SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA PENAUNG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA PENAUNG PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA CAWANGAN KEDAH

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali dan Penaung Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah iaitu Yang Mulia Tunku Dato’ Adj. Prof. Sr. Dr Fauzi Ibni Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Tunku Dato’ Abdul Malek Al – Haj serta Ketua Komunikasi Korporat, Sajahan Abdul Waheed.

Sesi perjumpaan hampir satu jam itu berlangsung di Menara BDB dan ia bertujuan membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya melibatkan seni warisan Melayu di negeri Kedah.

Di samping itu juga, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dijemput untuk menghadiri Karnival Seni Warisan D’Muzium anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah yang akan diadakan di Muzium Negeri Kedah pada 24-26 Mac 2022.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan yang telah terjalin dengan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah akan membuahkan inisiatif serta perkembangan positif pada perkembangan seni silat warisan Melayu di Kedah pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA PEGAWAI KHAS YAB MENTERI BESAR KEDAH, KISMEC (KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE) DAN SMK KHIR JOHARI

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA PEGAWAI KHAS YAB MENTERI BESAR KEDAH, KISMEC (KEDAH INDUSTRIAL SKILLS AND MANAGEMENT DEVELOPMENT CENTRE) DAN SMK KHIR JOHARI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah, KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari.

Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali manakala Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah iaitu Nurul Amin Hamid, KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre) diwakili oleh Pengarah Eksekutif iaitu Mohd Yusuri Yusof dan SMK Khir Johari pula diwakili oleh Pengetuanya iaitu Mohd Isa Abu Bakar.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah, KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre) dan SMK Khir Johari akan membuahkan inisiatif serta perkembangan positif pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUMAT, YAN KEDAH TERIMA SUMBANGAN BEG SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUMAT, YAN KEDAH TERIMA SUMBANGAN BEG SEKOLAH

Bersempena dengan pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2022, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan bantuan kepada 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Padang Lumat (SKPL), Yan, Kedah yang terdiri daripada mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Bantuan tersebut yang terdiri daripada bag sekolah itu telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed kepada Guru Bantuan dan Kebajikan Pelajar SKPL, Sholehah Osman di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Diharapkan sedikit sumbangan daripada Kumpulan BDB itu dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa murid-murid berkenaan selain menyuntik semangat murid untuk menghadiri sesi persekolahan pada 21 Mac ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares
#KitaJagaKita

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE BDB LAND SDN BHD

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE BDB LAND SDN BHD

BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) telah menerima kunjungan Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman (BDB), Sr Haji Che Had Dhali pada hari ini di Ibu Pejabat di Jitra, Kedah.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan BDB, Tuan Mohamad Ibrahim Ghazali, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Dalam lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi serta strategi perniagaan BDB Land dan juga prestasi kewangan untuk tahun kewangan 2021. Hal ini adalah untuk memastikan divisyen berkenaan terus berdaya saing dan kekal kompetitif untuk tahun-tahun mendatang.

Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai projek-projek pembangunan semasa yang sedang dibangunkan oleh BDB Land serta projek-projek masa depan yang telah dirancang untuk dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau kemudiannya sempat melawat Galeri Jualan BDB Land di Tasik Darulaman dan seterusnya meninjau tapak projek Simfoni East dan Simfoni West, Taman Tunku Intan Shafinaz dan kawasan sekitar Bandar Darulaman.

Seperti lawatan beliau ke Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari sebelum ini, Sr Haji Che Had mengambil peluang untuk beramah mesra dengan dengan kakitangan dan juga pengurusan BDB land.

Beliau sempat memberi nasihat dan juga kata-kata semangat untuk meningkatkan motivasi kakitangan bagi memastikan BDB Land cemerlang sekaligus dapat mencapai sasaran perniagaan yang telah ditetapkan.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi meraikan persaraan lima kakitangan dari BDB Land iaitu Rosly Mazlan dan Anuarudin Alwi, kakitangan BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Ariffin Arshad dan Nik Rozlihan Nik Ishak serta kakitangan dari BDB Kedah Holdings Sdn Bhd, Mohamad Sohaimi Mohd Yusoff.

