Darulaman Park bertuah apabila terpilih sebagai lokasi pilihan bagi Majlis Pelancaran Latihan Askar Wataniah Tahun 2025 yang berlangsung pada 26 Februari 2025.

Majlis pelancaran tersebut diserikan lagi apabila Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah telah perkenan berangkat Darulaman Park bagi menghadiri acara tersebut.

Baginda Tuanku juga turut perkenan menyaksikan gimik perasmian seterusnya menyampaikan titah ucapan perasmian.

Usai titah ucapan, Baginda Tuanku mencemar duli untuk merakamkan potret kenangan bersama-sama semua anggota Askar Wataniah dan melawat reruai pameran sebelum ke Majlis Santapan.

Gambar – Kredit Facebook Kedah Royal Family

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022