
Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan taklimat berkenaan operasi syarikat kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), bertempat di Wisma Darul Aman.
Delegasi BDB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Abdul Khalid Md Din dan turut disertai oleh Ketua Pembangunan Perniagaan, Encik Ts. Zawawi Wahab.

Sesi ini memberi penerangan mengenai struktur operasi Kumpulan BDB, termasuk peranan syarikat dan anak-anak syarikat serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Dalam masa yang sama, sesi tersebut menjadi platform untuk berkongsi pandangan bagi memperkasa peranan Kumpulan BDB dalam menyokong pembangunan di Negeri Kedah.



