JALINAN KERJASAMA BAGI PROJEK PENGURUSAN SISA INDUSTRI ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD DAN SHANGHAI YOUZHU INDUSTRY CO. LTD.

SIARAN MEDIA
Isnin, 22hb Januari 2024

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan jalinan kerjasama antarabangsa bersama Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. (Shanghai Youzhu) dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek pengurusan sisa industri secara inovatif serta inisiatif BDB untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pembangunan yang mampan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata usahasama ini adalah selari dengan Teras 6 Pelan Pembangunan Kedah 2035 (PPK 2035) yang melibatkan kemampanan alam sekitar serta merupakan komponen penting kepada Pelan Strategik BDB 2024-2026.

Menurut beliau, projek yang dicadangkan ini bukan sahaja selaras dengan aspirasi PPK 2035, tetapi turut mengambilkira aspirasi nasional dan global iaitu Dasar Kebersihan Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Usahasama ini bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran kedua-dua pihak dalam melaksanakan pengurusan sisa industri yang komprehensif, meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, menggalakkan pembangunan mampan serta memastikan pematuhan kepada garis panduan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, kerjasama ini juga bertujuan untuk menyumbang kepada kesejahteraan penduduk dan komuniti di kawasan persekitaran dan pemegang taruh (stakeholders) berkaitan.

“Selaras dengan objektif ini, BDB dan Shanghai Youzhu turut merancang dan melihat akan potensi bagi menubuhkan syarikat usahasama berkaitan pembangunan pengurusan sisa industri di Negeri Kedah” kata Raja Shahreen selepas majlis menandatangani MOU yang diadakan di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.

Majlis menandatangani MOU berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali, Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein, Presiden Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd., Yu Qiang, Presiden XREP, Rakan Strategik Youzhu/Jiahui, Shi Yihang dan Naib Presiden Kanan merangkap Pengarah Urusan Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S) Malaysia, Phua Chen Jiang.

Dalam pada itu, Raja Shahreen memaklumkan bahawa BDB memilih untuk bekerjasama dengan Shanghai Youzhu berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka selama 27 tahun dalam menguruskan proses keseluruhan rantaian bekalan bahan kimia industri serta memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam pemulihan dan pengurusan sisa pepejal termasuklah sisa yang berbahaya dan terjadual, proses kitar semula sisa buangan dan mempunyai sistem pengurusan sisa industri secara holistik.

Jelas Raja Shahreen menambah, Shanghai Youzhu kini sedang menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa kepada AT&S di Kulim, Kedah dan Chongqing, China. AT&S adalah merupakan syarikat global yang berpengkalan di Austria dan peneraju pasaran global untuk printed circuit boards (PCB) dan integrated circuit (IC) berteknologi tinggi yang menjalankan operasi pengeluaran di Austria, China, India dan Korea serta mempunyai pejabat jualan di seluruh dunia.

“Shanghai Youzhu juga telah melebarkan sayap di Malaysia dengan penubuhan Jiahui Industrial (Malaysia) Sdn. Bhd., yang mana ia terlibat secara langsung dalam pengurusan sisa industri.

“Kerjasama ini merupakan salah satu bukti di mana BDB dan Shanghai Youzhu mempunyai visi yang sama mewujudkan masa depan yang lebih bersih dan hijau. Dengan ini, BDB dan Shanghai Youzhu teruja untuk merintis kepada penyelesaian inovatif yang akan memberi sumbangan yang bermakna untuk menghasilkan komuniti yang mampan dan mesra alam,” jelasnya.

———————————————————————————————————-

BINA DARULAMAN BERHAD AND SHANGHAI YOUZHU INDUSTRY CO. LTD. SPEARHEAD PARTNERSHIP FOR INDUSTRIAL WASTE MANAGEMENT PROJECT

MEDIA RELEASE
Monday, 22nd  January 2024

ALOR SETAR – Bina Darulaman Berhad (BDB) has announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd., (Shanghai Youzhu), a collaboration that signifies a major stride in the pursuit of environmental sustainability through an innovative industrial waste management project.

Raja Shahreen Raja Othman, the Executive Director of BDB, emphasized that this collaboration is strategically aligned with the Kedah Development Plan 2035 (PPK 2035) under the Environment Theme, Thrust 6 – Environmental Sustainability, and is an integral component to BDB’s New Business in the Strategic Plan 2024-2026.

He added, the proposed project mirrors regional aspirations outlined in the PPK 2035 while aligning seamlessly with national and global initiatives, including the National Cleanliness Policy, National Climate Change Policy, and Sustainable Development Goals (SDG).

“This international partnership aims to leverage the strengths of both entities to establish comprehensive industrial waste management solutions, minimizing environmental impacts, promoting sustainable practices, and ensuring compliance with regulatory standards. By integrating environmental considerations into operations, the collaboration seeks to significantly contribute to the overall well-being of the community, related stakeholders, and the planet.

“In line with this objective, BDB and Shanghai Youzhu are also discussing the potential establishment of a joint venture company related to Industrial Waste Management Development,” stated Raja Shahreen after the MOU signing ceremony held at Raia Hotel, Alor Setar, Kedah.

The ceremony was graced by the presence of the Menteri Besar of Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Also present at the event were State Industry and Investment, Higher Education, Science, Technology, and Innovation Committee Chairman, Dr Haim Hilman Abdullah, BDB Chairman, Sr Haji Che Had Dhali, BDB Chief Operating Officer, Mohd Sobri Hussein, President Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd., Yu Qiang, President of XREP, Strategic Partner of Youzhu/Jiahui, Shi Yihang and Senior Vice President and Managing Director Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft (AT&S) Malaysia, Phua Chen Jiang.

Raja Shahreen explained that BDB chose to collaborate with Shanghai Youzhu based on their 27 years of expertise and experience in managing the entire chemical supply chain process and more than 10 years of experience in the recovery and utilization of solid waste – including hazardous and scheduled waste, recycling, and waste management.

He said that Shanghai Youzhu is currently providing waste management services to AT&S in Kulim, Kedah and Chongqing, China. AT&S is an Austrian-based global high-tech leader in printed circuit boards (PCB) and integrated circuit (IC) substrates with production facilities in Austria, China, India and Korea and sales offices around the globe.

“Besides that, Shanghai Youzhu has also invested in Malaysia by establishing Jiahui Industrial (Malaysia) Sdn. Bhd., which is directly involved in the industrial waste management.

“This collaboration stands as a testament to our shared vision of a cleaner, greener future. BDB and Shanghai Youzhu Industry eagerly anticipate pioneering innovative solutions that will contribute significantly to the realization of a sustainable and eco-friendly community,” he explained.

SIARAN MEDIA MOU BDB & YOUZHU (BM)

MEDIA RELEASE MOU BDB & YOUZHU (ENG)

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022