

BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) telah menganjurkan satu acara khas iaitu Tea-Talk Session bersama para ejen hartanah dan juga pihak bank di Negeri Kedah pada 23 Januari 2025 di Dewan Bunga Raya, Darulaman Golf & Country Club, Jitra, Kedah.
Sesi tersebut dikendalikan oleh Ketua Pemasaran dan Jualan BDB Land, Puan Wan Nur Irnieyza Diana Wan Zahari di mana beliau memperkenalkan produk-produk perumahan yang ditawarkan oleh BDB Land sepanjang tahun ini.
Beliau turut memberikan pemakluman berkenaan projek yang kini sedang dibangunkan bagi membolehkan maklumat awal diberikan terlebih dahulu sebelum ia siap sepenuhnya kelak.
Dalam masa yang sama, sesi berkenaan juga merupakan platform untuk terus memperkukuh hubungan yang telah terjalin dengan lebih erat di antara BDB Land dan juga ejen hartanah serta pihak bank.



