BDB PACU PENGEMBANGAN STRATEGIK DI WILAYAH UTARA MELALUI PROJEK BERIMPAK TINGGI
SIARAN MEDIA
Khamis, 29 Mei 2025
ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) terus menggiatkan pengembangannya di Wilayah Utara melalui pelaksanaan beberapa projek strategik berimpak tinggi dalam sektor infrastruktur, pembangunan hartanah dan ekonomi perak, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju utama dalam menjana pertumbuhan mampan di rantau tersebut.
Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata BDB akan terus memperkasa perniagaan teras yang menjadi tunjang operasinya, dengan memberi penekanan terhadap kecekapan pengurusan sumber bagi meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat bagi tahun kewangan yang akan datang.
Pertumbuhan Merentas Segmen Perniagaan Teras
Dalam divisyen pembangunan hartanah, BDB telah melancarkan Fasa 1 daripada 3 Fasa Perbandaran Darulaman Saujana di Hosba, Kubang Pasu yang kini telah pun dibuka untuk jualan. Projek dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM74.02 juta ini melibatkan pembinaan rumah teres setingkat dan rumah kluster, selari dengan usaha BDB untuk memenuhi permintaan terhadap kediaman mampu milik di Negeri Kedah.
Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari (ECQ) BDB juga terus memberikan nilai tambah yang signifikan, dengan Loji Rawatan Air Pelubang kini hampir siap. Apabila beroperasi kelak, kemudahan itu dijangka meningkatkan akses bekalan air untuk penduduk di Daerah di Kubang Pasu dan Kota Setar.
Untuk divisyen Leisure, Darulaman Park dan Darulaman Golf & Country Club (DGCC) terus menarik minat orang ramai untuk datang dan menjayakan pelbagai jenis acara dan aktiviti sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi utama untuk rekreasi dan acara di Kedah.
Raja Shahreen berkata demikian semasa Mesyuarat Agung Tahunan BDB ke-30, yang diadakan di Hotel Raia di Alor Setar, Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi BDB PMgr. Sr. Haji Che Had Dhali, bersama ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Kumpulan.
Prestasi Kewangan
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, BDB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM4.51 juta dengan pendapatan sebanyak RM294.7 juta, berbanding RM14.47 juta dan RM313.1 juta pada tahun 2023. Walaupun berdepan prestasi kewangan yang lebih perlahan, syarikat kekal optimistik mengenai prospek pertumbuhan jangka panjang.
Inisiatif Strategik dan Peluang Perniagaan Baharu
Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Raja Shahreen menzahirkan keyakinan menerusi beberapa inisiatif strategik dan peluang perniagaan baharu yang telah dirangka untuk mengukuhkan operasi dan meningkatkan prestasi keseluruhan BDB.
Salah satu projek utama ialah Aman Seterra Sanctuary, Langkawi, sanctuary persaraan antarabangsa berinspirasikan Islam pertama di dunia. Projek ini mendapat kerjasama RUKUN Senior Living (Indonesia) dan Well Aging Japan Association (WAJA) yang telah dimeterai sewaktu Ekspo Dunia Osaka 2025. Ia sejajar dengan landskap penuaan global pada masa kini yang mencatat peningkatan ketara sekaligus menjadikan BDB berada pada kedudukan yang tepat untuk memasuki pasaran ekonomi perak di rantau ASEAN.
“Dalam masa yang sama, BDB juga giat memperluaskan peluang perniagaan di luar Kedah. Kami telah menandatangan perjanjian persefahaman bersama Mutiara Perlis Sdn. Bhd. untuk pembangunan Pelabuhan Sanglang Perlis.
“Selain itu, perbincangan sedang dijalankan untuk kerjasama bagi membangunkan projek pembangunan hartanah di Arau dan pembinaan gudang dan kemudahan industri di Pelabuhan Darat Perlis dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping,” tambahnya.
Menyokong Agenda Pembangunan Nasional
BDB terus komited menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dan kawasan seratau khususnya di Kulim Hi-Tech Park, yang merupakan hab utama bagi segmen semikonduktor di Malaysia. Syarikat sedang berusaha untuk meneroka peluang perniagaan untuk menyumbang melalui kepakaran dalam bidang infrastruktur, tenaga, dan perkhidmatan sokongan.
