MAJLIS SESI BERSAMA KAKITANGAN BDB & JAMUAN MAKAN TENGAHARI

MAJLIS SESI BERSAMA KAKITANGAN BDB & JAMUAN MAKAN TENGAHARI
Foto klasik di atas meja,
Bawa memori bernostalgia,
Walau letih badan bekerja,
Dalam hati rasa bahagia.
Majlis Sesi bersama Kakitangan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Jamuan Makan Tengahari telah diadakan pada 20 Oktober 2022 di Lobi Menara BDB.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membolehkan Pengurusan atasan dan kakitangan BDB berkomunikasi serta mengiktiraf hala tuju baharu syarikat bagi memastikan pentadbiran syarikat dilaksanakan dengan betul. Pihak syarikat juga mengadakan majlis ini untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada kakitangan Kumpulan BDB yang mendapat kenaikan pangkat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli, dan juga Pengurusan Kanan serta kakitangan BDB.
Sr Haji Che Had menegaskan bahawa semangat dalam pekerjaan itu sangatlah penting dalam menghasilkan gerak kerja yang bermutu tinggi serta berkualiti.
“ Kenaikan pangkat bukan semata-mata diadakan bagi menghargai pekerja tetapi ia juga bagi memberi semangat dan motivasi kepada warga kerja yang lain,” katanya.
Sementara itu, Mohd Iskandar Dzulkarnain dalam ucapannya berkata syarikat sememangnya mementingkan serta mengambil berat tentang kesejahteraan kakitangan kumpulan BDB.
“Kumpulan BDB sekalipun baru sahaja mengharungi wabak pandemik Covid-19 yang sangat memberi kesan kepada perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, namun syarikat sentiasa berusaha untuk memberi yang

terbaik kepada seluruh warga kerja,” katanya.
Turut disambut juga adalah hari lahir Sr. Haji Che Had. Dengan adanya majlis seperti ini, bukan sahaja silaturahim kakitangan BDB dapat dikukuhkan lagi tetapi, kakitangan juga akan merasa lebih semangat dan bermotivasi untuk menjadi lebih produktif dalam pekerjaan mereka.
Ditulis oleh: Nour Nabilla Sabri (Komunikasi Korporat Kumpulan)

BDB AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH

BDB AGIH JUADAH MAKANAN TENGAHARI KEPADA RAKAN MEDIA KEDAH

Bina Darulaman Berhad (BDB) sedar akan kepentingan media dalam menyampaikan berita terkini dan sahih kepada rakyat tentang informasi terkini dalam dan luar negara.
Di samping itu, BDB komited dalam memastikan hubungan erat yang telah terjalin sejak sekian lama dengan agensi media cetak dan elektronik terutamanya di negeri Kedah kekal utuh.
Oleh yang demikian, BDB mengambil inisiatif dengan mengagihkan juadah makanan tengah hari tersebut kepada Kelab Media Elit Kedah (KMEK).
Ia juga bertujuan merakamkan penghargaan pihak BDB kepada semua pengamal media atas kerjasama dan sokongan tak berbelah bahagi yang diberikan kepada BDB.
Sumbangan juadah makanan tengah hari tersebut telah diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada wakil pihak media iaitu Timbalan Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK), M Hifzudin Ikhsan.

BDB JITRA HALF MARATHON 2022

BDB JITRA HALF MARATHON 2022
BDB Jitra Half Marathon 2022 anjuran anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Leisure Sdn Bhd (BDB Leisure) telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober 2022 bertempat di Darulaman Park, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Majlis dihadiri oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan pengurusan kanan BDB.
Acara tersebut merupakan yang larian kedua yang dianjurkan BDB Leisure selepas penganjuran Darulaman Fun Run 2022 pada 25 Jun 2022 lalu.
Selain itu, BDB Jitra Half Marathon 2022 menyaksikan lebih 1,500 peserta dari pelbagai seluruh pelusuk negara dan peringkat umur menyertai acara tersebut yang dibahagikan kepada tiga kategori larian iaitu 21 kilometer (KM), 10KM dan 5KM.
Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsungnya sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah di Darulaman Park, Jitra di mana sambutannya dijalankan serentak di seluruh negara yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Azhar Ibrahim.
Mohd Firdaus berkata HSN 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh rakyat negeri Kedah dalam menjadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dapat diterapkan.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan HSN 2022 ini antaranya ‘Jitra Half Marathon’ yang dianjurkan oleh BDB Leisure, sepak penalti untuk bawah 12 tahun, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertandingan perahu panjang, pertunjukan bomba dan penyelamat, booth pameran anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian pada BDB Jitra Half Marathon 2022 pada kali ini serta mengikuti perkembangan semasa mengenai anjuran acara sukan dan aktivit-aktiviti semasa anjuran BDB.

BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE TV ALHIJRAH

BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE TV ALHIJRAH
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat TV AlHijrah bertempat di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.
Kedatangan BDB ke TV AlHijrah telah disambut oleh Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah, Saifulizan Sidek, Pengurus Penjenamaan TV AlHijrah, Faraliza Musleh dan Strategi Media TV AlHijrah, Eliana Ahmad Sukal dan Khairul Manaf.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara BDB dan TV AlHijrah yang telah terjalin sejak sekian lama dan dalam masa yang sama turut mengadakan perbincangan strategik dua hala berhubung kerjasama yang boleh dilakukan bersama pada masa akan datang.
Di samping itu, kedatangan BDB juga turut diselitkan dengan lawatan ke sekitar Studio TV AlHijrah sambil diberi sedikit taklimat mengenai TV AlHijrah yang merupakan sebagai stesen TV Islamik pertama yang memperkenalkan Islam sebagai gaya hidup, memainkan peranan penting sebagai platform perkongsian ilmu, maklumat dan pemikiran Islam untuk dikongsi bersama semua lapisan penonton di tanah air.
Sehubungan itu, BDB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TV AlHijrah yang telah banyak menyokong dan terlibat secara langsung dalam membantu menyampaikan perkembangan program-program yang dianjurkan oleh BDB kepada orang ramai sehingga ke hari ini.

BDB DAN UUM TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

BDB DAN UUM TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

 

Sejarah tercipta pada hari ini di mana Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di mana kedua-dua pihak bakal menjalinkan usahasama strategik berimpak tinggi terutamanya melibatkan pembangunan infrastruktur dan juga modal insan di negeri Kedah.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Haji Che Had Dhali dengan disaksikan Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM, Prof. Madya Dr. Jauriyah Shamsuddin pada majlis yang berlangsung di EDC Hotel & Resort UUM, Sintok, Kedah.
Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah BDB, Dato’ Zakiah Kassim, Ketua Divisyen Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, serta pengurusan kanan Kumpulan BDB dan UUM.
Mengulas mengenai kerjasama berkenaan, Sr Che Had Dhali berkata, BDB yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah tunggal yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya dalam bidang yang menjadi tunjang kekuatan syarikat iaitu pembangunan perbandaran, pembinaan, kejuruteraan dan infrastruktur selain turut berkecimpung dalam pelancongan, hospitaliti dan golf.
Sr Che Had menjelaskan, beliau mengharapkan sinergi di antara BDB dan UUM ini dapat disatukan dalam satu kekuatan yang boleh menjadi ‘gergasi utara’ dalam usaha menjayakan impian serta mencipta sesuatu yang bermakna untuk rakyat Kedah dan Malaysia.
“BDB juga bakal menjadi penaja bagi anugerah tahunan kepada graduan cemerlang UUM iaitu ‘Award BDB’ yang bernilai RM10,000. Ia merupakan salah satu komitmen BDB dalam menyokong kecemerlangan akademik serta pelajar berkenaan juga berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan di BDB,” jelas beliau di dalam ucapannya.
Sementara itu, Prof. Dr Haim Hilman berkeyakinan dengan keupayaan serta pengalaman luas yang dimiliki BDB sebagai syarikat senaraian awam serta penglibatan syarikat di dalam pelbagai bidang dan cabang perniagaan mampu untuk mewujudkan kerjasama yang utuh pada masa akan datang.
“Bersama-samalah kita menghayati perjuangan demi masa depan anak bangsa dan saya yakin kepakaran BDB dan UUM terutama berkaitan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan dapat digembelingkan dengan kepakaran tenaga akademik,” katanya.
Dengan ini, diharapkan dengan kerjasama antara UUM sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi yang disegani dan BDB sebagai anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat senaraian awam mampu untuk menghasilkan impak yang besar dalam bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan infrastruktur tetapi juga modal insan di negeri Kedah.

