47 juta dan RM313.1 juta pada tahun 2023. Walaupun berdepan prestasi kewangan yang lebih perlahan, syarikat kekal optimistik mengenai prospek pertumbuhan jangka panjang.

Inisiatif Strategik dan Peluang Perniagaan Baharu

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Raja Shahreen menzahirkan keyakinan menerusi beberapa inisiatif strategik dan peluang perniagaan baharu yang telah dirangka untuk mengukuhkan operasi dan meningkatkan prestasi keseluruhan BDB.

Salah satu projek utama ialah Aman Seterra Sanctuary, Langkawi, sanctuary persaraan antarabangsa berinspirasikan Islam pertama di dunia. Projek ini mendapat kerjasama RUKUN Senior Living (Indonesia) dan Well Aging Japan Association (WAJA) yang telah dimeterai sewaktu Ekspo Dunia Osaka 2025. Ia sejajar dengan landskap penuaan global pada masa kini yang mencatat peningkatan ketara sekaligus menjadikan BDB berada pada kedudukan yang tepat untuk memasuki pasaran ekonomi perak di rantau ASEAN.

“Dalam masa yang sama, BDB juga giat memperluaskan peluang perniagaan di luar Kedah. Kami telah menandatangan perjanjian persefahaman bersama Mutiara Perlis Sdn. Bhd. untuk pembangunan Pelabuhan Sanglang Perlis.

“Selain itu, perbincangan sedang dijalankan untuk kerjasama bagi membangunkan projek pembangunan hartanah di Arau dan pembinaan gudang dan kemudahan industri di Pelabuhan Darat Perlis dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping,” tambahnya.

Menyokong Agenda Pembangunan Nasional

BDB terus komited menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dan kawasan seratau khususnya di Kulim Hi-Tech Park, yang merupakan hab utama bagi segmen semikonduktor di Malaysia. Syarikat sedang berusaha untuk meneroka peluang perniagaan untuk menyumbang melalui kepakaran dalam bidang infrastruktur, tenaga, dan perkhidmatan sokongan.

Dalam masa yang sama, BDB turut bersedia bagi menyokong pembangunan pesat di negeri Pulau Pinang di mana syarikat boleh memainkan peranan dengan membekalkan bahan mentah dan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan.

“BDB sedang berkembang seiring dengan kemajuan di rantau ini daripada pembangunan hartanah kepada perkongsian strategik sehinggalah ke industri ekonomi perak. Oleh itu, kami berbangga kerana dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada agenda pembangunan Kedah dan Wilayah Utara,” jelas Raja Shahreen.

————————————————————————————————————–

BDB CHARTS REGIONAL GROWTH WITH STRATEGIC PROJECTS AND NEW BUSINESS VENTURES

MEDIA RELEASE
Thursday, 29th May 2025

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) is accelerating its expansion in northern region through a series of high-impact projects in infrastructure, property development, and the silver economy industry reaffirming its role as a key driver of sustainable growth in Malaysia’s Northern Region.

BDB Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman, stated that the Group will continue to prioritise its core business activities, with a strategic focus on resource efficiency and operational excellence to drive revenue growth and profitability in the upcoming financial year.

Driving Growth Across Core Divisions

In the Property division, BDB recently launched Phase 1 of the three-phase Darulaman Saujana Township project in Hosba, Kubang Pasu, which is now available for sale. Valued at RM74.02 million in gross development, the project features single-storey terrace and cluster homes designed to meet the region’s demand for affordable housing.

BDB’s Engineering, Construction, and Quarry (ECQ) divisions also continue to deliver significant value, with the Pelubang Water Treatment Plant nearing completion. Once operational, the facility is expected to enhance water access for communities in Kubang Pasu and Kota Setar.

For Leisure division, Darulaman Park and Darulaman Golf & Country Club (DGCC) continued to draw strong public interest, solidifying BDB’s reputation as a top destination for recreation and events in Kedah.

These updates were shared by Raja Shahreen during BDB’s 30th Annual General Meeting, held at Hotel Raia in Alor Setar, Kedah. The event was attended by BDB Chairman PMgr. Sr. Haji Che Had Dhali, along with members of the Board of Directors and the Group’s senior management.

Financial Highlights

For the financial year ended 31 December 2024, BDB recorded a pre-tax profit of RM4.51 million on a revenue of RM294.7 million, compared to RM14.47 million and RM313.1 million respectively in the previous year. Despite the softer financial performance, the Group remains optimistic about long-term growth prospects.

Bold Expansion and Strategic Ventures

Looking ahead, Raja Shahreen expressed confidence in the Group’s future, citing several new initiatives and ventures designed to strengthen operations and enhance overall performance.

One such initiative is Aman Seterra Sanctuary, the world’s first Islamic-inspired international retirement sanctuary located in Langkawi. Developed in collaboration with RUKUN Senior Living (Indonesia) and the Well Aging Japan Association (WAJA); a partnership formed during the Osaka World Expo 2025, this project marks a significant milestone for BDB. It aligns with growing global ageing landscape and is strategically positioned to enter the ASEAN silver economy market.

“BDB is also actively expanding its business footprint beyond Kedah. We have signed a memorandum of understanding with Mutiara Perlis Sdn. Bhd. to explore the development of Sanglang Port Perlis. Additionally, discussions are underway for property development in Arau and the construction of warehouses and industrial facilities at the Perlis Land Port and Chuping Valley Industrial Area,” he added.

Supporting National Development Priorities

BDB remains committed to supporting national and regional economic priorities, particularly in the Kulim Hi-Tech Park, a central hub in Malaysia’s semiconductor ecosystem. The Group is exploring opportunities to contribute through infrastructure, energy, and support services.

Meanwhile, BDB is also positioning itself to support Penang’s rapid development by supplying raw materials and offering engineering services.

“BDB is evolving with the region. From property development to strategic partnerships and the silver economy industry, we are proud to contribute meaningfully to the development agenda of Kedah and Northern Malaysia,” Raja Shahreen concluded.

Siaran Media – BDB Pacu Pengembangan Strategik di Wilayah Utara Melalui Projek Berimpak Tinggi

Media Release – BDB Charts Regional Growth with Strategic Projects and New Business Ventures