Dalam ucapan penghargaan dari Ketua Divisyen, Bahagian Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai kakitangan Kumpulan BDB secara amnya dan Divisyen Hartanah & Leisure khasnya.

Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan Divisyen Hartanah & Leisure di kedudukan yang ada pada hari ini.

Intihanya, Pihak Kumpulan BDB mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada kakitangan-kakitangan di atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan yang tidak berbelah bagi kepada syarikat.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

BDB CONSTRUCTION SDN.BHD. KOMITED TERHADAP KELESTARIAN PEMBANGUNAN MINERAL NEGERI KEDAH

BDB CONSTRUCTION SDN.BHD. KOMITED TERHADAP KELESTARIAN PEMBANGUNAN MINERAL NEGERI KEDAH

SUNGAI PETANI – Pembangunan mineral merupakan antara sektor utama dalam memacu serta memberi momentum kepada pembangunan infrastruktur dan juga hartanah.
Berfungsi sebagai teras utama dalam sektor pembangunan, sumber mineral hadir dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti pasir, granit, batu kapur dan sebagainya menjadi komoditi yang amat berharga.

Kunci kepada kelestarian komoditi ini adalah langkah-langkah terhadap pemuliharaan sumber dan dalam masa yang sama mengoptimakan potensi mineral yang menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kerajaan negeri.

Perkara ini telah tercatat di dalam Kanun Tanah Negara 1965, telah memperuntukkan punca kuasa bagi pengurusan sumber mineral terletak dibawah bidang kuasa setiap kerajaan negeri.

Menyedari kepentingan ini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menubuhkan anak syarikat BDB Construction Sdn.Bhd. (BDBC) bagi memberi fokus terhadap pengurusan mineral di negeri Kedah.

Mula beroperasi pada Mei 2021, BDBC mengorak langkah dengan menguruskan kuari pasir darat bertempat di Ladang Sungai Ular, Kulim (dahulunya dimiliki oleh PKNK) serta mengurus kerja-kerja penstabilan tanah bagi projek Langkawi Premium Outlet (LPO). BDBC mula memperoleh pengiktirafan daripada pihak berkuasa tempatan dengan pulangan royalti secara konsisten meskipun negara dilanda pandemik.

Menurut Ketua Projek Pengurusan Pasir, Syed Rofli Syed Ahmad, kerjasama dengan pihak ketiga membolehkan BDBC mendapat hak ekslusif sistem pemantauan pergerakan mineral di wilayah utara semenanjung.

“Menerusi sistem tersebut, BDBC mampu menawarkan solusi dalam meningkatkan tahap kecekapan setiap pihak yang terlibat dalam sektor mineral termasuk pihak berkuasa dan pemain industri.

“Hal ini membolehkan kerajaan negeri menikmati hasil kutipan royalti yang lebih berkesan disamping mengawal kegiatan pemain industri secara terancang,” jelasnya.
Untuk itu, BDBC optimis terhadap halatuju pengurusan mineral yang mapan khususnya di negeri Kedah. Syarikat mensasarkan untuk menubuhkan sebuah hub mineral yang kondusif bagi sektor mineral seperti makmal analisa, jambatan timbang dan hub penyimpanan bagi menampung industri mineral di negeri ini.

Dengan cara ini, BDBC yakin dapat mewujudkan ekosistem industri yang lebih cekap disamping dapat memastikan sektor ini dibangunkan dengan lebih terancang pada masa hadapan.

Gambar dan tulisan oleh Azlan Nasrun (BDB Construction).

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE DIVISYEN KEJURUTERAAN, PEMBINAAN & KUARI (ECQ)

LAWATAN PENGERUSI KUMPULAN BDB KE DIVISYEN KEJURUTERAAN, PEMBINAAN & KUARI (ECQ)

Hari ini, Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman (BDB), Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan lawatan kerja ke Divisyen Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari (ECQ) melibatkan Ibu Pejabat BDB Infra Sdn Bhd dan BDB Synergy Sdn Bhd di Tanjung Bendahara, Alor Setar.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Pembinaan & Kuari (ECQ), Tahir Md. Zin dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat berkenaan perkembangan semasa Divisyen ECQ dan juga perancangan strategik untuk tahun 2022 hingga 2024 bagi memastikan divisyen berkenaan kekal kompetitif dan mencatatkan keuntungan untuk tahun-tahun mendatang.