KUNJUNGAN TUN DR DAIM ZAINUDDIN KE BDB

KUNJUNGAN TUN DR DAIM ZAINUDDIN KE BDB

 

Bina Darulaman Berhad (BDB) berbesar hati menerima kunjungan mantan Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin buat julung kalinya ke Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Ketibaan Tun Dr Daim Zainuddin disambut oleh oleh Pengerusi Eksekutif, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli. Hadir sama mengiringi beliau, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang Hashim.
Turut serta ialah Ahli Lembaga Pengarah BDB, Tuan Haji Muhammad Sobri Osman, Ketua Divisyen Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab.
Dalam lawatan yang bermula kira-kira pukul 3 petang, Tun Dr Daim sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan pengurusan kanan Kumpulan BDB dan seterusnya terlibat dalam sesi taklimat yang diketuai oleh Sr Haji Che Had.
Selepas sesi taklimat, Tun Dr Daim sempat meluangkan masa seketika untuk bergambar bersama-sama pengurusan kanan sebelum menamatkan sesi lawatan pada jam 4 petang.
Terima kasih diucapkan kepada Tun Dr Daim Zainuddin di atas kunjungan ke Menara BDB.

[INSIDE VIEW] SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

[INSIDE VIEW] SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis mengenai Laporan Kewangan Suku Kedua 2022 BDB serta membentangkan pelan masa hadapan kepada rakan-rakan media dan penganalisis pada majlis yang berlangsung di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur.
Kedua-dua sesi berkenaan dikelolakan oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan turut dihadiri oleh Ketua Kewangan dan Akaun Kumpulan BDB, Mohd Nasir Ismail, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Perancangan Korporat Kumpulan & BPI, Mohd Hudzaifah Mohd Sam.

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD

SIDANG AKHBAR & TAKLIMAT ANALISIS LAPORAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2022 BINA DARULAMAN BERHAD
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi sidang akhbar dan taklimat analisis mengenai Laporan Kewangan Suku Kedua 2022 BDB serta membentangkan pelan masa hadapan kepada rakan-rakan media dan penganalisis pada majlis yang berlangsung di VE Hotel & Residence, Kuala Lumpur.
Kedua-dua sesi berkenaan dikelolakan oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli dan turut dihadiri oleh Ketua Kewangan dan Akaun Kumpulan BDB, Mohd Nasir Ismail, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan Ketua Perancangan Korporat Kumpulan & BPI, Mohd Hudzaifah Mohd Sam.
Mohd Iskandar Dzulkarnain Ketika bercakap dengan media menjelaskan, BDB berjaya mencatat keuntungan pada suku kedua 2022 adalah hasil usaha Kumpulan dalam meningkatkan perniagaan teras BDB ke arah daya tahan yang lebih kukuh, kestabilan hasil, memaksimumkan kecekapan operasi, meningkatkan penggunaan tenaga kerja dan penyusunan semula kewangan.
Prestasi kewangan BDB yang semakin positif dan mencatatkan peningkatan berbanding suku sebelumnya adalah disebabkan oleh penyambungan sepenuhnya aktiviti perniagaan dan sumbangan hasil yang tinggi daripada segmen pembinaan jalan raya dan inisiatif daripada Bahagian Pembangunan Hartanah yang berjaya disiapkan dalam tempoh tersebut.
Di samping itu, penstrukturan semula ini telah membuahkan hasil dengan BDB kembali menjana pendapatan daripada penyambungan semula operasi perniagaan seperti biasa dan juga permintaan pasaran untuk perkhidmatan yang ditawarkan.
“Dengan rekod prestasi BDB yang baik di mana kami berjaya menyiapkan projek tepat pada masanya dan mengikut peruntukkan dan bajet yang diberikan merupakan satu petanda baik terhadap keupayaan kami bagi mendapatkan lebih banyak kontrak pada separuh kedua 2022 dan 2023. Kami juga telah melaksanakan projek yang boleh dikatakan unik dan di luar daripada perniagaan teras syarikat iaitu Langkawi Designer Premium Outlet, yang akan memberi nilai tambah kepada Bahagian Pembangunan Hartanah dan ECQ,” ujarnya.
Sementara itu, dalam sesi bersama taklimat penganalisis perniagaan, Mohd Iskandar mengulas mengenai perancangan syarikat untuk 2023 dan tahun seterusnya mengenal pasti dan menentukan kebolehlaksanaan untuk menjadikan sektor perniagaan ini ke dalam portfolio BDB bagi mempertingkatkan lagi daya tahan dan mengekalkan keuntungan syarikat pada masa hadapan.

