MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN AIR PELUBANG, KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN AIR PELUBANG, KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN

Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Pelubang, Kubang Pasu telah diadakan di Stargate, Alor Setar Kedah pada hari ini di mana Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikatnya BDB Synergy SDN BHD (BDB Synergy) dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai kontraktor utama projek menaik taraf LRA Pelubang.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air Dan Sumber Air serta Tenaga, Dato’ Suraya Yaacob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Romani Wan Salin, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali, Pemangku Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Ir. Chua Lee Hwa, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Radzuan Osman.

Hadir sama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad, Pengurusan Kanan Bina Darulaman Berhad & Anak-Anak Syarikat serta Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-Ketua Pengarah dan Wakil-Wakil Agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, krisis bekalan air itu akan berakhir selepas kerja-kerja pemasangan jajaran paip baharu atau ‘bypass’ dari Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang yang menelan belanja sebanyak RM431 juta dimulakan.

Tambah beliau, melalui projek pemasangan jajaran berkenaan, bekalan air terawat yang ada di LRA Pelubang dapat disalurkan ke kawasan terlibat yang mana sebelum ini bergantung kepada paip-paip lama bagi memenuhi keperluan dan permintaan penduduk.
“Selain itu, kesemua projek naik taraf lima LRA yang lain termasuklah LRA Pelubang dijangka akan siap mengikut jadual iaitu antara dua hingga tiga tahun dan menelan kos sebanyak RM931 juta keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BDB, Sr. Haji Che Had Dhali dalam ucapannya berkata, projek menaik taraf loji rawatan air pelubang dan juga sistem pengagihannya daripada kapasiti 227 juta liter sehari (MLD) kepada 454 juta liter sehari (MLD) disasarkan sebagai penyelesaian untuk membekalkan air terawat yang mencukupi ke kawasan-kawasan yang mencatatkan permintaan tinggi di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu sehingga tahun 2040.

Kesan daripada projek menaik taraf LRA Pelubang ini bukan sahaja akan dinikmati oleh rakyat Kedah secara langsung namun BDB turut juga menikmati faedah dan manfaat terutamanya oleh anak-anak syarikat seperti BDB Land Sdn Bhd, Kedah Holdings Sdn Bhd serta BDB Leisure Sdn Bhd.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerajaan negeri Kedah akan terus memberikan kepercayaan kepada BDB untuk menjayakan projek-projek pembangunan yang memberikan impak yang besar kepada rakyat sekaligus dapat bersama-sama membangunkan negeri yang kita cintai ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

BINA DARULAMAN BERHAD DIJEMPUT HADIR KE MALAM KFA 2022

Pada 28 Mei 2022, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah dijemput ke Makan Malam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) 2022 diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali pada majlis yang berlangsung di The Danna, Langkawi, Kedah.

Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Sobri Hussein, Ketua Pegawai Korporat, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli, Ketua Divisyen Hartanah & Leisure, Zawawi Wahab, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dan Pengarah Projek Langkawi Premium Outlet (LPO), Adnan Mohd Amer.

Majlis tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA, Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA, Ahli Gabungan KFA, syarikat-syarikat Korporat, kakitangan KFA serta bekas pemain pasukan Kedah.

Di samping itu, Malam KFA itu juga merupakan acara mengumpul dana untuk menjayakan projek khas 100 Tahun KFA (1924-2024) bagi mempersiapkan sebuah bangunan pengurusan dan pentadbiran yang baru dinamakan ‘House Of Kedah Football’.

Dalam pada itu, sebagai antara penyumbang kepada projek berkenaan, Sr. Haji Che Had Dhali mewakili BDB menerima plak penghargaan daripada KFA yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

BDB mengucapkan selamat maju jaya kepada KFA di atas perancangan yang dirancang khususnya pembangunan bola sepak di negeri kedah dari peringkat akar umbi tercapai.

#Kedah
#BiarJasaJadiKenangan
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-27

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bina Darulaman Berhad (BDB) ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di VE Hotel & Residence, Bangsar South City, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu diadakan secara fizikal dan juga atas talian dan diketuai oleh Pengerusi Eksekutif BDB, Sr Haji Che Had Dhali, ahli-ahli lembaga pengarah, para pemegang saham, tetamu jemputan serta Pengurusan Kanan BDB.

Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan Laporan Tahunan 2021, perancangan strategik masa hadapan serta beberapa perkara yang dibangkitkan serta dibincangkan sebentar tadi.

Proses pengundian bagi beberapa agenda yang dibentangkan turut diadakan dan keputusan pengundian diumumkan kepada pemegang saham yang hadir atas talian.

Sesi soal jawab di antara Ahli Lembaga Pengarah dan para pemegang saham diadakan secara atas talian dan kemudiannya dijawab oleh Sr Haji Che Had Dhali dan juga Pengurusan Kanan BDB.

AGM ini juga diadakan mengikut ini turut memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi meneruskan usaha menangani wabak Covid-19 tatkala Malaysia berada dalam fasa peralihan ke endemik.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#AGM27

KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

KUMPULAN BDB SUMBANGKAN 50 BEG SEKOLAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PELATIH-PELATIH YANG MEMERLUKAN DI SEKITAR KOTA SETAR

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan sebanyak 50 beg sekolah untuk disalurkan kepada pelatih-pelatih yang memerlukan di sekitar Kota Setar hasil kerjasama Malaysian Grassroots League LLP (MGL).

Untuk makluman, MGL merupakan satu entiti sukan yang bertanggungjawab membangunkan dan mempromosikan sukan-sukan di peringkat akar umbi, terutamanya melibatkan pembangunan sukan bola sepak dan sukan berbasikal dari umur 7 hingga 17 tahun.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir kepada Ketua Jurulatih Pusat NFDP Kedah, Ripidi Ahmad bertempat di Menara BDB, Alor Setar, Kedah.

Di samping itu, agihan beg tersebut akan diedarkan kepada para pelatih Sekolah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar yang diklasifikasikan sebagai “memerlukan” dan pemilihan tersebut akan dilakukan oleh pihak MGL.

Diharap dengan sumbangan tersebut dapat menyuntik motivasi pelajar-pelajar untuk terus cemerlang di dalam sukan yang diceburi.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

KUMPULAN BDB SUMBANG JUADAH BERBUKA PUASA KEPADA PERKIM KEDAH

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan juadah berbuka puasa kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah, selama dua hari pada 10 & 11 April 2022 bersamaan 9 & 10 Ramadan 1443H di Alor Setar, Kedah.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed dan turut diiringi oleh Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Syaheer Luqman Zahir.

Untuk rekod, sumbangan juadah berbuka yang berupa pek makanan tersebut adalah untuk anak-anak yatim dan kakitangan yang bekerja di PERKIM Kedah.

Di samping itu, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed berbesar hati menyampaikan hadiah hari ulangtahun kepada Farah Nabila Huda Azizan dan Mohd Amirudin Zamri. Dengan pemberian hadiah itu diharap dapat memberi keceriaan dan semangat kepada mereka.

Diharap sumbangan juadah berbuka puasa tersebut dapat meringankan beban kepada PERKIM dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares