


Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penyiaran Malaysia telah memilih Darulaman Park, Jitra, Kedah sebagai lokasi bagi penganjuran Jelajah Ramadan RTM 2025 yang telah berlangsung pada 13 Mac 2025.
Pelbagai acara menarik telah berlangsung antaranya kehadiran barisan penceramah dan personaliti istimewa, edaran bubur lambuk, potluck santai dan tazkirah ringkas.
Di samping itu juga, para pengunjung turut dapat beramah mesra bersama 34 orang penyampai radio stesen RTM yang turut hadir memeriahkan Jelajah Ramadan RTM 2025 berkenaan.



