Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Encik Mohd. Nasir Ismail, telah menghadiri Majlis Perasmian Pameran Sempena Sambutan 60 Tahun Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) serta Majlis Penyerahan Mock Cheque Sumbangan Tabung Tunku Mahmud yang berlangsung di Wisma PKNK, Alor Setar.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Wira Haji Isahak Murat, bersama wakil-wakil daripada syarikat Kumpulan PKNK.

Sebagai salah satu syarikat di bawah Kumpulan PKNK, BDB turut menyumbang sebanyak RM10,000.00 kepada Tabung Tunku Mahmud, menyokong inisiatif kebajikan dan pembangunan negeri Kedah.

Secara keseluruhan, Kumpulan PKNK menyerahkan sumbangan berjumlah RM350,000.00 kepada tabung berkenaan sebagai tanda komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri Kedah.

 

Share:

More Posts

Bina Darulaman Berhad © All Rights Reserved 2022