Berita Harian: BDB laksana enam projek bernilai RM1.5 bilion di Kedah

ALOR SETAR: Bina Darulaman Bhd (BDB) telah dan akan melaksanakan enam projek utama di Kedah yang melibatkan pelbagai sektor perniagaan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.5 bilion sehingga Jun tahun ini.

Pengerusinya, Che Had Dhali, berkata projek yang diusahakan itu adalah bertujuan untuk memacu dan membantu pertumbuhan serta pembangunan bagi meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat di negeri itu.

Menurutnya, sebahagian besar projek yang dilaksanakan itu membabitkan pembangunan perbandaran dan perumahan mampu milik iaitu Darulaman Lagenda di Sungai Petani, Darulaman Saujana di Kubang Pasu dan Aman Nusa di Langkawi.

“Ketiga-tiga projek itu memiliki GDV berjumlah RM1.3 bilion dan sekali gus dapat memberi manfaat kepada sebahagian rakyat yang tinggal di daerah Sungai Petani, Kubang Pasu dan juga Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BDB ke-28, di sini, hari ini.

Che Had berkata, selain daripada tiga projek berkenaan, BDB menerusi anak syarikat milik penuhnya, BDB Infra Sdn Bhd (BISB), turut memperoleh kontrak penyelenggaraan jalan negeri bernilai RM204 juta daripada kerajaan negeri.

“Ia membabitkan Zon 1 iaitu daerah Kota Setar, Padang Terap/Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Sik. BISB juga berjaya dalam bidaan projek Sistem Pengairan Tersier dengan nilai kontrak berjumlah RM34.08 juta serta pengambilalihan Kuari Gemi Puncak, Langkawi dengan nilai RM13 juta,” katanya.

Sementara itu, Che Had berkata, BDB juga mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, dengan merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9 juta, peningkatan daripada RM7.8 juta pada tahun kewangan 2021.

“Pendapatan juga meningkat daripada RM201.7 juta pada 2021 kepada RM231.4 juta pada 2022, sekali gus turut meningkatkan rizab tunai daripada RM66.3 juta kepada RM79.9 juta pada tempoh yang sama,” katanya.

Mengenai perkembangan menaik taraf loji rawatan air (LRA) Pelubang yang membabitkan kos berjumlah RM431 juta, Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata projek itu berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita tahu, isu air ini memang masalah yang dihadapi oleh setiap negeri termasuk Kedah, jadi BDB berharap dengan projek ini, ia dapat menyelesaikan masalah air kepada rakyat Kedah,” katanya kepada pemberita.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/06/1111745/bdb-laksana-enam-projek-bernilai-rm15-bilion-di-kedah?fbclid=IwAR3jOGsHKzdXt0wsFHweTrddN_bZBOvkXDKnqM_3UJP2rsAZ8p1OyjnS48k

Share:

More Posts

Oriental Daily: 浮罗交怡迎安老产业里程碑  将建多元灵性退休社区

(亚罗士打16日讯)浮罗交怡即将迎来历史性突破,即成为全球首个以伊斯兰理念为灵感打造的国际退休生活社区所在地,因一项命名为“Aman Seterra Sanctuary”的旗舰计划,由吉打建筑(BDB)全资子公司Aman Lagenda有限公司,与Seterra控股有限公司策略联手开发,旨在争取日益成形的“银发经济”。 吉打建筑集团执行董事拿督拉惹沙烈恩指出,项目选址在风景宜人且地势优越的瓜拉登摩永(Kuala Temoyong),将开发一座全方位及一站式的乐龄社区,面积达5.03公顷,锁定本地与国际退休族群,成为东南亚首个结合灵性照护与绿色生活理念的可持续退休社区。 “马来西亚自2024年迈入高龄社会,Aman Seterra正是对此趋势的前瞻性回应。我们不仅建设住宅,更是在创造一种具包容性、文化深度与生活品质兼备的退休生活方式。” 此高端社区将设有失智症照护中心、复健设施、健身房、瑜伽与祈祷室、社区厨房、图书馆与卡拉OK房等空间。住户可选择公寓、套房或联排别墅等多元住宅选项,配合不同需求设计无障碍空间。 最大亮点是该村落将伊斯兰价值观深植服务核心,包括提供灵性辅导、伦理照护及祈祷设施,同时也对所有宗教背景者开放,实践真正的多元与尊重。 “我们将绿色建筑理念与伊斯兰精神相结合,为长者提供身心灵平衡的居所。这不只是房产投资,更是健康与心灵的永续承诺。” 拉惹沙烈恩指出,Aman Seterra不仅为浮罗交怡带来国际瞩目,也将为本地创造数百就业机会,涵盖医疗、护理、酒店与物业管理领域,进一步巩固吉打作为马来西亚“银发经济”战略重镇的地位。 这项目预计吸引来自日本、澳洲、新加坡、英国与欧洲等退休族群与投资者,进一步将马来西亚推向区域安老产业前沿。 他透露,将于本月24日代表出席2025年大阪世界博览会马来西亚馆专场活动,并以“投资与开发马来西亚首个退休与可负担安老村”为题,向全球介绍此项目的愿景与潜能。 “浮罗交怡将不再只是旅游天堂,更是全球退休族群的新希望与归属。”

Read More »

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022