Sr Haji Che Had turut mengadakan lawatan ke setiap unit kerja di Divisyen ECQ sambil beramah mesra serta memberi sedikit ucapan dan nasihat serta kata-kata semangat untuk meningkatkan lagi motivasi para kakitangan.

Dalam ucapan beliau, Sr Haji Che Had menegaskan bahawa pentingnya untuk bekerjasama dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan kerana ia akan mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh berintegriti.

Di samping itu, beliau turut menasihati para kakitangan agar sentiasa membuat perancangan yang rapi bagi setiap perkara kerana kegagalan untuk merancang bermakna telah merancang untuk gagal.

Turut berlangsung, sesi meraikan persaraan dua kakitangan Divisyen ECQ iaitu Rohaya Long, yang merupakan Eksekutif Pembelian di BDB Synergy Sdn Bhd dan Nordin Dahaman, pemandu di BDB Infra Sdn Bhd yang akan bersara pada 31 Mac 2022.

Dalam ucapan penghargaan dari Ketua Divisyen ECQ, Tahir Md. Zin menyifatkan mereka merupakan kakitangan yang cukup komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas sehingga ke hari ini.

Rohaya merupakan antara kakitangan yang telah lama berkhidmat iaitu 40 tahun di BDB Synergy (dulu dikenali sebagai Kedah Sato) sejak tahun 1982 hingga Mac 2022 manakala Nordin telah berkhidmat hampir 20 tahun di BDB Infra (Bina Kuari).

Terima kasih kerana memberi perkhidmatan dan sumbangan yang tidak berbelah bagi kepada Kumpulan Bina Darulaman Berhad.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA EKUITI BUMIRAYA MAJU SDN BHD

SESI PERJUMPAAN KUMPULAN BDB BERSAMA EKUITI BUMIRAYA MAJU SDN BHD

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Ekuiti Bumiraya Maju Sdn Bhd. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Pengerusi Kumpulan BDB Sr Haji Che Had Dhali dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein manakala Ekuiti Bumiraya Maju Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengarah Urusan iaitu Haji Mohd Azwar Mahmud.

Sesi perjumpaan hampir dua jam itu berlangsung di Menara BDB dan ia bertujuan membincangkan mengenai ruang dan peluang kerjasama antara kedua-dua syarikat di samping berkongsi pengalaman dalam bidang pengkuarian, bahan binaan dan hartanah.

Dengan sesi perjumpaan tersebut, Kumpulan BDB berharap hubungan strategik yang telah terjalin dengan Ekuiti Bumiraya Maju Sdn Bhd akan membuahkan inisiatif serta perkembangan positif pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

PENGERUSI BDB TURUN PADANG TINJAU TUGASAN KAKITANGAN BDB

PENGERUSI BDB TURUN PADANG TINJAU TUGASAN KAKITANGAN BDB

Buat julung kalinya Pengerusi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Sr Haji Che Had Dhali turun padang untuk melihat sendiri tugasan yang dikendalikan oleh kakitangan BDB di setiap tingkat Menara BDB sambil disertai oleh Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein.

Dalam lawatan berkenaan, beliau berkesempatan untuk meninjau persekitaran kerja di jabatan-jabatan seperti Sumber Manusia, Setiausaha, Kewangan dan Akaun, Pematuhan Korporat, Kontrak dan Perolehan, Teknologi Maklumat, Komunikasi Korporat serta Pembangunan Perniagaan.

Beliau turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan kakitangan dan juga pengurusan kanan Kumpulan BDB. Di samping itu beliau turut sempat memberi nasihat dan juga kata-kata semangat untuk meningkatkan motivasi kakitangan Kumpulan BDB.

Di samping itu, beliau turut dijadual akan turun padang untuk membuat lawatan yang sama ke ibu pejabat anak-anak syarikat Kumpulan BDB seperti BDB Land Sdn Bhd, BDB Infra Sdn Bhd dan BDB Synergy Sdn Bhd dalam masa terdekat.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement