Pada 28 hingga 30 Julai 2025 telah berlangsung Audit Surveilan Kedua Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2015) dan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2015) di BDB Infra Sdn Bhd bagi tahun 2025. Untuk rekod, BDB Infra Sdn. Bhd. (BDB Infra) telah menerima pengiktirafan dan pensijilan ISO 45001, ISO 14001 dan ISO 9001 daripada badan pensijilan berdaftar dengan Jabatan Standard Malaysia iaitu SIRIM Malaysia Berhad.
Audit Surveilan Kedua ini bertujuan untuk menilai semula tahap pematuhan terhadap Sistem Pengurusan bagi ketiga-tiga standard ISO yang telah dilaksanakan di BDB Infra dalam memastikan perlaksanaan proses kerja mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, disamping mengenalpasti ruang penambahbaikan berterusan demi meningkatkan keberkesanan terhadap pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaaan, alam sekitar serta kualiti penyampaian perkhidmatan oleh syarikat. Proses audit dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Pengurus Besar BDB Infra, Encik Zakba Shafie, disusuli dengan proses audit mengikut skop yang telah ditetapkan melibatkan semakan dokumen dan lawatan pemeriksaan di tapak operasi dan tapak projek secara fizikal, dan diakhiri dengan sesi pembentangan penemuan audit serta penutup.
Pasukan juruaudit telah mengesyorkan untuk meneruskan pengiktirafan pensijilan ISO 45001, ISO 14001 dan ISO 9001 untuk BDB Infra Sdn Bhd bagi tahun 2025 sehingga tarikh baru audit pensijilan semula yang akan dijalankan pada tahun 2026. Ucapan penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd., semua pengurusan atasan serta warga kerja BDB Infra atas komitmen yang tinggi dan kerjasama sepanjang persediaan proses audit ini berlangsung.
|




