ALOR SETAR: Muhammad Farez Mohd Azihan muncul juara keseluruhan kejohanan golf amatur BDB Masters and Charity Golf 2024 yang melabuhkan tirainya di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, semalam.

Muhammad Farez Mohd Azihan, 24, yang pernah mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Kejohanan Golf University Dunia (WUC) di Itali 2022 itu dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas merekodkan 214 pukulan sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung.

Ini sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Nor Haqeim Nor Hadi dan Shakiran Johari yang masing-masing mencatat 217 pukulan pada kejohanan ini.

Kejayaan Muhammad Farez itu membolehkan dirinya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,800 serta trofi kejuaraan yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman.

Mengulas mengenai kejohanan berkenaan, Raja Shahreen berkata, BDB Masters and Charity Golf 2024 sememangnya kejohanan golf amatur yang popular setiap tahun dan ia diterjemahkan dengan jumlah penyertaan seramai 160 peserta dari seluruh tanah air dan lebih 90 peratus daripada mereka terdiri pemain dari luar Kedah.

Katanya, kejohanan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Gross Open, Nett Open, Nett Intermediate, Senior Gross dan Nett Senior dan menawarkan hadiah keseluruhan RM30,000.

“Selain daripada hadiah keseluruhan, tarikan utama kejohanan ini juga ialah hadiah untuk pukulan ‘Hole In One’ iaitu dua buah kereta Proton X50 dan Proton S70 bernilai lebih RM180,000 dengan pemain mempunyai dua peluang memenanginya pada hari kedua dan ketiga kejohanan.

“Untuk itu, BDB mahu terus komited dalam usaha menawarkan pertandingan golf terbaik di kawasan utara tanah air yang mempunyai kelainan bukan sahaja dari segi hadiah yang ditawarkan malahan cabaran yang dapat menarik minat peserta.

Dalam majlis yang sama, Raja Shahreen memaklumkan sebanyak 10 buah sekolah terpilih menerima sumbangan bernilai RM10,000 yang dikumpul sepanjang berlangsung kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2024.

Share:

More Posts

Oriental Daily: 浮罗交怡迎安老产业里程碑  将建多元灵性退休社区

(亚罗士打16日讯)浮罗交怡即将迎来历史性突破,即成为全球首个以伊斯兰理念为灵感打造的国际退休生活社区所在地,因一项命名为“Aman Seterra Sanctuary”的旗舰计划,由吉打建筑(BDB)全资子公司Aman Lagenda有限公司,与Seterra控股有限公司策略联手开发,旨在争取日益成形的“银发经济”。 吉打建筑集团执行董事拿督拉惹沙烈恩指出,项目选址在风景宜人且地势优越的瓜拉登摩永(Kuala Temoyong),将开发一座全方位及一站式的乐龄社区,面积达5.03公顷,锁定本地与国际退休族群,成为东南亚首个结合灵性照护与绿色生活理念的可持续退休社区。 “马来西亚自2024年迈入高龄社会,Aman Seterra正是对此趋势的前瞻性回应。我们不仅建设住宅,更是在创造一种具包容性、文化深度与生活品质兼备的退休生活方式。” 此高端社区将设有失智症照护中心、复健设施、健身房、瑜伽与祈祷室、社区厨房、图书馆与卡拉OK房等空间。住户可选择公寓、套房或联排别墅等多元住宅选项,配合不同需求设计无障碍空间。 最大亮点是该村落将伊斯兰价值观深植服务核心,包括提供灵性辅导、伦理照护及祈祷设施,同时也对所有宗教背景者开放,实践真正的多元与尊重。 “我们将绿色建筑理念与伊斯兰精神相结合,为长者提供身心灵平衡的居所。这不只是房产投资,更是健康与心灵的永续承诺。” 拉惹沙烈恩指出,Aman Seterra不仅为浮罗交怡带来国际瞩目,也将为本地创造数百就业机会,涵盖医疗、护理、酒店与物业管理领域,进一步巩固吉打作为马来西亚“银发经济”战略重镇的地位。 这项目预计吸引来自日本、澳洲、新加坡、英国与欧洲等退休族群与投资者,进一步将马来西亚推向区域安老产业前沿。 他透露,将于本月24日代表出席2025年大阪世界博览会马来西亚馆专场活动,并以“投资与开发马来西亚首个退休与可负担安老村”为题,向全球介绍此项目的愿景与潜能。 “浮罗交怡将不再只是旅游天堂,更是全球退休族群的新希望与归属。”

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022