Dalam masa yang sama, BDB turut bersedia bagi menyokong pembangunan pesat di negeri Pulau Pinang di mana syarikat boleh memainkan peranan dengan membekalkan bahan mentah dan menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan.
“BDB sedang berkembang seiring dengan kemajuan di rantau ini daripada pembangunan hartanah kepada perkongsian strategik sehinggalah ke industri ekonomi perak. Oleh itu, kami berbangga kerana dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada agenda pembangunan Kedah dan Wilayah Utara,” jelas Raja Shahreen.
————————————————————————————————————–
BDB CHARTS REGIONAL GROWTH WITH STRATEGIC PROJECTS AND NEW BUSINESS VENTURES
MEDIA RELEASE
Thursday, 29th May 2025
ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) is accelerating its expansion in northern region through a series of high-impact projects in infrastructure, property development, and the silver economy industry reaffirming its role as a key driver of sustainable growth in Malaysia’s Northern Region.
BDB Group Executive Director, Raja Shahreen Raja Othman, stated that the Group will continue to prioritise its core business activities, with a strategic focus on resource efficiency and operational excellence to drive revenue growth and profitability in the upcoming financial year.
Driving Growth Across Core Divisions
In the Property division, BDB recently launched Phase 1 of the three-phase Darulaman Saujana Township project in Hosba, Kubang Pasu, which is now available for sale. Valued at RM74.02 million in gross development, the project features single-storey terrace and cluster homes designed to meet the region’s demand for affordable housing.
BDB’s Engineering, Construction, and Quarry (ECQ) divisions also continue to deliver significant value, with the Pelubang Water Treatment Plant nearing completion. Once operational, the facility is expected to enhance water access for communities in Kubang Pasu and Kota Setar.
For Leisure division, Darulaman Park and Darulaman Golf & Country Club (DGCC) continued to draw strong public interest, solidifying BDB’s reputation as a top destination for recreation and events in Kedah.
These updates were shared by Raja Shahreen during BDB’s 30th Annual General Meeting, held at Hotel Raia in Alor Setar, Kedah. The event was attended by BDB Chairman PMgr. Sr. Haji Che Had Dhali, along with members of the Board of Directors and the Group’s senior management.
Financial Highlights
For the financial year ended 31 December 2024, BDB recorded a pre-tax profit of RM4.51 million on a revenue of RM294.7 million, compared to RM14.47 million and RM313.1 million respectively in the previous year. Despite the softer financial performance, the Group remains optimistic about long-term growth prospects.
Bold Expansion and Strategic Ventures
Looking ahead, Raja Shahreen expressed confidence in the Group’s future, citing several new initiatives and ventures designed to strengthen operations and enhance overall performance.
One such initiative is Aman Seterra Sanctuary, the world’s first Islamic-inspired international retirement sanctuary located in Langkawi. Developed in collaboration with RUKUN Senior Living (Indonesia) and the Well Aging Japan Association (WAJA); a partnership formed during the Osaka World Expo 2025, this project marks a significant milestone for BDB. It aligns with growing global ageing landscape and is strategically positioned to enter the ASEAN silver economy market.
“BDB is also actively expanding its business footprint beyond Kedah. We have signed a memorandum of understanding with Mutiara Perlis Sdn. Bhd. to explore the development of Sanglang Port Perlis. Additionally, discussions are underway for property development in Arau and the construction of warehouses and industrial facilities at the Perlis Land Port and Chuping Valley Industrial Area,” he added.
Supporting National Development Priorities
BDB remains committed to supporting national and regional economic priorities, particularly in the Kulim Hi-Tech Park, a central hub in Malaysia’s semiconductor ecosystem. The Group is exploring opportunities to contribute through infrastructure, energy, and support services.
Meanwhile, BDB is also positioning itself to support Penang’s rapid development by supplying raw materials and offering engineering services.
“BDB is evolving with the region. From property development to strategic partnerships and the silver economy industry, we are proud to contribute meaningfully to the development agenda of Kedah and Northern Malaysia,” Raja Shahreen concluded.
Siaran Media – BDB Pacu Pengembangan Strategik di Wilayah Utara Melalui Projek Berimpak Tinggi
Media Release – BDB Charts Regional Growth with Strategic Projects and New Business Ventures


