SELAMAT DATANG YANG MULIA RAJA SHAHREEN RAJA OTHMAN KE BINA DARULAMAN BERHAD

Yang Mulia (YM) Raja Shahreen Raja Othman telah memulakan tugas beliau sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang berkuatkuasa pada hari ini, 1 November 2022.

Ketibaan YM Raja Shahreen ke perkarangan Menara BDB disambut oleh barisan pengurusan kanan syarikat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Korporat BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Jabatan Setiausaha Kumpulan, Khairulmuna Abd Ghani dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Seterusnya, YM Raja Shahreen bersama pengurusan kanan Kumpulan BDB telah mengadakan sesi perkenalan serta beramah mesra bersama Pengerusi BDB, Sr. Haji Che Had Dhali di Pejabat Pengerusi BDB di Aras 10, Menara BDB.
YM Raja Shahreen kemudiannya mengadakan pertemuan pertama bersama seluruh ketua-ketua jabatan BDB dan ketua anak syarikat Kumpulan BDB bagi mengenal dengan lebih dekat serta mendapatkan input berkaitan perniagaan dan pengurusan syarikat serta jabatan masing-masing.
Dengan ini, pengurusan dan seluruh warga kerja Kumpulan BDB mengalu-alukan kedatangan YM Raja Shahreen. Diharapkan dengan pengalaman luas yang dimiliki, beliau dapat memacu syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan mampu menjadikan Kumpulan BDB sebagai konglomerat yang gah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022