Kunjungan Hormat & Lawatan Tapak NCIA ke Darulaman Sanctuary

Kunjungan Hormat & Lawatan Tapak NCIA ke Darulaman Sanctuary

Northern Corridor Implementation Agency (NCIA) telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan tapak ke Darulaman Sanctuary di Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Kunjungan NCIA diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi NCIA, Encik Hasri A Hasan serta pengurusan kanan NCIA manakala BDB pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman serta pengurusan kanan BDB.

Sesi perjumpaan bagi kunjungan ini mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk kerjasama yang luas di antara BDB dan serta merancang inisiatif yang boleh berusaha sama di masa hadapan.

BDB mengharapkan hubungan strategik yang telah terjalin bersama NCIA akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS IFTAR ANAK KEDAH DIPERANTAUAN BERSAMA YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOOR, SPMK., AMK. MENTERI BESAR KEDAH

MAJLIS IFTAR ANAK KEDAH DIPERANTAUAN BERSAMA YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOOR, SPMK., AMK. MENTERI BESAR KEDAH

BDB DI PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA ANAK KEDAH DI PERANTAUAN BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH

Bersempena dengan penganjuran Majlis Berbuka Puasa Anak Kedah Di Perantauan Bersama YAB Menteri Besar Kedah yang diadakan pada 9 April 2023 bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Bina Darulaman Berhad (BDB) menerusi anak syarikatnya BDB Land Sdn. Bhd. tidak melepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan majlis berkenaan.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor itu disertai lebih 2,000 anak Kedah yang berada di sekitar Lembah Klang yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

BDB Land turut mengenengahkan produk-produk perumahan yang telah dan akan dilancarkan seperti di Bandar Darulaman, Jitra dan Darulaman Saujana, Kubang Pasu.

BDB Land juga telah membuka peluang pendaftaran kepada para pengunjung yang berminat untuk membeli produk perumahan seperti Simfoni West, Simfoni East, Lakehome di Bandar Darulaman dan Kedah Marble di Langkawi.

Sambutan yang diberikan oleh anak-anak Kedah di perantauan sangat menggalakkan dan BDB ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI BDB KE KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI BDB KE KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

Delegasi Bina Darulaman berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat di Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTPC, Dato’ Mohd Sahil Zabidi, dan Ketua Pegawai Operasi KTPC, Che Abdul Khalid Md Din.
Dalam sesi lawatan tersebut, Sr Haji Che Had diberikan taklimat mengenai operasi dan strategi KTPC dalam menyediakan perkhidmatan sokongan korporat dan pengurusan serta projek-projek masa depan yang telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Sahil.
Di samping itu, beliau turut diberikan penerangan mengenai perancangan KTPC untuk membangun dan mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebagai taman teknologi tinggi yang bersepadu sepenuhnya dengan mempromosikan industri pembuatan berteknologi tinggi, R&D dan aktiviti pendidikan teknologi melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan bertaraf dunia.
Dalam pada itu, Sr Haji Che Had sempat meluangkan masa memberi sedikit taklimat mengenai BDB yang juga merupakan sebuah anak syarikat dibawah kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab menguruskan bidang kejuruteraan, infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan Negeri Kedah.
Dengan kunjungan hormat tersebut, BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam usahasama projek pada masa hadapan.
+2

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Yusoff di Serdang, Kedah.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama Pejabat Daerah dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelarasan mukim, keselamatan, dan lain-lain.
Pejabat Daerah memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Haji Elmi di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH KUBANG PASU JITRA

KUNJUNGAN HORMAT BDB KE PEJABAT DAERAH KUBANG PASU JITRA

Delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali buat telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhamad Mahazi Haji Ibrahim di Jitra, Kedah.
Turut hadir bersama adalah Ketua Anak Syarikat Divisyen Hartanah, Zawawi Wahab.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang kerjasama di antara BDB bersama Pejabat Daerah dalam membantu melaksana pelbagai bidang perkhidmatan pembangunan fizikal, penyelarasan mukim, keselamatan, dan lain-lain.
Pejabat Daerah memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan dan guna tanah bagi tujuan pertanian, perumahan, perniagaan dan sebagainya selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Pihak BDB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muhamad Mahazi di atas kesudian menerima lawatan dari BDB.
BDB berharap hubungan strategik yang dijalin akan terus berkembang serta membuka peluang-peluang positif dalam membuahkan inisiatif yang boleh diterokai di masa akan datang.

YTM TUNKU MAHKOTA KEDAH PERKENAN MENERIMA MENGADAP PENGURUSAN TERTINGGI BDB

YTM TUNKU MAHKOTA KEDAH PERKENAN MENERIMA MENGADAP PENGURUSAN TERTINGGI BDB

Pengurusan tertinggi Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini telah mendapat perkenan mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Arif Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin di pejabat baginda di Kuala Lumpur.
Pengurusan BDB telah diketuai oleh Pengerusi BDB, Sr Haji Che Had Dhali serta turut dihadiri Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, YM Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Korporat Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.
Ini merupakan Kunjungan Hormat pertama oleh Pengurusan Tertinggi BDB terhadap YTM Tunku Mahkota Kedah.
Pihak BDB juga berharap dapat bekerjasama dengan Pejabat YTM bagi sama-sama membantu memajukan Negeri Kedah khususnya dalam pembangunan Aset-Aset Strategik khususnya di Langkawi dan Pembangunan Berskala Besar dan Sederhana yang mempunyai Impak Tinggi bagi menaiktaraf Rakyat dan Negeri Kedah.
Pihak BDB turut memaklumkan mengenai projek-projek pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan oleh pihak syarikat di beberapa buah daerah di Negeri Kedah.
YTM juga memaklumkan tentang minat pelabur luar yang berminat untuk membuat pelaburan di Kedah, khususnya di Langkawi dan pihak BDB mengambil maklum maklumat tersebut.
Menjunjung Kasih Yang Teramat Mulia Tuanku.