ENAM ANAK KAKITANGAN KUMPULAN BDB TERIMA INSENTIF PENDIDIKAN SPM 2021

ENAM ANAK KAKITANGAN KUMPULAN BDB TERIMA INSENTIF PENDIDIKAN SPM 2021

Pada 20 Ogos lalu, majlis makan malam telah diadakan bersempena Program Skim Insentif Pendidikan SPM 2021 bagi meraikan enam orang anak-anak kakitangan Kumpulan BDB yang meraih keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM bertempat di Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr. Tuan Haji Che Had Dhali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ahli-ahli Lembaga Pengarah BDB, Dato’ Zakiah Kassim, Mohamad Ibrahim Ghazali, Tuan Haji Muhammad Sobri Osman dan Professor Dr. Mohd Suffian Yusoff beserta pengurusan kanan BDB.
Program ini diadakan bagi menghargai anak-anak kakitangan Kumpulan BDB yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021 dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.
Dalam ucapan beliau, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Che Had Dhali berkata pemberian insentif ini sebagai tanda syarikat melahirkan rasa gembira dengan kejayaan para pelajar berkenaan serta menjadi pendorong dan pembakar semangat mereka untuk lebih berjaya di masa-masa yang akan datang kerana perjalanan kehidupan mereka masih lagi jauh.
Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan adanya Skim Insentif Pendidikan ini dapat memberikan galakan serta dorongan motivasi kepada lebih ramai anak-anak kakitangan Kumpulan BDB untuk cemerlang dalam akademik dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada para penerima Skim Insentif Pendidikan SPM 2021.

KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE

KOMUNIKASI KORPORAT KUMPULAN BDB MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA GAZETTE
Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah melakukan satu kunjungan hormat ke pejabat akhbar Malaysia Gazette bertempat di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 17 Ogos 2022.
Lawatan yang diketuai oleh Sajahan Abdul Waheed, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB ini adalah bertujuan untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim antara pihak BDB dan pihak Malaysia Gazette sempena sambutan ulang tahun Malaysia Gazette yang ke-9 pada baru-baru ini.
Mengiringi Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed adalah Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Danial Harith dan Muhammad Syaheer Luqman.
Kunjungan BDB telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abdul Razak, Pengurus Besar Pemasaran & Acara, Chloe H.B. Siao dan Eksekutif Bahagian Pemasaran, Alya Musa yang dibawa melawat sekitar pejabat Malaysia Gazette dan turut mengadakan satu perbincangan ringkas.
Pihak Bina Darulaman Berhad ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Malaysia Gazette yang terlibat dalam membantu BDB dalam menyampaikan perkembangan aktiviti-aktiviti serta projek-projek pembangunan BDB khususnya di negeri Kedah kepada masyarakat sehingga hari ini.

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

Seramai 250 orang murid Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq (SKWSS), Alor Setar telah menerima manfaat bahan bacaan melalui sumbangan buku daripada Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SKWSS, Alor Setar, Kedah.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed serta diiringi oleh Guru Besar SKWSS, Munir Salleh.
Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SKWSS, Norizawati Ismail, Penolong Kanan HEM, Ghazali Musa, Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Hanan ‘Izzati Mansor serta Syaheer Luqman.
Dalam ucapan ringkasnya, Sajahan Abdul Waheed menzahirkan harapan agar sumbangan buku tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh murid-murid dan dapat membantu proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di sekolah tersebut.
Beliau juga turut menggalakkan murid-murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa akan datang.
Diharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan dan menyemarakkan semangat membaca para murid SKWSS.
Dalam masa yang sama, Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq juga telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1444.

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Sekitar majlis penanaman pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 pada hari Ahad 17 Julai 2022 bertempat di Darulaman Park, Jitra.

Sultan Kedah Kebawah Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli hadir ke majlis tersebut seterusnya menjayakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Keberangkatan Tuanku Sultan diiringi oleh Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus, Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad, Sr Haji Che Had Dhali dan Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan wang zakat asnaf sebanyak RM10,000.00 yang diperuntukkan untuk diagihkan kepada 100 pelajar SMK Khir Johari (SMKKJ) yang layak.

Wang zakat asnaf tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed yang mewakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali yang bertempat di Dataran Sumur, SMKKJ.

Diharapkan usaha yang dilakukan oleh BDB dapat meringankan beban para pelajar di samping menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Di samping itu, Kumpulan BDB akan terus mengadakan program-program pengagihan wang zakat seperti ini untuk membantu golongan asnaf di seluruh negeri Kedah bagi mengurangkan beban perbelanjaan tatkala situasi ekonomi yang semakin mencabar.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN AIR PELUBANG, KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN AIR PELUBANG, KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Pelubang, Kubang Pasu telah diadakan di Stargate, Alor Setar Kedah pada hari ini di mana Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikatnya BDB Synergy SDN BHD (BDB Synergy) dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai kontraktor utama projek menaik taraf LRA Pelubang.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air Dan Sumber Air serta Tenaga, Dato’ Suraya Yaacob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Romani Wan Salin, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Ir. Chua Lee Hwa, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Radzuan Osman.

Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad, Pengurusan Kanan Bina Darulaman Berhad & Anak-Anak Syarikat serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, krisis bekalan air itu akan berakhir selepas kerja-kerja pemasangan jajaran paip baharu atau ‘bypass’ dari Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang yang menelan belanja sebanyak RM431 juta dimulakan.