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 KEPADA KAKITANGAN BDB

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65 KEPADA KAKITANGAN BDB

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65, pada 25 Ogos 2022, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif mengadakan majlis penyerahan jalur gemilang kepada kakitangan Ibu Pejabat BDB di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali diiringi Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Pegawai Operasi, Mohd Sobri Hussein dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.
Turut hadir adalah barisan pengurusan kanan BDB serta kakitangan BDB yang bertugas di Menara BDB.
Di samping itu, sebagai pengisian menyemarakkan rasa cinta kemerdekaan kepada negara, Sr. Haji Che Had Dhali turut menyerahkan dan melekatkan jalur gemilang pada beberapa kenderaan di samping menyerahkan jalur gemilang kepada kakitangan BDB.
Sementara itu, satu Kempen Kibarkan Jalur Gemilang oleh Kelab Sukan BDB Infra turut diadakan di Kuari Bukit Perak, Pendang, Kedah. Program tersebut dimulakan dengan memasang Jalur Gemilang di persekitaran Kuari Bukit Perak dan pemasangan bendera di kenderaan ahli-ahli kelab sukan dan seterusnya berkonvoi di perkarangan kuari sebagai simbolik berlangsungnya kempen kibarkan Jalur Gemilang.
Diharap dengan penganjuran ini mendapat sambutan baik oleh semua kakitangan BDB demi meningkatkan kecintaan kepada negara dan mengeratkan hubungan keluarga besar BDB dalam usaha kita semua menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada tahun ini.

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERBANDARAN MAMPU MILIK BDB LAGENDA SDN BHD

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PERBANDARAN MAMPU MILIK BDB LAGENDA SDN BHD
Majlis Pecah Tanah Projek Perbandaran Mampu Milik BDB Lagenda Sdn Bhd (BDB Lagenda) telah diadakan di Tapak Projek Darulaman Lagenda, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Pengerusi Lagenda Properties Berhad (LPB), Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Panglima (B) Dr. Ahmad Kamarulzaman Haji Badaruddin, Pengarah Urusan LPB, Dato’ Doh Jee Ming.
Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BDB, Pengurusan Kanan BDB dan LPB serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam melaksana dan menyelaras pembangunan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran seiring dengan hasrat untuk memastikan pembangunan sektor perumahan yang berdaya huni, teratur yang dapat dinikmati oleh mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan sasaran B40 dan juga M40 bersesuaian dengan slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.
Tambah beliau, Lebih 2,500 unit rumah akan dibina di perbandaran ini kelak dan sudah pastilah produk perumahan yang bakal ditawarkan cukup berpatutan iaitu di bawah RM250,000 yang mana mampu dimiliki oleh golongan B40 dan M40.
“Selain itu, sejumlah 282 unit rumah teres satu tingkat akan dibina dalam Pembangunan Fasa 1 akan dijual di bawah harga RM250,000 dan ia bermakna golongan B40 dan M40 akan berpeluang untuk memiliki rumah yang akan ditawarkan kelak dan sedikit-sebanyak dapat membantu mereka memiliki rumah yang diidam-idamkan selama ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali dalam ucapannya berkata, bagi perbandaran mampu milik ini, ia akan dibangunkan di kawasan seluas lebih 233.43 ekar di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM593 juta.
Adalah diharapkan dengan usaha kumpulan BDB ini akan membantu rakyat di negeri kedah untuk memiliki rumah sendiri serta membuka jalan kepada syarikat-syarikat pemaju hartanah lain untuk melihat potensi yang wujud dengan konsep perbandaran mampu milik ini.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus menaruh kepercayaan kepada kumpulan BDB dalam usaha untuk bersama-sama dalam membangunkan negeri kedah ini menuju sebuah negeri maju pada masa akan datang.