BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) SUMBANGKAN BUKU KEPADA PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ (SKWSS)

Seramai 250 orang murid Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq (SKWSS), Alor Setar telah menerima manfaat bahan bacaan melalui sumbangan buku daripada Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). Satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SKWSS, Alor Setar, Kedah.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed serta diiringi oleh Guru Besar SKWSS, Munir Salleh.
Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SKWSS, Norizawati Ismail, Penolong Kanan HEM, Ghazali Musa, Eksekutif Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Hanan ‘Izzati Mansor serta Syaheer Luqman.
Dalam ucapan ringkasnya, Sajahan Abdul Waheed menzahirkan harapan agar sumbangan buku tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh murid-murid dan dapat membantu proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di sekolah tersebut.
Beliau juga turut menggalakkan murid-murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa akan datang.
Diharap sumbangan ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan dan menyemarakkan semangat membaca para murid SKWSS.
Dalam masa yang sama, Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Siddiq juga telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1444.

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Sekitar majlis penanaman pokok Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah tahun 2022 pada hari Ahad 17 Julai 2022 bertempat di Darulaman Park, Jitra.

Sultan Kedah Kebawah Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli hadir ke majlis tersebut seterusnya menjayakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Keberangkatan Tuanku Sultan diiringi oleh Menteri Besar YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Noor.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus, Pengerusi Eksekutif Bina Darulaman Berhad, Sr Haji Che Had Dhali dan Pengarah Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Muhammad Abdullah.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

MAJLIS PENYERAHAN WANG ZAKAT ASNAF SMK KHIR JOHARI

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan wang zakat asnaf sebanyak RM10,000.00 yang diperuntukkan untuk diagihkan kepada 100 pelajar SMK Khir Johari (SMKKJ) yang layak.

Wang zakat asnaf tersebut diserahkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB Sajahan Abdul Waheed yang mewakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Sr Haji Che Had Dhali yang bertempat di Dataran Sumur, SMKKJ.

Diharapkan usaha yang dilakukan oleh BDB dapat meringankan beban para pelajar di samping menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi juga kokurikulum.

Di samping itu, Kumpulan BDB akan terus mengadakan program-program pengagihan wang zakat seperti ini untuk membantu golongan asnaf di seluruh negeri Kedah bagi mengurangkan beban perbelanjaan tatkala situasi ekonomi yang semakin mencabar.

#Kedah
#BinaDarulamanBerhad
#SpiritOfAchievement
#BDBCares