Tambah beliau, melalui projek pemasangan jajaran berkenaan, bekalan air terawat yang ada di LRA Pelubang dapat disalurkan ke kawasan terlibat yang mana sebelum ini bergantung kepada paip-paip lama bagi memenuhi keperluan dan permintaan penduduk.
“Selain itu, kesemua projek naik taraf lima LRA yang lain termasuklah LRA Pelubang dijangka akan siap mengikut jadual iaitu antara dua hingga tiga tahun dan menelan kos sebanyak RM931 juta keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali dalam ucapannya berkata, projek menaik taraf loji rawatan air pelubang dan juga sistem pengagihannya daripada kapasiti 227 juta liter sehari (MLD) kepada 454 juta liter sehari (MLD) disasarkan sebagai penyelesaian untuk membekalkan air terawat yang mencukupi ke kawasan-kawasan yang mencatatkan permintaan tinggi di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu sehingga tahun 2040.

Kesan daripada projek menaik taraf LRA Pelubang ini bukan sahaja akan dinikmati oleh rakyat Kedah secara langsung namun BDB turut juga menikmati faedah dan manfaat terutamanya oleh anak-anak syarikat seperti BDB Land Sdn Bhd, Kedah Holdings Sdn Bhd serta BDB Leisure Sdn Bhd.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus memberikan kepercayaan kepada BDB untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang memberikan impak yang besar kepada rakyat sekaligus dapat bersama-sama membangunkan negeri yang kita cintai ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

Pada 28 Mei 2022, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah dijemput ke Makan Malam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) 2022 diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali pada majlis yang berlangsung di The Danna, Langkawi, Kedah.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dan Pengarah Projek Langkawi Premium Outlet (LPO), Adnan Mohd Amer.

Majlis tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA, Ahli Gabungan KFA, syarikat-syarikat Korporat, kakitangan KFA serta bekas pemain pasukan Kedah.

Di samping itu, Malam KFA itu juga merupakan acara mengumpul dana untuk menjayakan projek khas 100 Tahun KFA (1924-2024) bagi mempersiapkan sebuah bangunan pengurusan dan pentadbiran yang baru dinamakan ‘House Of Kedah Football’.

Dalam pada itu, sebagai antara penyumbang kepada projek berkenaan, Sr. Haji Che Had Dhali mewakili BDB menerima plak penghargaan daripada KFA yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

BDB mengucapkan selamat maju jaya kepada KFA di atas perancangan yang dirancang khususnya pembangunan bola sepak di negeri kedah dari peringkat akar umbi tercapai.

#Kedah
#BiarJasaJadiKenangan
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bina Darulaman Berhad (BDB) ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di VE Hotel & Residence, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu diadakan secara fizikal dan juga atas talian dan diketuai oleh Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Haji Che Had Dhali, ahli-ahli lembaga pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan serta Pengurusan Kanan BDB.

Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan Laporan Tahunan 2021, perancangan strategik masa hadapan serta beberapa perkara yang dibangkitkan serta dibincangkan sebentar tadi.

Proses pengundian bagi beberapa agenda yang dibentangkan turut diadakan dan keputusan pengundian diumumkan kepada pemegang saham yang hadir atas talian.

Sesi soal jawab di antara Ahli Lembaga Pengarah dan para pemegang saham diadakan secara atas talian dan kemudiannya dijawab oleh Sr Haji Che Had Dhali dan juga Pengurusan Kanan BDB.

AGM ini juga diadakan mengikut ini turut memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi meneruskan usaha menangani wabak Covid-19 tatkala Malaysia berada dalam fasa peralihan ke endemik.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#AGM27

KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan sebanyak 50 beg sekolah untuk disalurkan kepada pelatih-pelatih yang memerlukan di sekitar Kota Setar hasil kerjasama Malaysian Grassroots League LLP (MGL).

Untuk makluman, MGL merupakan satu entiti sukan yang bertanggungjawab membangunkan dan mempromosikan sukan-sukan di peringkat akar umbi, terutamanya melibatkan pembangunan sukan bola sepak dan sukan berbasikal dari umur 7 hingga 17 tahun.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir kepada Ketua Jurulatih Pusat NFDP Kedah, Ripidi Ahmad bertempat di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Di samping itu, agihan beg tersebut akan diedarkan kepada para pelatih Sekolah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar yang diklasifikasikan sebagai “memerlukan” dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh pihak MGL.

Diharap dengan sumbangan tersebut dapat menyuntik motivasi pelajar-pelajar untuk terus cemerlang di dalam sukan yang diceburi.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah, selama dua hari pada 10 & 11 April 2022 bersamaan 9 & 10 Ramadan 1443H di Alor Setar, Kedah.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan turut diiringi oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir.

Untuk rekod, sumbangan juadah berbuka yang berupa pek makanan tersebut adalah untuk anak-anak yatim dan kakitangan yang bekerja di PERKIM Kedah.

Di samping itu, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berbesar hati menyampaikan hadiah hari ulangtahun kepada Farah Nabila Huda Azizan dan Mohd Amirudin Zamri. Dengan pemberian hadiah itu diharap dapat memberi keceriaan dan semangat kepada mereka.

Diharap sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat meringankan beban kepada PERKIM dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares