UCAPAN DARI PENGERUSI BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1443H

UCAPAN DARI PENGERUSI BINA DARULAMAN BERHAD SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1443H

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum WBT,

Saya bagi pihak Pengurusan Bina Darulaman Berhad dengan ini mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia pada tahun ini iaitu pada 1443H dan pihak pengurusan mendoakan agar seluruh warga kerja akan mendapat keberuntungan di dalam bulan yang mulia ini.

Kami juga mengharapkan semua warga kerja akan memperbanyakkan ibadah, sedekah, amal pada bulan ini kerana ianya akan memberikan kenikmatan ataupun keburuntungan kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sekian,
وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAJLIS PENGAGIHAN KURMA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 2022 KEPADA KAKITANGAN KUMPULAN BDB

MAJLIS PENGAGIHAN KURMA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 2022 KEPADA KAKITANGAN KUMPULAN BDB

 

Majlis Pengagihan Kurma sempena menyambut bulan Ramadan 2022 kepada kakitangan Kumpulan BDB telah diadakan semalam di Menara BDB dan juga di Ibu Pejabat BDB Infra Sdn Bhd (BDB Infra) serta Galeri Jualan BDB Land Sdn Bhd (BDB Land).

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman (BDB), Sr Haji Che Had Dhali di Menara BDB, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, di BDB Infra dan oleh Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli di BDB Land.

Turut menghadiri majlis tersebut adalah Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari (ECQ), Tahir Md. Zin, dan Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab serta pengurusan kanan BDB yang lain.

Majlis berkenaan merupakan program tradisi tahunan Kumpulan BDB yang dianjurkan oleh Komunikasi Korporat Kumpulan bertujuan untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di samping itu, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara pengurusan kanan syarikat dan juga kakitangan dan diharapkan dapat bersama-sama menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesabaran pada Ramadan tahun ini.

Selamat Menyambut Ramadan 1443H.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA LAWAT MENARA BDB

TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA LAWAT MENARA BDB

Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang Hashim buat julung kalinya mengadakan lawatan ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB) di Alor Setar hari ini.
Ketibaan YB Datuk Haji Awang Hashim disambut oleh Pengerusi Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein.

Turut hadir, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Sumber Manusia, Saiful Syazwan Shafie, Pengarah Perkeso Kedah, Mohamad Haron Othman dan Pegawai Khas Parlimen, Romlan Hamid.

Dalam lawatan yang bermula pada 8.30 pagi itu, YB Datuk Haji Awang Hashim meluangkan masa untuk bertemu dan mengadakan perbincangan serta menghadiri taklimat bersama pengurusan kanan Kumpulan BDB dan juga anak syarikat.

Dalam sesi taklimat tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan pembangunan Pusat Rehabilitasi Perkeso Zon Utara, penambahbaikan pusat kesihatan serta projek-projek dalam daerah Pendang dan negeri Kedah.

Selepas sesi taklimat, YB Datuk Haji Awang Hashim sempat meluangkan masa seketika untuk bergambar bersama-sama pengurusan kanan serta menerima cenderahati daripada Pengerusi Kumpulan BDB sebelum menamatkan sesi lawatan pada 9.45 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada YB Haji Datuk Awang Hashim di atas lawatan ke Menara BDB.

Diharapkan dengan lawatan dan pertemuan ini akan membuahkan inisiatif yang positif buat Kumpulan BDB dan juga rakyat negeri Kedah pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

PENGERUSI KUMPULAN BDB MENYAMPAIKAN BARANGAN HADIAH UNTUK PESERTA KARNIVAL SENI WARISAN D’MUZIUM ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

PENGERUSI KUMPULAN BDB MENYAMPAIKAN BARANGAN HADIAH UNTUK PESERTA KARNIVAL SENI WARISAN D’MUZIUM ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

Pada Khamis yang lalu, Kumpulan BDB telah menyampaikan beberapa barangan hadiah kepada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Dalam sesi tersebut, Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali telah menyampaikan barangan hadiah kepada Penaung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah iaitu Yang Mulia Tunku Dato’ Adj. Prof. Sr. Dr Fauzi Ibni Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Tunku Dato’ Abdul Malek Al – Haj. Bersama beliau, Guru Utama & Presiden Persatuan Silat Cekak Malaysia, Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, YDP Silat Cekak Kedah, Marzuki bin Mohd Rasul dan Syed Helmi b. Syed Yasin.

Disamping itu, barangan hadiah tersebut telah disampaikan kepada peserta-peserta yang terlibat untuk pelbagai kategori pertandingan yang berlangsung pada 24-26 Mac 2022 itu.

Akhir sekali, Kumpulan BDB berharap hubungan yang telah terjalin dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah akan terus dikekalkan serta menjadi pencetus semangat kepada ahli-ahli Silat Cekak Malaysia untuk terus bergerak aktif terutamanya di negeri Kedah khasnya.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement