Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengurus Besar Teknikal & Operasi Syarikat Air Darul Aman (SADA), Ir. Saiful Azlan Mat Radhi pada 28 Oktober 2025 dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan kerja serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua organisasi dalam bidang pembangunan infrastruktur serta pengurusan utiliti air di negeri Kedah.
Delegasi BDB diketuai oleh Penasihat Projek Khas, Encik Tahir Md Zin, bersama Ketua Jabatan Perolehan & Kontrak, Encik Yusuf Hashim, dan Ketua Jabatan Government Liaison, Encik Aswat Abu Bakar.
Pertemuan ini turut membuka ruang untuk perkongsian pandangan dan pengalaman teknikal yang dapat dimanfaatkan dalam projek pembangunan semasa dan masa hadapan, serta membincangkan potensi projek-projek baharu yang diboleh diusahakan bersama oleh kedua-dua pihak yang telah mempunyai hubungan baik sejak sekian lama.



