
Bina Darulaman Berhad (BDB) terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong agenda pembangunan negeri apabila mengadakan mesyuarat bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah, Encik Ariff Hani Abd Rahman pada 29 Oktober 2025 di Wisma Darulaman, Alor Setar.
Hadir mewakili BDB ialah Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mohd Nasir Ismail, Company Secretary & Head of Legal, Puan Khairulmuna Abd Ghani, Chief Business Strategy Officer, Encik Mohd Hudzaifah Mohd Sam, Chief Support Officer, Encik Abdul Shukor Abdul Rahman, dan Head of Government Liaison, Encik Aswat Abu Bakar.
Mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan perancangan ekonomi dan pembangunan yang telah dirangkan untuk dijalankan dalam tempoh terdekat dan akan datang di Kedah di mana BDB dapat turut serta memainkan peranan dalam inisiatif pembangunan berimpak tinggi di negeri ini.
Sesi perbincangan berlaku dalam suasana yang cukup konstruktif, dengan fokus kepada pembentangan projek strategik negeri, pembangunan infrastruktur mampan, serta inisiatif pelaburan yang sejajar dengan agenda Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan The Greater Kedah 2050.



