Sepanjang Mac 2025 atau Ramadan 1446H, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dalam menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan tersebut.

Di samping itu, program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat dengan juadah tradisi yang sinonim dengan Ramadan, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim antara BDB dan juga masyarakat setempat.

Bersempena program ini, ia melibatkan pengagihan sebanyak 1,750 pek bubur lambuk kepada tujuh buah masjid terpilih yang terletak di sekitar Alor Setar, Jitra dan Changlun, Kedah.

Agihan bubur lambuk ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dari 2 hingga 27 Mac 2025 di mana setiap masjid menerima sebanyak 250 pek bubur lambuk yang diagihkan secara harian sebanyak 50 pek sehari.

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022